Traumaku yang tak berkesudahan

Tak lama dahulu aku pergi isi minyak kat stesyen Minyak Petronas yang terletak di depan sekolah men. sains Dungun. Sambil mengisi minyak, aku memerhatikan dua tiga orang budak lelaki yang berumur lebih kurang 10 ke 11 tahun menaiki basikal yang nak mengisi angin tayar di tempat mengisi angin bertentangan dengan tempat aku mengisi minyak. Aku lihat salah seorang budak tu dengan penuh yakin memulas tombol meter angin tu. Semasa dia sedang khusyuk mengisi angin tayar sambil diperhatikan kawan-kawannya, tiba-tiba........ "POWWWWWWWW!!!" (itu sound effect), berlaku satu letupan yang kuat. "Owwh bxxxx!!" Makcik di belakangku yang sedang mengisi minyak terus melatah sebab terkejut. Aku terpana sebab terkejut. Budak tu terdiam sebab terkejut. Kawan-kawannya yang terdiam seketika kerana terkejut terus bantai gelakkan dia yang sedang terkedu memerhatikan basikalnya yang terbalik sambil memegang hose angin tu.... Sorrylah banyak ayat "terkejut" sebab memang semua orang terkejut dalam situasi tu.. Bukan sahaja letupan itu mungkin memberi kesan pada budak itu tapi impaknya juga telah terkena pada aku.

Sejak dari itu hinggalah ke hari ini, aku jadi trauma nak isi angin tayar. Aku bimbang kalau tiba-tiba tayar keretaku meletup semasa mengisinya. Entah bila trauma mengisi angin tayar akan berakhir...

Ras!! next time hati-hati mengisi angin tayar!!

Aku bukan Superstar

Project Pop - Bukan Superstar

Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan kau yakin ngefans karena gua keren
Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Sexy badannya.. Mulan Jameela
cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku dekat denganku.. dialah aku..
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya
Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya
Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kata orang ku mirip Glenn Fredly suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~
Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masya ya iya dong duren aja dibelah bukan dibedong
Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Hhahhaaaaahahhha!! Part Mulan Jameela tu aku suka... I'll bet none of you will watch this videoclip at youtube without a smile at your face. Aku tak suka kumpulan ni tapi aku suka lagu dia. Buat ubat reda panas kepala yang berasap. Ha sesuailah dengan kepala aku yang tengah berasap-asap tengok workload aku yang berubah lagi semester depan. Bala apa pulak yang nak datang semester depan ni... tunggu dan lihat je lah..

Lagu ni aku tujukan pada muka-muka baru yang bakal aku jumpa tak lama lagi. Jangan expect aku seperti "Mr. Nice Guy". Terimalah aku apa adanya dan bersabar sajalah denganku... hehehe!!

Tulangnya nak patah

Hari ini sewaktu mengambil Yati pulang dari tadika..
Yati : Ibu, Yati rasa tulang belakang Yati nak patahlah! ( sambil masuk ke dalam si bagak)
Aku : Apa? Tulang belakang Yati nak patah? Kenapa tulang belakang Yati nak patah?
Yati : Sebab, kawan Yati bising sangat .. Diorang bising macam ni ha.. ( sambil tunjuk gaya bising menggunakan tangannya dengan penuh semangat) .Sebab tu tulang Yati rasa nak patah.
Naim : Bukan sakit telinga ke kalau bising?
Yati menafikan : Taklah, tulang Yati nak patah. Dah lembek dah macam ni (sambil membengkokkan jari telunjuknya). Ibu, balik ni Yati nak minum susu banyak-banyak supaya tulang Yati sambung balik.
Aku terkedu dan tergelak sendiri sambil dengar dia membebel sepanjang jalan balik ke rumah. Pengubat hati. Hari ni jiran depan rumahku pergi umrah hari ini. Semoga dia sekeluarga pergi dan balik dengan selamat.

