Rutinku bermula seawal 4.30 pagi.. Menghantar anak-anak ke sekolah dan terus ke tempat kerja. Jadualku semalam padat sehingga 6.20 ptg. Letihnya. Bigboss belanja makan luar petang semalam.. Balik dari dinner aku terus bersiap untuk ke Mesyuarat Kelab yang bermula pukul 8.30 malam untuk bincangkan aktiviti kelab untuk tahun ini..mesyuarat tamat pukul 10.15 malam.. Bila sampai rumah.. Yati pulak lelah.. kesian kat yati.. Berbunyi dadanya setiap kali bernafas..Selalunya lelah akan menyusul setiap kali dia batuk.. Dan setiap kali dia batuk, setiap kali itu jugalah aku jadi risau. .. Pukul 11.00 malam itu aku menghantar yati ke hospital untuk dapatkan rawatan neubulizer di wad kecemasan. Bila nak daftar, aku dapati kad pengenalanku tiada dalam purse. Puas aku mengggeledah tapi tak jumpa dan akhirnya aku teringat yang kad pengenalan tu aku campak dalam handbag hari tu selepas keluarkan duit guna buku di Tabung Haji.Macamanalah aku boleh jadi begitu cuai... Nasib baik pegawai kat kaunter pendaftaran tu tak banyak songeh.. lagipun aku antara pengunjung setia wad kecemasan tu sampai kebanyakan staf bertugas kat situ dah kenal muka aku ni yang sinonim dengan neubulizer tu. yati dah pandai pegang alat yang letak dihidung tu.. jadi aku hanya monitor jelah.. Lenguh jugak kalau nak pegangkan sebab bukan seminit dua masa yang diambil untuk rawatan tu. Sambil menunggu yati, aku melihat pesakit lain dalam wad kecemasan tu..Terpandanglah aku akan seorang lelaki yang terbaring di atas katil di zon merah. Usia lebih kurang lewat 30 an atau awal 40an dan masuk hospital sebab strok. Rasanya tak teruk sangat sebab muka tak herot pun.. cuma dia tak dapat angkat tangan kanannya langsung dan seperti sangat sukar untuk mengangkat kaki kanannya. Entah apa yang bermain difikirannya pada waktu itu sebab nampak dia termenung panjang sementara menunggu doktor merawatnya. Melihat keadaan dia menyebabkan aku risaukan diriku sendiri.. pasni mesti kena buat medical check up, jaga makan dan banyak exercise. Lepas habis neubulizer kena rehat pulak selama 15 ke 30 minit sebelum doktor check sekali lagi.. Syukur, Yati ok dan boleh balik. aku sampai rumah lebih kurang 11.50 malam. Sebaik saja aku rebahkan badan pada pukul 12.00 malam, mataku automatik tertutup kerana pukul 12 itulah betul-betul rehatku sebenar dan baru dapat baring dengan tenang dan sempurna.. Yang pasti, oleh kerana terlalu letih semalam aku tidur dengan tidak mencuci muka , lampu terpasang dan tv yang terpasang sehingga awal pagi.. Sememangnya semalam adalah hari yang paling memenatkan!