Tak lama dahulu aku pergi isi minyak kat stesyen Minyak Petronas yang terletak di depan sekolah men. sains Dungun. Sambil mengisi minyak, aku memerhatikan dua tiga orang budak lelaki yang berumur lebih kurang 10 ke 11 tahun menaiki basikal yang nak mengisi angin tayar di tempat mengisi angin bertentangan dengan tempat aku mengisi minyak. Aku lihat salah seorang budak tu dengan penuh yakin memulas tombol meter angin tu. Semasa dia sedang khusyuk mengisi angin tayar sambil diperhatikan kawan-kawannya, tiba-tiba........ "POWWWWWWWW!!!" (itu sound effect), berlaku satu letupan yang kuat. "Owwh bxxxx!!" Makcik di belakangku yang sedang mengisi minyak terus melatah sebab terkejut. Aku terpana sebab terkejut. Budak tu terdiam sebab terkejut. Kawan-kawannya yang terdiam seketika kerana terkejut terus bantai gelakkan dia yang sedang terkedu memerhatikan basikalnya yang terbalik sambil memegang hose angin tu.... Sorrylah banyak ayat "terkejut" sebab memang semua orang terkejut dalam situasi tu.. Bukan sahaja letupan itu mungkin memberi kesan pada budak itu tapi impaknya juga telah terkena pada aku.
Sejak dari itu hinggalah ke hari ini, aku jadi trauma nak isi angin tayar. Aku bimbang kalau tiba-tiba tayar keretaku meletup semasa mengisinya. Entah bila trauma mengisi angin tayar akan berakhir...
Ras!! next time hati-hati mengisi angin tayar!!