Kenangan semalam

Semalamkan aku ada cakap nak pegi ke Kuantan pukul 2.30pm . Pukul 2.00 lebih aku keluar ofis, picked up Yati from kindergarden and waited for my hubby to fetch me up at home before heading to Kuantan. Bertolak lambat semalam sebab my hubby letih, so dia rehat sekejap dan hanya bertolak pukul 4.40 pm.
On the way ke Kemaman, we all berhenti makan satar di warung Kak nor, Kuala Kemaman. First time we all makan kat situ.. Serius sedap makanannya... but on top of that, kedainya bersih... so next time boleh pegi makan lagi.
Sampai di Kuantan, my hubby turunkan aku kat Parkson sebab dia nak uruskan hp dia which will takes time. Bila masuk je dalam Parkson, aku terus tuju ke Cineplex di tingkat atas untuk beli tiket untuk menonton " Terminator Salvation". Actually, aku tak berapa gemar tengok action movies dan aku agak memilih juga kalau nak cerita aksi ni. But I've watched Terminator and Terminator 2 which were interesting movies, so i think this film is also a worth watching movies. Lagipun tengok promo kat tv macam best je filem ni. So why not I give a try to watch this movie at the cinema, lagipun layar besar dgan sound system yang bagus, mungkin lebih ada kepuasan bila menontonnya., Alangkah kecewanya bila sampai kat cineplex tu sebab filem yang aku nak tengok lambat lagi nak ditayangkan... Kenapa tak ditayang sekarang ek?. So aku tengoklah senarai filem yang ada. Ada satu filem yang ditayangkan pukul 7.20 pm iaitu 'Angels and Demons". Bila aku tilik muka Tom Hanks yang dah ganyut tu, kemudian muka malaikat dan setan kat poster di cineplex tu... terus tak jadik nak tengok.
Bila turun ke tingkat bawah, tempat yang aku tuju ialah favorite place aku lah iaitu kat Restoran Jepun Sushi Noya untuk aktiviti kedua aku iaitu makan sushi sambil santai tak sedar diri kerja berlambak. Once again... I was so frustated sebab kedai tu tutup hari semalam. Nak tak nak aku makan mee bandung kat kedai RasaMas.. Thats was the first and the last i ate there sebab mee bandung tak sedap. Sepatutnya mee bandung ala muar ni pekat tapi kat Rasamas tu cair semacam je. Rasanya mee bandung yang aku masak lagi sedap.
Keluar je dari Rasamas, aktiviti yang ketiga dimulakan iaitu window shopping sambil tengok gelagat manusia. Dalam window shopping tu ada juga aku beli baju untuk anak-anak, tudung periuk yang akau nak guna masa masak, minyak zaitun, plastik sampah ( macam la kat Dungun tak ada benda alah tu).. Dan akhir sekali aku beli minyak wangi jenama Hugo Boss Deep Red guna duit plastik. Makin meneballah nampaknya hutang kad kredit aku...
Need to go now, nak pegi ambik my baby girl kat tadika dan sapedek!! chao!!

Parfums n me



I love perfumes very badly... Some of the perfumes that i have were bought using my own money.. and some of them were given during my birthday. Ada yang digunakan bila nak pergi kerja dan ada yang dipakai bila di rumah. Bukan nak menggatal, tapi untuk keselesaan sendiri dan keselesaan bila bekerja. Minyak wangi pertama yang aku beli dengan duit gaji pertamaku adalah minyak wangi jenama Pleasure by Estee Lauder dan yang terbaru aku beli ialah Deep Red by Hugo Boss. Tak kuat baunya but very nice... Koleksi yang aku ada sekarang adalal La Coste by Crocodile ( kat botol tu ada gambar buaya terganga), Givenchy ( present from Fida, my ex-student), Ralph Lauren miniature, 5th Avenue, Lulu Castagnatte ( birthday present from my hubby) , Christian Lacroix, Sweet Honesty and Smile by Avon. Minyak wangi bau seksi pun ada, tapi belum masuk dalam list koleksi minyak wangi yang aku ada. Soon!!! hehe!

i'm heading to Kuantan today...


Pukul 2.30 pm kejap lagi, me and my hubby nak pergi ke Kuantan. My hubby nak pegi ambil hp secondhand jenama Nokia enainti yang dibelinya dengan harga RMxxxx yang mana si mamat owner hp tu advertise dalam internet. Malam ni, dia advertise, esoknya terus my hubby call this fellow dan beli.



Aku bila dah sampai Kuantan, tempat yang aku suka pegi Hugo Mall lah... ada 4 perkara yang aku suka buat di sana:



1. tengok gelagat orang



2. Makan sushi kat restoran jepun sambil santai macam tak ada kerja nak dibuat...



3. Window shopping.



4. ke cineplex... tengok wayang... mana tau kot-kot hari ni dapat tengok cerita "Terminator Salvation'.. Waawii!! Seronoknya!!! Syurga Cinta? Aku beli CD kot atau tunggu je cerita tu ditayangkan kat TV.....



ok.... chao!!!



A good start..

I've started to diet which i think is a good start. Semalam aku langsung tak makan nasi tapi tak
adalah tak makan langsung. Aku banyak makan lauk je dan kurangkan minum air manis. Cuma
aku tak start exercise lagi. Bila dah lama tak exercise tu, nak start balik ni mulalah liat. But I will start jogging. I told my hubby, " Bang, 3 bulan lagi bang...3 bulan lagi!! bini abang kurus punyala... target ni!!!" . Hehehe!!! Biasalah.. Aku seorang yang paling banyak objektif... Lepas satu,satu objektif aku.. Dan seperti biasa, aku diperli lagi.....

I don't care ..

