sicukai
sangka yang aku akan beli kereta baru dalam masa terdekat.. ni... Planning asal aku nak maintain si Bagak sampai bila-bila since harga dia cepat jatuh... jadi we all akan rugi kalau jual. Lagipun, bagi aku si bagak tu ok... enjin tak pernah buat hal... jimat minyak, boleh muat ramai, selesa dan sejuk... Bagi aku worth buying. Lagipun aku sayang sangat ngan si bagak ni... Aku beli dan pakai dengan penuh jiwa. Well!! Kita merancang tapi perancangan Allah lebih rapi.. Lepas accident langgar tiang baru ni, aku memang betul-petul patah kaki. Aku perlu kenderaan untuk pergi kerja dan hantar anak aku pergi sekolah. Asalnya aku dan myhubby pinjam kereta Proton Iswara adiknya. Tapi sampai bila nak pinjam kereta orang ni sedangkan kita boleh beli sendiri. Lagipun tak sure siBagak bila siap, tambahan pula kitaorang fikir the worst for bagak yang mungkin total lost kalau tengok dari rupa dia tu. Maka sebab itu sebelum cuti baru ini kitaorang start tinjau-tinjau kereta untuk dibeli. Planning nak beli Serena atau Grandis second hand... Tapi memikirkan bayaran bulan-bulan yang mahal dan tak pasti tentang performance kereta tu... kerap break down ke hapa aku... boleh menitis air mata nak baiki... so, Serena dan Grandis second hand out of list. Citra, Innova dan Ria awal-awal tolak tepi sebab mahal dan masalah enjin... except for Innova lah... tapi kita orang tak mampu nak bayar bulan-bulan maa. Estima dan Alphard apatah lagi.... out of list terus. Ibarat kena jual rumah dan to up lagi nak bayar keta tu. Silap aribulan alpad tu jadi rumah plak.
So, pertengahan November lepas, aku berjalan-jalan ke Johor Baharu. Sambil berjalan, kitorang tinjau-tinjau kereta kat Showroom. This time, pilihan yang ada adalah Cherry, Avanza atau Grand Livina. Myhubby kata dia tak nak Avanza sebab tak stabil. Fine... So, sampai kat satu kedai keta yang besar kat JB tu kitaorang tinjau cherry yang ada dua tiga bijik kat situ.. hati agak berkenan kat Cherry.. nak test drive tak dapat sebab keta test drive tu tak de. Tapi bila salah sorang dari salesman kata harga akan naik 3 ribu tahun depan dan pakai enjin China, aku dah jadi berat hati... Aku tak berapa berkenan sangat dengan Grand Livina walaopun kereta tu nampak ok sebab pertama aku tengok belakang agak kecik.. Aku kalau bab menyumbat-nyumbat barang macam dalam tin aku tak suka sangat.. tambah lagi kalau aircond dia kat depan je.. Aku pernah naik citra duk kat belakang... rimas sebab panas walaupun tak panas sangat.. sebab tu kalau boleh aku elak nak beli Livina tambah lagi harganya yang agak mahal..Aku takut aku tak mampu. Masa kat showroom aku nampak kereta proton Exora ada kat situ. aku ajak myhubby tengok kereta Exora tu tapi dia agak keberatan ... Katanya " tak nak beli , tak nak langsung tengok kereta Proton". Aku ajak jugak dia tengok dengan alasan tengok je... support kereta tempatan walaupun sekadar tengok.. tak nak beli tak apa... AT last dia tengok jugak... Bila salesman kat situ citer dan we all tengok Exora tu dari dekat, aku terus berkenan dan automatically kereta masuk dalam list. Tapi tak decide lagi nak beli... cuma berkenan aje... masih lagi nak compare dengan ALZA yang nak kuar tak lama lagi.
BAlik dari JB aku, myhubby pergi JPJ booking no... target T**X248. Nak jadik rezeki no tu ada. Pastu aku, hubby dan anak-anak pergi test drive EXora kat K Trg.Anak-anak dah berkenan dan happy, myhubby kata ok. Aku memang berkenan sangat.. Sebelum buat decision, kitaorang pergi tengok ALZA kat showroom.. lagilah aku tak berkenan Alza sebab kerusi nipis dan aircond kat depan je, tambah lagi anak sedara aku yang keja kat Perodua kata company dia tak buat crash test pun untuk Alza.. so aku tak nak ambik risiko. At last, we all decide beli EXORA. Lepas habis fikir dan discuss.. Aku dan hubby sepakat beli EXORA untuk beberapa sebab.. 1. Mampu beli ... 2. Spare part senang dapat.. 3. Service center berlambak-lambak. 4. Anak-anak selesa especially sebab aircond depan belakang. 5. Safety 6. Features yang sangat banyak especially H line yang aku beli ni... berbaloi.. 7. Banding keta lain, warranty ExORa 5 tahun... oklah.. 8. Senang jual balik 9. Anak-anak aku suka 10. Pak Mertua aku pun berkenan. 11. Aku dan myhubby berkenan.
Aku booking lebih kurang seminggu lebih terus dapat Exora ni yang aku namakan sicukai pada 10 Disember 2009. Lepas ambik aku lagsung tak drive sicukai beberapa lama sampai myhubby sudah bising sama aku.... " bila nak drive ni.. biasakan dengan keta ni..".. Bukan malas, trauma accident masih ada.. jadi aku tak ada rasa nak pandu.. hinggalah aku mula pegang stereng sicukai akhir Disember...
Performance? Oklah.. as long naik bukit tak menggelonsor balik turun ke bawah kira oklah tu... What do you expect from MPV? Boleh pecut sampai 200kh/j? Janji anak-anak selesa. Sekarang ni perjalanan jauh agak aman sebab anak-anak aku kat belakang senyap dan khusyuk tengok LCD kat belakang... tapi time tu je.. bila tak mende nak tengok dah .... mulalah riuh kat belakang. Minyak pun ok.. agak menjimatkan... drive pun best sebab ada autocruise cuma aku ni tongong lagi nak guna benda alah tu dan malas nak cuba. Cuma anak-anak aku merungut sikit kata sicukai ni kuat berletertak macam sibagak. Selagi driver tak pakai seatbelt, selagi tu lah sicukai tu bising .. kata "pakai!pakai!"pakai!!". Kalau sibagak aku tu, dia kata "mampus kaulah tak nak pakai pun, aku jalan je.." Overall, aku sangat puashati dengan sicukai...
Sibagak dah jadik sejarah.. apapun, me and my children miss mybagak so much.. Each time lalu depan workshop atas bukit.. anak-anak aku msti tengok sibagak yang tersadai kat situ and it hurts me.. Aku tak pandang sebab sedih.. Bagak tak dapat dibaiki terus walaupun enjin ok.. Insurans cover RM19,000 ikut harga market dan aku terpaksa bayar pada bank lagi RM 11,000. Mungkin ada hikmah di sebalik kerugian yang aku alami... andainya bagak tak accident, mungkin aku tak dapat jual keta aku dengan harga Rm 19000 dan aku tetap rugi dan mungkin lebih banyak dari tu. Mungkin jugak Allah nak aku beli kereta baru... blessing in disguise..