Darah manis.....

Like I've said before in my last post was to go home, went to Japanese restaurant and window shopping during holiday. Well, i did go home to see my mum. But, the other 2 objectives cannot be fulfilled.
Aku dan anak-anak bertolak dari rumah lebih kurang pukul 3.30 petang. My hubby tak ikut sebab ada program memancing di laut dengan kawan-kawan nelayannya. Sampai rumah mak terus aku ajak mak keluar sekali ke bandar Kemaman. As usual, my plan nak ajak mak makan kat restoran Jepun. Bila sebut je restoran jepun kat mak... Dia terus merungut ... " mahalnya kat situ, air je RM 14." Aiyoo!! where she got the information ha? aku pun tak tau harganya lagi mak dah tau... aku makan kat restoan jepun kat The Mall Kuantan pun air tak sampai RM 14.00. " Tak palah mak, rasa nak makan pegi je makan, duit ada, bab makan tak leh kedekut. Jomlah mak", jawabku memujuk supaya dia nak ikut masuk ke dalam restoran tu nanti.. lagipun aku yang bayar dan aku dah standby duit untuk belanja mak makan, kalau tak cukup cash money, tonyoh je kad kredit. At last she agreed and my plan almost successful.
Dalam kereta on the way ke Kemaman.. " restoran tu kan cina yang punya, kau tak kisah ke makan kat kedai cina?".. Aku tersentap kejap lalu aku menjawab " Tak apa mak, pekerja dia kan ramai melayu, lagipun Ijah kan keja kat situ.. ( Ijah tu anak saudaraku) ". " Iyalah, mana tau tukang masak dia cina ke, apake, mana kita nak tau.. benda - benda yang kita was-was kalau boleh elak, elakkanlah', kata mak.. Aiyo!! bab tu aku surrender... Takkanlah aku nak check kat dapur siapa tukang masaknya. End up ,kitaorang makan satar dan otak-otak kat kedai makan Aziz Satar di kuala kemaman dan kempunanlah aku nak makan sushi... Selepas makan, kitaorang pegi lepak rumah abang Dzul untuk sembahyang maghrib. Lamanya tak pegi rumah abang Dzul.. I'm so happy and proud of my brother sebab dia dah dilantik jadi duta EXXON-MObil. Murah betul rezekinya. Lebih kurang pukul 8.30 malam kitaorang singgah rumah abang Zahar, tapi dia tak da... jadi kitorang pun balik terus ke Kijal.
The next day, we all pegi rumah pak lang. Kebetulan dia nak check gula dalam darah, aku pun check sekali . Ya Tuhanku!! To my surprise!! Gula dalam darahku tinggi. 9.8 !! Patutlah lately aku nampak manis je... hehehe! Termenung jugaklah sekejap. apalagi, pak lang pun sekarung la bagi advice kat adik nya yang manis ni... " You should reduce your weight, you have the tendency to get severe diabetes". " you should invest money to buy this machine, tak mahal, murah je... klau kat farmasi harmoni dua ratus lebih je " . Makan peria hari-hari. kalau tak lalu makan, kau makan lah pil peria, Jangan makan nasi, malam kalau kau lapar ganti dengan oat".... itu antara sekarung yang disyarahkan pada aku... Adooi!!
So after this kena buat objektif baru... 1. Kuruskan badan. 2. Kena exercise 3. Jangan makan nasi...
Adakah aku mampu melakukannya??? Kalau ada sesiapa yang terbaca dan membaca blog ni, doakanlah aku. hehe!!
Aku bertolak balik dari rumah mak pukul 6.20 petang dan sampai rumah semasa azan maghrib...
petang itu, aku dapat satu sindiran tajam dari orang rumahku.... " esok pagi... ada orang pegi jogging nampaknya...."
Dan waktu post ni aku tulis, aku tak pegi exercise pun lagi.....