Aku rasa bengang dengan seseorang hari ini.. Apa yang aku takutkan sebelum ini jadi nyata.. hari ini dia call aku... " Akak, OB ni banyaknya teori, kena ajar semua jugak ke? Banyaknya!!" . Bila mendengar dia cakap macam itu, darah aku sudah mula hampir menyirap... " Eh, memang dah nama subjek OB, memanglah banyak teori " jawabku. " Habis tu, social identity theory dalam topik perception ni apa? Kena ajar ke? "tanyanya lagi... YA Allah, berikanlah kesabaran pada aku.. darahku yang menyirap mula mendidih... aku explainla kat dia apa bendanya tu. Tak lama kemudian " Self fulfilling prophecy ni, kena ajar jugak ke? self fulfilling prophecy ni apa? " .... Darah aku yang mendidih sudah mula membuak .... memang ada yang nak kena terajang dengan aku sampai tercampak ke Bukit Bauk ni kang .!!! Hello!! kalau kau sanggup nak ajar subjek ni, then you have to read it!!! They pay you RM100 per day to teach, kau ajarlah budak-budak tu. preparelah!! In fact you dah ada master degree kan, don't act like you know nothing... Kalau rasa tak mampu nak ajar, jangan ajar sebab kau akan menyusahkan orang lain. Kalau itupun, aku nak ajar kau, baik aku je yang ajar budak-budak tu... At last I said to xxx , " ala baca je... nanti paham la tu!! "
Aku bengang dengan dia sebab dia tak pernah ajar subjek ni. Suddenly dia nak ajar subjek ni untuk intersessi yang kelasnya setiap hari. Aku yang mengajar full time satu semester ni pun meleleh air mata buat preparation. At the moment dia datang dan jumpa aku asking for materials dan cakap yang dia akn ajar untuk intersessi aku sudah nak separuh pengsan.. Why him? lepas tu cakap lebih kurang yang nanti aku akan buat wrap up untuk dia... Hello!! who will wrap up for you? Aku ada cuma dua minggu je nak ajar selebihnya... itupun kau dah cakap awal-awal lagi tak nak marking final sebab ada kerja which i feel dia malas nak marking sebab 1 paper cuma RM3 je. Sudahlah soalan final pun si muka manis ni yang kena buat, dia tak tanya pun pasal share dia. Tapi kalau aku suruh dia buat soalan,ibarat aku menjerut leher aku sendirilah... Senyal betul..
I don't care whether he or she will read this post accidentally and will feel angry with me..... sebab aku lagi geram dan hangin.
If that particular person read this post, i just want to advise him or her... Next time, kalau rasa tak mampu nak ajar dan kalau bukan bidang sendiri... jangan gatai-gatai nak ajar... kesian kat student... Menyusahkan!!!

Darah manis.....

Like I've said before in my last post was to go home, went to Japanese restaurant and window shopping during holiday. Well, i did go home to see my mum. But, the other 2 objectives cannot be fulfilled.
Aku dan anak-anak bertolak dari rumah lebih kurang pukul 3.30 petang. My hubby tak ikut sebab ada program memancing di laut dengan kawan-kawan nelayannya. Sampai rumah mak terus aku ajak mak keluar sekali ke bandar Kemaman. As usual, my plan nak ajak mak makan kat restoran Jepun. Bila sebut je restoran jepun kat mak... Dia terus merungut ... " mahalnya kat situ, air je RM 14." Aiyoo!! where she got the information ha? aku pun tak tau harganya lagi mak dah tau... aku makan kat restoan jepun kat The Mall Kuantan pun air tak sampai RM 14.00. " Tak palah mak, rasa nak makan pegi je makan, duit ada, bab makan tak leh kedekut. Jomlah mak", jawabku memujuk supaya dia nak ikut masuk ke dalam restoran tu nanti.. lagipun aku yang bayar dan aku dah standby duit untuk belanja mak makan, kalau tak cukup cash money, tonyoh je kad kredit. At last she agreed and my plan almost successful.
Dalam kereta on the way ke Kemaman.. " restoran tu kan cina yang punya, kau tak kisah ke makan kat kedai cina?".. Aku tersentap kejap lalu aku menjawab " Tak apa mak, pekerja dia kan ramai melayu, lagipun Ijah kan keja kat situ.. ( Ijah tu anak saudaraku) ". " Iyalah, mana tau tukang masak dia cina ke, apake, mana kita nak tau.. benda - benda yang kita was-was kalau boleh elak, elakkanlah', kata mak.. Aiyo!! bab tu aku surrender... Takkanlah aku nak check kat dapur siapa tukang masaknya. End up ,kitaorang makan satar dan otak-otak kat kedai makan Aziz Satar di kuala kemaman dan kempunanlah aku nak makan sushi... Selepas makan, kitaorang pegi lepak rumah abang Dzul untuk sembahyang maghrib. Lamanya tak pegi rumah abang Dzul.. I'm so happy and proud of my brother sebab dia dah dilantik jadi duta EXXON-MObil. Murah betul rezekinya. Lebih kurang pukul 8.30 malam kitaorang singgah rumah abang Zahar, tapi dia tak da... jadi kitorang pun balik terus ke Kijal.
The next day, we all pegi rumah pak lang. Kebetulan dia nak check gula dalam darah, aku pun check sekali . Ya Tuhanku!! To my surprise!! Gula dalam darahku tinggi. 9.8 !! Patutlah lately aku nampak manis je... hehehe! Termenung jugaklah sekejap. apalagi, pak lang pun sekarung la bagi advice kat adik nya yang manis ni... " You should reduce your weight, you have the tendency to get severe diabetes". " you should invest money to buy this machine, tak mahal, murah je... klau kat farmasi harmoni dua ratus lebih je " . Makan peria hari-hari. kalau tak lalu makan, kau makan lah pil peria, Jangan makan nasi, malam kalau kau lapar ganti dengan oat".... itu antara sekarung yang disyarahkan pada aku... Adooi!!
So after this kena buat objektif baru... 1. Kuruskan badan. 2. Kena exercise 3. Jangan makan nasi...
Adakah aku mampu melakukannya??? Kalau ada sesiapa yang terbaca dan membaca blog ni, doakanlah aku. hehe!!
Aku bertolak balik dari rumah mak pukul 6.20 petang dan sampai rumah semasa azan maghrib...
petang itu, aku dapat satu sindiran tajam dari orang rumahku.... " esok pagi... ada orang pegi jogging nampaknya...."
Dan waktu post ni aku tulis, aku tak pegi exercise pun lagi.....

