Semalamkan aku ada cakap nak pegi ke Kuantan pukul 2.30pm . Pukul 2.00 lebih aku keluar ofis, picked up Yati from kindergarden and waited for my hubby to fetch me up at home before heading to Kuantan. Bertolak lambat semalam sebab my hubby letih, so dia rehat sekejap dan hanya bertolak pukul 4.40 pm.
On the way ke Kemaman, we all berhenti makan satar di warung Kak nor, Kuala Kemaman. First time we all makan kat situ.. Serius sedap makanannya... but on top of that, kedainya bersih... so next time boleh pegi makan lagi.
Sampai di Kuantan, my hubby turunkan aku kat Parkson sebab dia nak uruskan hp dia which will takes time. Bila masuk je dalam Parkson, aku terus tuju ke Cineplex di tingkat atas untuk beli tiket untuk menonton " Terminator Salvation". Actually, aku tak berapa gemar tengok action movies dan aku agak memilih juga kalau nak cerita aksi ni. But I've watched Terminator and Terminator 2 which were interesting movies, so i think this film is also a worth watching movies. Lagipun tengok promo kat tv macam best je filem ni. So why not I give a try to watch this movie at the cinema, lagipun layar besar dgan sound system yang bagus, mungkin lebih ada kepuasan bila menontonnya., Alangkah kecewanya bila sampai kat cineplex tu sebab filem yang aku nak tengok lambat lagi nak ditayangkan... Kenapa tak ditayang sekarang ek?. So aku tengoklah senarai filem yang ada. Ada satu filem yang ditayangkan pukul 7.20 pm iaitu 'Angels and Demons". Bila aku tilik muka Tom Hanks yang dah ganyut tu, kemudian muka malaikat dan setan kat poster di cineplex tu... terus tak jadik nak tengok.
Bila turun ke tingkat bawah, tempat yang aku tuju ialah favorite place aku lah iaitu kat Restoran Jepun Sushi Noya untuk aktiviti kedua aku iaitu makan sushi sambil santai tak sedar diri kerja berlambak. Once again... I was so frustated sebab kedai tu tutup hari semalam. Nak tak nak aku makan mee bandung kat kedai RasaMas.. Thats was the first and the last i ate there sebab mee bandung tak sedap. Sepatutnya mee bandung ala muar ni pekat tapi kat Rasamas tu cair semacam je. Rasanya mee bandung yang aku masak lagi sedap.
Keluar je dari Rasamas, aktiviti yang ketiga dimulakan iaitu window shopping sambil tengok gelagat manusia. Dalam window shopping tu ada juga aku beli baju untuk anak-anak, tudung periuk yang akau nak guna masa masak, minyak zaitun, plastik sampah ( macam la kat Dungun tak ada benda alah tu).. Dan akhir sekali aku beli minyak wangi jenama Hugo Boss Deep Red guna duit plastik. Makin meneballah nampaknya hutang kad kredit aku...
Need to go now, nak pegi ambik my baby girl kat tadika dan sapedek!! chao!!