Yang lama ditinggalkan...

Dah lama tak buat entrance... banyak cerita sudah aku jerukkan sampai dah hampir lupa jalan ceritanya... Bila semester bermula, maka sibuk jugalah rutin harian aku.. Sibuk dengan kerja hakiki hingga tak ada masa untuk menjenguk blog ni. Sekarang cuti semester sudah bermula, tapi aku kerja macam biasa. Tak lama lagi intersessi... Bila dah mula intersesi, mulalah sibuk sikit..
Baru-baru ni Yati masuk wad. Macam biasa sakitnya. Every year wajib.. mesti masuk wad sampai nurse kat situ dah kenal muka dia dan maknya sekali. Antara tempat yang paling kerap aku kunjungi ialah Wad kecemasan Hospital. Pada hari Sabtu (2 Mei) Yati start batuk dan lelah. Pukul 8.00 malam lelahnya dah semakin teruk, aku bawa ke wad kecemasan untuk dapatkan rawatan guna neubulizer. Malam tu di wad kecemasan agak sibuk sebab ada kes kemalangan. Habis rawatan nebulizer, sementara tunggu doktor check, aku nampak ada patient yang terlantar sebab accident sedang diberi rawatan.. rasanya teruk sebab doktor minta kitaorang keluar dulu. Tak lama selepas itu, aku dapat tau dia meninggal. Selepas beberapa minit dia meninggal, parent dia datang.. dan macam biasalah kecoh sedikit kat wad kecemasan.. Si ibu meraung menangis kesedihan sampai hampir lembik, tapi ayahnya cukup tabah.. setitis airmatapun tak jatuh.. Aku sempat bercakap dengan ibunya, katanya anaknya keluar ke kedai beli nasi naik motor .. lama tunggu anaknya tak balik-balik.. puas dicarinya di kedai yang biasa anaknya pergi dan ke rumah kawannya tapi tiada... tempat terakhir yang ditujunya adalah hospital bimbang kalau anaknya ada di situ.. dia tak sangka bila dia jumpa anaknya, anaknya sudah meninggal... aku tambah simpati pada kakak tu kerana anaknya hanya dua orang sahaja. Tambah pula anaknya yang meninggal tu budak pandai.
Sementara aku menunggu juga yati dipanggil, aku terjumpa dengan Hanafi sekeluarga di situ kerana anaknya yang kecik berumur 5 bulan demam panas dan terpaksa dimasukkan ke wad.. Pukul 11.30 malam barulah Yati dipanggil.
Awal pagi esoknya aku bawa lagi Yati ke wad kecemasan untuk rawatan yang sama.. Selepas itu aku pergi ke ofis selesaikan apa-apa kerja yang patut.. Tengahari aku balik rumah dan yati masih lelah. Kali ketiga aku bawa ke wad kecemasan , lepas rawatan dia terus ditahan kat wad.. Bila doktor kata masuk wad, hampir luluh jiwaku sebab banyaknya kerja yang perlu aku selesaikan.
Di dalam wad, aku berjiran dengan wife hanafi. Malam pertama is like hell... aku tak dapat tidur langsung.. tidur tapi tidur-tidur ayam, aku tak dapat tidur sekali dengan anak aku sebab katilnya katil orang baring kat tepi pantai masa picnic. Tidur sambil duduk dan bantal aku adalah meja. Sakit badan Tuhan sahaja yang tahu.. The next day aku dapat katil besar sikit ... Tapi ada sorang kakak ni yang tunjuk diva sampai meluat aku dibuatnya.. Sebenarnya aku hangin ngan kakak ni dari awal pagi masa nak mandi lagi.. Bila aku hangin, aku tak ada mood nak bercakap dengan kakak ni... so aku buat kerja aku je tanpa mempedulikan orang lain... Di takdirkan kakak ni pun dapat katil ala-ala katil piknik macam aku jugak. so, dia pun bising la tak puas hati dan pada masa yang sama dia menyebut nak mintak pindah katil... Hello cik kak!! ni bukan private hospital... kau masuk pun bayar singgit je... banyak pulak mintaknya.. Aku diam aje melihat gelagatnya yang melemaskan aku... Siap dia boleh tanya jiran bersebelahan dengan dia bila nak keluar sebab dia tahu jiran sebelah katilnya dapat discharge sebab nak booking katil tu.... Adoii... bernanah mata aku melihatnya. Nurse pun dah naik pening.. Suddenly dia tak dapat katil yang dia booking sebab nurse bagi kat orang lain... Apalagi, mengomel lagilah dia... Luckily yati dibenarkan keluar.. Alhamdulillah, lega aku sebab tak perlu lagi aku melihat drama yang menjengkelkan... kalu tak boleh jadi kanser mata aku melihat kakak yang sengal tu.. Aku pack barang dan hantar ke si bagak dan sebelum aku mengambil barang aku yang terakhir, aku melihat sudah ada bakul yang diletakkan di tepi katil aku... Confirm!! Ni mesti barang kakak tu punya... I don't want to bother anymore... aku dah dapat keluar... but she was so selfish!!! Ada ramai lagi patient masuk lebih dulu dari dia yang dapat katil piknik.. tapi tak bising pun.. Dia langsung tak fikir pasal orang lain... Sengal!!!
Dua hari lepas yati keluar, aku dapat tau anak En Hanafi meninggal kerana komplikasi jantung.. Takziah!!!
'SELMAT HARI IBU BUaT SEMUA"
"A Mom is like a simple calculator. Someono who ADDs comfort, SUBSTRACTs fear, DIVIDEs blessings and MULTIPLIEs joy....."