Dinner yang lepas.

One of the last occassion I've attended last April was a dinner organized by Entrepreneur's Club.The dinner was held at Aspirasi hall themed 'Masquerade party'. Everybody had to wear a mask including me ... Tak kuasalah aku nak bertopeng lgpun merimaskan sebab tak lawas nak tengok makanan dan pandang. So, Naimla jadi wakil aku pakai topeng ... Lepas program tu, masa post mortem teruk juga AJK dinner aku tegur dengan cara yang berhemah tetapi pedas. Hopefully they won't make the same mistake next time.


Before the masquerade party starts...


esok cuti!!

Hari ni hari khamis..

Esok cuti!!! eii seronoknya!!

My plan for tomorrow :

1. Balik Kijal rumah mak.

2. Pergi restoran Jepun kat Kemaman nak makan my favorite food ... sushi..

3. Window shopping!!

Antara 3 aktiviti, yang pasti tercapai adalah yang pertama. Ke 2 dan 3 belum tentu.. Itu belum masuk tak sedar diri yang kerja berlambak nak kena buat tu!!

Whatever it is .. happy holiday to me !! Semoga cuti kali ini lebih bermakna...

What a bad day!!!

I'm not feeling very well since 4 days ago.

I'm down with fever.

I've got flu. I can't even breathe easily through my nose.

I've sore throat.

I've got bad cough...

Luckily it's not ' selsema baby'... and i'm very sure with that..

I've went to see the doctor and what I've got was medicines with the statement " Ubat mengantuk, elakkan memandu".

Today, my boss told me i've to make final exam question for intersession by this 27th May... which make me more sick...........!!!! What can i do? I'm just a coolie... Buat je lah..

