.jpg)
.jpg)
Last month on the 5th april,2009 was Yati's birthday.. She's six years old now.. meaning that her mum is getting older now.. No celebration, just a cake to make her happy. Planning nak buat jamuan kecil-kecilan dan jemput jiran sebelah menyebelah makan kat port melepak kitaorang de sebelah rumah, malangnya hajat tak kesampaian sebab aku sibuk dengan kelas dan hari jadual aku padat dan kelas hanya berakhir pukul 6.15 pm. Jadi tak sempat nak prepare apa-apapun, cuma beli kek dan diberikan pada jiran-jiran rapat.
Just wanna share about yati... Sewaktu bulan ketiga dia di dalam perut, aku accident dan tercampak atas jalan macam superman. Bila jatuh, perutku terhentak atas jalan. Entah budak mana yang tak reti bahasa memotong motor yang sedang aku naiki sewaktu masuk simpang.. Apalagi, aku pun langgarlah kereta tu sebab tak dapat nak mengelak lagi. Nasib baik aku tak bawak laju dan nasib baik juga tiada kereta lain pada waktu itu. alhamdullilah, aku okey waktu itu. Selepas dari kejadian itu, motor itu telah dijual dan aku telah diharamkan naik motor.
Sepatutnya Yati dilahirkan pada 6 April,2003. Since dua kelahiran abangnya sebelum ini ikut tingkap, maka dia pun terpaksa dilahirkan ikut tingkap juga. Set masa beranak dan bila sampai masa pergi serah diri kat hospital..
Entah kenapa pada 5 hb April pagi, aku mula rasa sakit-sakit di perut. Aku mula rasa tak sedap hati, jadi breakfast pagi itu aku jamah sikit sahaja. lebih kurang pukul 9.30 pagi, my hubby datang bersama mertua menjengahku sebelum bertolak ke Dungun untuk menghadiri majlis pertunangan adiknya di sebuah kg di Dungun. Pada suamiku aku mengadu perutku sakit. Tapi memandangkan esok tarikh sepatutnya melahirkan, aku suruh juga dia pergi ke majlis tu.. takkan nak batalkan.
Tak lama selepas itu, perutku sakit lagi dan kali ini lebih sakit.. Bila doktor check jalan, katanya jalan dah buka 3 cm , so kena operate terus. Semasa persiapan dibuat... adalah sorang doktor pelatih yang buat line pada tangan aku kata " kenapalah akak tak tunggu esok". aku diam je lah sebab perut aku sakit, kalau dia cakap banyak lagi mau penampor yang dia dapat sebagai jawapan.
Sebelum dibawa ke operation theatre, aku dah banyak kali call my hubby nak beritau yang aku kena operate sekarang, tapi tak dapat sebab kg tu agak ulu, jadi tak dapat coverage. Sudahnya aku masuk operation theatre tanpa ditemani sesiapa.
Masa operation aku sedar sebab dibius separuh. Siap boleh sembang lagi dengan doktor bius.Agak risau bila tiba-tiba doktor tu mengalami sedikit kesukaran nak keluarkan Yati. kena henyak jugaklah perutku dua tiga kali sebelum Yati dapat ditarik keluar. Kalaulah hubby aku ada kat situ waktu itu dan menyaksikan kejadian tu, mau rebah dia. Bila yati keluar dari perut.. tak ada siapa yang nak azankan Yati, akhirnya doktor bius yang tak ada kena-mengena langsung dengan aku jadi tukang azan. What to do!!
Selesai operate dan balik ke wad, aku lihat suamiku dan mertuaku sudah tunggu. Rupanya lepas majlis bertunang dia balik terus sebab dia dah rasa tak sedap hati, bila sampai je di wad, dia tengok aku dah tak ada. Since ayah mertua dah ada sekali, dia pun azankan sekali lagi di telinga Yati.
Hari ketiga yati dilahirkan, Yati masuk wad sekali lagi, kali ini dia kena jaundice. Kuningnya sangat tinggi dan nyaris nak kena tukar darah... seminggu selepas itu baru boleh keluar wad. Bila balik Dungun, dia kena masuk lagi ke wad di hospital Dungun sebab kuningnya naik lagi. Luluh hatiku setiap pagi dengar dia menangis setiap awal pagi setiap kali nurse ambik darah dia kat tangannya yang kecil untuk ujian jaundice. Aku tak faham kenapa diorang tak ambik ikut tumit kaki seperti mana yang dibuat di hospital Kuala Terengganu. Masuk minggu kedua yati masih lagi kuning, dan diorang mabik darah lagi dan kali ini lebih banyak untuk ujian makmal kalau-kalau ada masalah lain, apalagi bukan setakat anak yang meraung... maknya pun hampir pengsan. Tapi yang paling aku tak puashati doktor tak pernah sentuh anakku untuk diperiksa. Setiap kali lawatan, dia hanya tanya, anak minum susu tak? Adalah sekali dalam tempoh hampir seminggu dia tonyoh dahi anakku nak tengok kuning ke tidak... Aku memang cukup berbulu selama aku duduk kat wad menjaga anakku itu. kalu setakat datang bertanya dan tonyoh dahi, aku pun boleh buat. Memang lepas ini, kalau ditakdirkan aku dapat anak lagi dan anakku kuning lagi, tobat aku tak nak duduk kat hospital Dungun, aku rela menunggu di Hospital di k Trg.
Sebulan yati kuning dan alhamdulillah tiada apa yang berlaku padanya. Dia sihat sekarang dan banyak mulutnya mengalahkan orang tua. Cita-citanya nak jadi model... Adouh!! tiada keturunanku yang jadi model... Aku harap dan berdoa cita-citanya tak menjadi nyata.
Whatever it is.... moga Tuhan sentiasa melindunginya, memberikan kesihatan yang baik, menjadikannya anak solehah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Ibu sayang baby ibu...!!!