SUKANEKA ANAKKU

Naim dalam acara lari dalam guni....

Yati menggayakan baju segera ciptaan ibunya yang kreatif..menang tempat ke 3




Naim sebelum majlis perarakan.. Sebelahnya yang bertopi merah tu si naufal.. khabarnya boyfriend Yati..



Yati sebelum majlis perarakan.
HAPPY SUNDAY!!! Hari ni tadika anakku bercuti sempena hari sukan yang diadakan semalam. By the time aku menulis ni, mem besar kat rumah si yati sedang bersantai lagi atas katil.. Naim si bos besar no dua dah bangun dan pagi ni dia telah menyorokkan roti manis yang aku beli semalam di kedai kek Sweden yang tinggal lagi 3 biji di dalam baldi berhampiran bilik air sebab tak nak bagi abang dan adiknya nampak... Ya Allah.. tamak betul anakku yang sorang ni.. Bila ditanya siapa yang sorok roti tu tak ada sorang pun nak mengaku!!!
Berbalik pada cerita sukaneka semalam.. sukaneka semalam di adakan di Padang sekolah Men Imtiaz di Sura Gate. Tetapi di sebabkan salah informasi, aku telah tersesat ke Sek Men Sura.. Tapi kalau tak salah telinga aku yang mendengar hari tu cikgu dia cakap yang program tu ditukar ke Sekolah men Sura.. bila aku sampai tak ada sorang pun yang kelihatan.. yang ada hanyalah budak-budak sekolah Sura yang berkhemah di situ. Aku terus pusing balik ke sekolah Imtiaz... bila sampai kat sekolah imtiaz baru aku perasan yang tempat di tuju adalah asrama. Sekolahnya di tampat lain.. Rupanya besar juga sekolah imtiaz ni ya ( Sekolah yang dibanggakan oleh Pak Deris untuk melahirkan generasi UlulAlbab.. tapi memang aku akui sekolah agama tu memang bagus.. sekolah cemerlang)
Bila sampai ke padang sekolah aku lihat ramai ibu-bapa yang dah sampai.. Kiranya aku yang paling lewatlah.. tapi dimaafkan sebab miscommunication. hehe!! Lagipun.. acara belum bermula lagi.. Nasib baik!! Masa mendaftar aku diberikan no untuk cabutan bertuah.. tapi aku dah jangka aku memang tak bertuah pun..
Acara dimulakan dengan perarakan anak-anak.. Naim rumah biru bertemakan Minnie Mouse dan Yati pulak rumah kuning bertemakan minnie Mouse... Nampak budak-budak tu sangat happy.. Ada lima acara yang dipertandingkan untuk anak-anak hari tu.. Bawa bola dalam sudu, lari dalam guni, junjung beg saga, pukul bola hoki, makan biskut dan cari gula dalam tepung.. Naim sangat bersemangat.. semua game dia masuk. Setiap kali game dia yang mula dulu dan dia jugak yang berlari paling laju dan sampai dulu.. tapi teammate dia yang buat spoil.. Kesian plak kat naim.. sangat bersemangat tapi kalah jugak.. out of 5 games yang dia main.. team dia cuma dapat sekali tempat pertama untuk pukul bola hoki dan tempat kedua untuk cari gula dalam tepung. Yati pulak cuma main dalam acara makan biskut. Kesian pulak kat Yati.. lari sudah laju tapi biskut yang patut di makan terjatuh dari mulutnya.. Dia teragak-agak nak ambik masa mulut atau tidak sebab all this while memang dia dah maklum yang aku akan marah kalau dia kutip balik makanan yang dah jatuh.. mungkin dia desperate dan terdesak dan sememangnya anak kecil tak dapat berfikir sebenarnya dia boleh ambil biskut lain dalam pinggan tu.. Dan tidakku duga dan aku rasa hampir nak terbalik bila tiba-tiba Yati kutip biskut tu dan sumbat dalam mulut.. aku terus kelu tak mampu berkata apa-apa.. Nak marah pun, depan orang ramai.. Tapi yang kesiannya Si Mail dan Ima.. anaknya bila terasa je biskut marie dalam mulut.. terus dia baling dan merajuk sebab dia cuma nak makan biskut tiger.... puaslah dia berdua memujuk anaknya hingga akhirnya Mail terpaksa angkut anaknya yang merajuk lari balik ke barisan dan anaknya telah menyebabkan teamnya kalah..

Aku pun masuk acara kaki pancing dan ibuku kreatif.. Untuk acara kaki pancing aku tak menang sebab bila acara tu bermula tiba-tiba tangan aku menggigil semasa ikat tali pada joran dan mata kail.. ( Dah memang keturunan Mohd Noor yang menggigil.. hehe) . Tapi yang aku kesian si mail lah.. lepas game tu dia cakap kat aku yang dia kalah sebab masa dihabiskan mengelak dari kayu joranku yang asyik mencocok perutnya.. hehehe!! Sorrylah Mail !! Memang aku tak perasan langsung kayu sebab khusyuk sangat mengail ikan polisterine tu..
Untuk acara ibuku kreatif ibu-ibu kena buat baju anak dari suratkhabar.. fesyen yang aku buat simple je.. aku tak kreatif sangat seperti ibu-ibu lain yang beria-ia mereka fesyen... tema aku senang... santai dan kemas.. lagipun tak cukup masa sebab masa tengah khusyuk buat baju tiba-tiba ada ibu lain pinjam stapler dan terus buat harta sendiri dan aku dah buang masa mencari stapler lain.. kalau tak mesti happeninglah baju anak aku tu.. hehe!!!!( tak abis-abis dengan perasannya!!)

Tiba acara penyampaian hadiah..Adoiii!! aku tak tahan betul dengan MC ni.. macam syok sendiri.. Kalau lancar tu tak apalah.. Ni duk uuu..aa..uuu..aaa kat depan.. ( Sedapnya mengata orang!! macamlah diri sendiri baguih!!) Masa tu aku rasa macam nak ke depan je ambik microphone dan take over jadi MC dari dia.. Naim dapat tabung dan bekas air.. sementara Yati pula dapat tabung.. Cuma aku tak sangka yang untuk acara ibuku kreatif aku menang tempat ketiga.. dan yang paling aku tak tahan bila MC announce " Pemenang tempat ketiga adalah............. YATI"., anakku si Yati terus berlari meluru ke depan ambil hadiah dan tinggalkan ibunya yang ternganga terkejut dengan tindakan spontannya.. Dan aku tak tahan nak tergolek kat situ bila lepas ambil hadiah anakku berhenti di atas pentas di depan ibu bapa yang lain.. melompat sambil mengangkat hadiah yang dia dapat!! Bila dia turun pentas sambil berlari ibu-bapa yang duduk di depan memerhatikannya dan agaknya mesti diaorang mencari siapalah ibu budak yang ligat ni..aku buat muka sardin je lah.. Dan yang pasti untuk 15 hadiah cabutan bertuah, tak ada satu pun yang aku dapat.. memang tak pernah bertuah.. Kena mandi bunga nampak gayanya lepas ini.

Apapun.. yang penting anak-anak aku enjoy hari tu dan hari itu adalah hari yang memenatkan buatku.... oklah.. nak pergi meeting pulak... Ras dah ajak pergi.. sebab sebelum meeting ada makanan yang disediakan... rezeki jangan ditolak!!