Ingatan yang berkekalan

Setiap tahun pada 16 Mei adalah hari guru di mana jasa semua guru dikenang. Untungnya menjadi seorang guru, setiap tahun dirai.
Sambutan hari guru dulu dan sekarang sudah berbeza, yang tidak berubah ialah setiap kali hari guru tiba, pasti ada jamuan dan persembahan. Tapi sekarang, ramai anak-anak yang memberikan hadiah pada guru to show their appreciation. I don't mind tapi yang kering poket mak ayahlah kalau setiap guru perlu diberi hadiah. Hadiah pulak bukan yang harga seposen dua posen, paling cikai masuk pembalut hadiah pun dah RM3.50. Mau pokai dibuatnya.
Macam biasa, Amin, Naim dan Yati pun sibuk juga nak beri hadiah pada guru... Naim nak beri hadiah pada gurubesar, end up dia bagi kat cikgu dia tuala muka yang bertenun terimakasih. amin nak bagi kat cikgu dia pasu bunga, but end up dia bagi kat gurubesar pasu bunga yang dia balut sendiri dalam kotak tisu. Yati sibuk juga nak beri hadiah pada empat orang teachernya tapi end up tak bagi-bagi bila ibunya buat tak tau je.. Insyaallah sebelum dia tamat tadika aku akan bagi juga hadiah kat cikgu-cikgunya since she's the last one yang masuk tadika. (Buat masa inila).
So how you celebrate teacher's day during your schooltime? Masa sekolah rendah start darjah empat sampai darjah enam aku disuruh menyanyi bila tiba hari guru, and i don't mind to sing for them. But now not anymore.. One thing, aku tak pernah bagi hadiah pada guru pada hari guru sepanjang sebab aku tak cukup duit nak beli hadiah dan aku tau kalau aku mintak duit nak beli hadiah pun takkan dapat walaupun aku buat aksi guling tenggiling. Tapi yang paling aku seronok masa hari guru adalah.... tak perlu belajar... main sahaja sepanjang hari...
Dalam ramai-ramai cikgu yang mengajar aku, ada dua tiga orang cikgu yang paling aku ingat sampai sekarang... i'll list out their name here and reasons why i still remember them until now:
1. Cikgu Fatimah ( cikgu bm masa aku darjah dua di CHIJ melaka)
Reason : Pernah kena penampar sebijik sebab tak dapat jawab crossword puzzle untuk perkataan 'bendera'. Dia jugak pernah panggil kakak aku dan tanya kenapa adiknya bodoh sangat.
2. Cikgu Fauzi ( Cikgu kelas masa darjah empat di SK Kijal)
Reason : Hensem. Kulitnya putih melepak dan hidungnya mancung.. hehe!!! But on top of that, dia seorang guru yang baik...
3. Cikgu Sazali. ( Cikgu matematik aku waktu tingkatan satu)
Reason : Aku pernah kena denda berdiri atas meja sebab tak dapat jawab soalan matematik. Bila dapat jawab, turun satu tangga, berdiri atas kerusi pulak. Luckily aku tak kena denda panjat pokok sebab aku lulus test matematik.
4. Cikgu Hassan ( Cikgu Biologi masa Form 5)
Reason : Comel orangnya, sentiasa senyum tetapi sinis. Aku kalau dalam makmal selalu duduk depan tapi aku selalu tak fokus sebab mengantuk. Yang aku tak lupa bila dia menuding jarinya ke arahku sambil berkata " Hasmida, awak SPM nanti dapat gred 9". Aku hanya mampu sengih sambil berharap is bukan satu doa. Apalah salahku selain dari selalu tersenggok masa kelas biologi. Selalu bagi bintang kat buku nota dan buku kerja aku . Kadang-kadang dapat lebih bintang bila aku mintak dia tambah.
5. Cikgu Wan Ahmad ( Cikgu Kimia merangkap guru kelasku masa tingkatan 5)
Reason : Samalah kesnya dengan cikgu Hassan... selalu termengantuk masa kelas kimia. One day he said to me when i met him at the canteen," Ni!!budak ni suka tidur dalam kelas, korek bijik mata kang baru tau". Mak aii!! terkedu aku sekejap kat situ, tapi redha ajelah.. But one day in year 2000, i've met him accidentally at the campus. I know he did not remember me anymore!! I happily called him ... " Cikgu!!!" cikgu buat apa kat sini?" Rupanya dia buat TESL kat Dungun. Then he asked me what i'm doing here, and he was really surprised to know that i'm one of the lecturer here. Luckily, aku tak kena ajar cikgu aku sendiri... SElamat!!!
6. Cikgu Mazidah ( Cikgu Matematik moden masa tingkatan 5)
Reason : Suaranya slow dan menggodaku untuk tidur semasa dia mengajar. Kawan-kawan aku cakap, " berani kau ya!!! dah lah duduk depan... masa diamengajar pun kau boleh tidur". Mungkin disebabkan aku murid derhaka, masa spm sebelum paper matematik aku demam teruk sampai dibawa ke klinik dan mak jadi risau.
7. Cikgu Harun ( Cikgu Lukisan masa form 4 dan form 5)
Reason : setiap kali kelas lukisan , mesti kena lukis buah kelapa sawit yang berterabur dalam kawasan sekolah.. Setiap kali kelas lukisan kena pegi kutip buah kelapa sawit.Sesekali aku ponteng kelas lukisan, awal kelas ada, pastu hilang, bila nak abis masa aku ada balik buat sibuk melukis.. hehe!! Tapi tak selalu juga aku hilang dari kelas, depends on subject matter, kalau buah kelapa sawit, confirm aku hilang. Mungkin kena sumpahan juga sebab jadi murid derhaka, aku flop subjek lukisan... target c3 tapi dapat C6 aje masa SPM. By the way, lukisan buah duku yang aku lukis pernah di jadikan pameran dalam bilik lukisan sepanjang tahun dan aku dapat A plus 2 bintang lagi untuk lukisan itu.
8. YM Tengku Noordin... ( Lecturer masa kat KUSZA)
Reason : aku masih ingat dia buat kelas pukul 6.30 pagi untuk kelas Import Export Simulation. Orang duk tidur, kitorang dah bertenggek kat kelas. Kalau kelas abnormal dari orang lain itu sudah biasa bagi ku. Kalau kelas start pukul 8.oo biasanya, kitaorang punya kelas start pukul 7.00 pagi. Ayat biasanya " Bebal" , "orang darat".
Whatever, whoever and wherever they are now, thank you so much for teaching me. Without all of you, I will not be like what I am now.
This song is dedicated to all teachers especially to my beloved husband who is also a teacher ( He's teaching Modern Math and Accounting, hari guru baru ni dia dapat banyak hadiah... dan salah satu darinya adalah hadiah " guru paling bergaya". Itu selain dari dua garisan panjang di sisi satria neo yang dia dapat dari 'secret admire' nya.. Nasib baik tak dapat gelaran " Guru kuat pong'.. hehehe!!
To Sir With Love
Those schoolgirl days
Of telling tales and biting nails are gone
But in my mind
I know they will still live on and on
But how do you thank someone who has taken you from crayons to perfume
It isn't easy
but I'll try
If you wanted the sky
I would write across the sky in letters that would soar a thousand feet high
To Sir with love.
The time has come
for closing books and long last looks must end
And as I leave
I know that I am leaving my best friend
A friend who taught me right from wrong and weak from strong
That's a lot to learn.
What, what can I give you in return
If you wanted the moon I would try to make a start
but I would rather you let me give my heart
To Sir with love.
Those awkward years have hurried by, why did they fly away?
Why is it Sir, children grow up to be people some day?
What takes the place of climbing trees and dirty knees in the world outside?
What is there for you I could buy?
If you wanted the world I'd surround it with a wall,I'd scrawl these words with letters ten feet tall,
"TO SIR With LOVE"

(Song adapted from a film entitled " To sir with love")
" Happy teacher's day, May Allah blessed u in educating our children to be a knowledgable generation"

Birthday Yati yang lepas..



Last month on the 5th april,2009 was Yati's birthday.. She's six years old now.. meaning that her mum is getting older now.. No celebration, just a cake to make her happy. Planning nak buat jamuan kecil-kecilan dan jemput jiran sebelah menyebelah makan kat port melepak kitaorang de sebelah rumah, malangnya hajat tak kesampaian sebab aku sibuk dengan kelas dan hari jadual aku padat dan kelas hanya berakhir pukul 6.15 pm. Jadi tak sempat nak prepare apa-apapun, cuma beli kek dan diberikan pada jiran-jiran rapat.
Just wanna share about yati... Sewaktu bulan ketiga dia di dalam perut, aku accident dan tercampak atas jalan macam superman. Bila jatuh, perutku terhentak atas jalan. Entah budak mana yang tak reti bahasa memotong motor yang sedang aku naiki sewaktu masuk simpang.. Apalagi, aku pun langgarlah kereta tu sebab tak dapat nak mengelak lagi. Nasib baik aku tak bawak laju dan nasib baik juga tiada kereta lain pada waktu itu. alhamdullilah, aku okey waktu itu. Selepas dari kejadian itu, motor itu telah dijual dan aku telah diharamkan naik motor.
Sepatutnya Yati dilahirkan pada 6 April,2003. Since dua kelahiran abangnya sebelum ini ikut tingkap, maka dia pun terpaksa dilahirkan ikut tingkap juga. Set masa beranak dan bila sampai masa pergi serah diri kat hospital..
Entah kenapa pada 5 hb April pagi, aku mula rasa sakit-sakit di perut. Aku mula rasa tak sedap hati, jadi breakfast pagi itu aku jamah sikit sahaja. lebih kurang pukul 9.30 pagi, my hubby datang bersama mertua menjengahku sebelum bertolak ke Dungun untuk menghadiri majlis pertunangan adiknya di sebuah kg di Dungun. Pada suamiku aku mengadu perutku sakit. Tapi memandangkan esok tarikh sepatutnya melahirkan, aku suruh juga dia pergi ke majlis tu.. takkan nak batalkan.
Tak lama selepas itu, perutku sakit lagi dan kali ini lebih sakit.. Bila doktor check jalan, katanya jalan dah buka 3 cm , so kena operate terus. Semasa persiapan dibuat... adalah sorang doktor pelatih yang buat line pada tangan aku kata " kenapalah akak tak tunggu esok". aku diam je lah sebab perut aku sakit, kalau dia cakap banyak lagi mau penampor yang dia dapat sebagai jawapan.
Sebelum dibawa ke operation theatre, aku dah banyak kali call my hubby nak beritau yang aku kena operate sekarang, tapi tak dapat sebab kg tu agak ulu, jadi tak dapat coverage. Sudahnya aku masuk operation theatre tanpa ditemani sesiapa.
Masa operation aku sedar sebab dibius separuh. Siap boleh sembang lagi dengan doktor bius.Agak risau bila tiba-tiba doktor tu mengalami sedikit kesukaran nak keluarkan Yati. kena henyak jugaklah perutku dua tiga kali sebelum Yati dapat ditarik keluar. Kalaulah hubby aku ada kat situ waktu itu dan menyaksikan kejadian tu, mau rebah dia. Bila yati keluar dari perut.. tak ada siapa yang nak azankan Yati, akhirnya doktor bius yang tak ada kena-mengena langsung dengan aku jadi tukang azan. What to do!!
Selesai operate dan balik ke wad, aku lihat suamiku dan mertuaku sudah tunggu. Rupanya lepas majlis bertunang dia balik terus sebab dia dah rasa tak sedap hati, bila sampai je di wad, dia tengok aku dah tak ada. Since ayah mertua dah ada sekali, dia pun azankan sekali lagi di telinga Yati.
Hari ketiga yati dilahirkan, Yati masuk wad sekali lagi, kali ini dia kena jaundice. Kuningnya sangat tinggi dan nyaris nak kena tukar darah... seminggu selepas itu baru boleh keluar wad. Bila balik Dungun, dia kena masuk lagi ke wad di hospital Dungun sebab kuningnya naik lagi. Luluh hatiku setiap pagi dengar dia menangis setiap awal pagi setiap kali nurse ambik darah dia kat tangannya yang kecil untuk ujian jaundice. Aku tak faham kenapa diorang tak ambik ikut tumit kaki seperti mana yang dibuat di hospital Kuala Terengganu. Masuk minggu kedua yati masih lagi kuning, dan diorang mabik darah lagi dan kali ini lebih banyak untuk ujian makmal kalau-kalau ada masalah lain, apalagi bukan setakat anak yang meraung... maknya pun hampir pengsan. Tapi yang paling aku tak puashati doktor tak pernah sentuh anakku untuk diperiksa. Setiap kali lawatan, dia hanya tanya, anak minum susu tak? Adalah sekali dalam tempoh hampir seminggu dia tonyoh dahi anakku nak tengok kuning ke tidak... Aku memang cukup berbulu selama aku duduk kat wad menjaga anakku itu. kalu setakat datang bertanya dan tonyoh dahi, aku pun boleh buat. Memang lepas ini, kalau ditakdirkan aku dapat anak lagi dan anakku kuning lagi, tobat aku tak nak duduk kat hospital Dungun, aku rela menunggu di Hospital di k Trg.
Sebulan yati kuning dan alhamdulillah tiada apa yang berlaku padanya. Dia sihat sekarang dan banyak mulutnya mengalahkan orang tua. Cita-citanya nak jadi model... Adouh!! tiada keturunanku yang jadi model... Aku harap dan berdoa cita-citanya tak menjadi nyata.
Whatever it is.... moga Tuhan sentiasa melindunginya, memberikan kesihatan yang baik, menjadikannya anak solehah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Ibu sayang baby ibu...!!!

mau pegi funfair!!!

'Ibu, malam ni kita pergi funfair '. Bila ibu nak pegi funfair?"

Selepas tak larat mendengar soalan-soalan yang bertubi-tubi dari anak-anakku, akhirnya aku bersetuju selepas aku pasti malam itu aku free. But, agreeing to bring them to the funfair means I have to spent a lot of money. So, before bringing them to the funfair, as usual i went to see my "uncle" to ask for some money..

Malam itu aku bawa lah anak-anakku pergi funfair... Pastinya mereka sangat teruja bila sampai ke tapak ekspo. Bila masuk je ke tapak ekspo, yang pasti dituju adalah tempat mainan. Diorang excited sangat nak naik kereta eletrik tu.. tapi diaorang hampa sebab mainan tu tak da. maybe the game is too dangerous for kids.

1 game costs me RM 3 perperson and I have spent RM 39 for that night. Nasib baik aku ada duit... kalau tak melelehlah air liur bebudak tu.

Mula-mula anak-anakku naik benda yang ala-ala " eye on malaysia" tu tapi benda alah tu is much more smaller than the 'eye on Malaysia". Aku tak naik sebab gayat.

Aku bimbangkan Naim kot-kot dia nangis bila di atas.. Macam-macamlah pesanan aku pada Amin.. " Pegang adik, Naim duduk diam, pegang besi, jangan gerak sana-sana', but end up diorang siap bising-bising lagi.. maknya pulak yang terlebih risau.

Turun je dari "eye on Malaysia", diaorang naik keretapi ala-ala kat Zoo Taiping. Adalah kat 10 kali round sebelum berhenti. Lepas tu Amin dah tak nak main.. cuma naim dan Yati je masih excited nak main lagi.. Amin dah tak teruja lagi sebab sebelum ni dia pernah main permainan yang lebih mengujakan kat Lost World of Tambun dulu. So, setakat game macam kat shopping complex tu, apa barang!! Yati ngan naim pun bila naik game yang macam kat shopping complex pun dah start boring sebab benda tu pusing punyalah slow. Tak apalah, laju-laju angat takut tercampak je. Since token tu banyak lagi, aku paksa diorang main semua game.. sebab token tu tak boleh tukar nilai balik.

Lepas main, amin ajak round sekitar tempat jualan... round punya round... RM110 terbang dari poketku. Mula-mula cari selipar naim menggantikan seliparnya yang rosak, apalagi si Yati pun tiba-tiba " Ibu, yati tak boleh pakai selipar yati tu.. sakitlah, beli lainlah ibu" . Siap pilih sendiri dan paling aku tak tahan bila dia pilih selipar liplap bila berjalan. Kemudian, beli selimut untuk budak-budak... sorang pilih selimut Hello kitty, sorang lagi ambik selimut rimau... Sampai kat tempat jual game, dia orang tutuh ibunya cukup-cukup. Dalam satu malam je , RM 159.00 gone with the wind dan itulah yang meresahkan aku setiapkali funfair tiba di Dungun.



Yati dengan Naim mula-mula je muka excited sebelum main... pastu..


Amin dengan muka boringnya







Yati mengeja

Pada suatu malam di meja makan semasa makan malam...

Yati : Ibu, Yati dah pandai eja kucing... Ibu nak dengar tak?

Aku : Cubalah eja kucing, ibu nak dengar ( nada excited!!).

Yati : Ibu dengar eh!!! C.A.T ... kucing!!

Aku terkedu hampir tersedak. Abahnya dah nak tergelak. Yati tersengih-sengih sambil bertanya... " Pandai tak yati?"

Akhirnya.... "Pandainya yati mengeja...!!! " Dan dia terus tersengih-sengih....

until now... setiap kali ditanya macamana eja kucing dia akan jawab...

" C.A.T , .. Kucing!"

Yang lama ditinggalkan...

Dah lama tak buat entrance... banyak cerita sudah aku jerukkan sampai dah hampir lupa jalan ceritanya... Bila semester bermula, maka sibuk jugalah rutin harian aku.. Sibuk dengan kerja hakiki hingga tak ada masa untuk menjenguk blog ni. Sekarang cuti semester sudah bermula, tapi aku kerja macam biasa. Tak lama lagi intersessi... Bila dah mula intersesi, mulalah sibuk sikit..
Baru-baru ni Yati masuk wad. Macam biasa sakitnya. Every year wajib.. mesti masuk wad sampai nurse kat situ dah kenal muka dia dan maknya sekali. Antara tempat yang paling kerap aku kunjungi ialah Wad kecemasan Hospital. Pada hari Sabtu (2 Mei) Yati start batuk dan lelah. Pukul 8.00 malam lelahnya dah semakin teruk, aku bawa ke wad kecemasan untuk dapatkan rawatan guna neubulizer. Malam tu di wad kecemasan agak sibuk sebab ada kes kemalangan. Habis rawatan nebulizer, sementara tunggu doktor check, aku nampak ada patient yang terlantar sebab accident sedang diberi rawatan.. rasanya teruk sebab doktor minta kitaorang keluar dulu. Tak lama selepas itu, aku dapat tau dia meninggal. Selepas beberapa minit dia meninggal, parent dia datang.. dan macam biasalah kecoh sedikit kat wad kecemasan.. Si ibu meraung menangis kesedihan sampai hampir lembik, tapi ayahnya cukup tabah.. setitis airmatapun tak jatuh.. Aku sempat bercakap dengan ibunya, katanya anaknya keluar ke kedai beli nasi naik motor .. lama tunggu anaknya tak balik-balik.. puas dicarinya di kedai yang biasa anaknya pergi dan ke rumah kawannya tapi tiada... tempat terakhir yang ditujunya adalah hospital bimbang kalau anaknya ada di situ.. dia tak sangka bila dia jumpa anaknya, anaknya sudah meninggal... aku tambah simpati pada kakak tu kerana anaknya hanya dua orang sahaja. Tambah pula anaknya yang meninggal tu budak pandai.
Sementara aku menunggu juga yati dipanggil, aku terjumpa dengan Hanafi sekeluarga di situ kerana anaknya yang kecik berumur 5 bulan demam panas dan terpaksa dimasukkan ke wad.. Pukul 11.30 malam barulah Yati dipanggil.
Awal pagi esoknya aku bawa lagi Yati ke wad kecemasan untuk rawatan yang sama.. Selepas itu aku pergi ke ofis selesaikan apa-apa kerja yang patut.. Tengahari aku balik rumah dan yati masih lelah. Kali ketiga aku bawa ke wad kecemasan , lepas rawatan dia terus ditahan kat wad.. Bila doktor kata masuk wad, hampir luluh jiwaku sebab banyaknya kerja yang perlu aku selesaikan.
Di dalam wad, aku berjiran dengan wife hanafi. Malam pertama is like hell... aku tak dapat tidur langsung.. tidur tapi tidur-tidur ayam, aku tak dapat tidur sekali dengan anak aku sebab katilnya katil orang baring kat tepi pantai masa picnic. Tidur sambil duduk dan bantal aku adalah meja. Sakit badan Tuhan sahaja yang tahu.. The next day aku dapat katil besar sikit ... Tapi ada sorang kakak ni yang tunjuk diva sampai meluat aku dibuatnya.. Sebenarnya aku hangin ngan kakak ni dari awal pagi masa nak mandi lagi.. Bila aku hangin, aku tak ada mood nak bercakap dengan kakak ni... so aku buat kerja aku je tanpa mempedulikan orang lain... Di takdirkan kakak ni pun dapat katil ala-ala katil piknik macam aku jugak. so, dia pun bising la tak puas hati dan pada masa yang sama dia menyebut nak mintak pindah katil... Hello cik kak!! ni bukan private hospital... kau masuk pun bayar singgit je... banyak pulak mintaknya.. Aku diam aje melihat gelagatnya yang melemaskan aku... Siap dia boleh tanya jiran bersebelahan dengan dia bila nak keluar sebab dia tahu jiran sebelah katilnya dapat discharge sebab nak booking katil tu.... Adoii... bernanah mata aku melihatnya. Nurse pun dah naik pening.. Suddenly dia tak dapat katil yang dia booking sebab nurse bagi kat orang lain... Apalagi, mengomel lagilah dia... Luckily yati dibenarkan keluar.. Alhamdulillah, lega aku sebab tak perlu lagi aku melihat drama yang menjengkelkan... kalu tak boleh jadi kanser mata aku melihat kakak yang sengal tu.. Aku pack barang dan hantar ke si bagak dan sebelum aku mengambil barang aku yang terakhir, aku melihat sudah ada bakul yang diletakkan di tepi katil aku... Confirm!! Ni mesti barang kakak tu punya... I don't want to bother anymore... aku dah dapat keluar... but she was so selfish!!! Ada ramai lagi patient masuk lebih dulu dari dia yang dapat katil piknik.. tapi tak bising pun.. Dia langsung tak fikir pasal orang lain... Sengal!!!
Dua hari lepas yati keluar, aku dapat tau anak En Hanafi meninggal kerana komplikasi jantung.. Takziah!!!
'SELMAT HARI IBU BUaT SEMUA"
"A Mom is like a simple calculator. Someono who ADDs comfort, SUBSTRACTs fear, DIVIDEs blessings and MULTIPLIEs joy....."