A backdated story...

20 hb april yang lalu adalah hari bersejarah buat bekas pelajarku Nazar bin Mustapa dan isteri,Farahanum Shuhaily. Aku terima jemputan ke hari perkahwinannya pada hari dia bertunang dan selepas itu pesanan supaya hadir ke majlisnya aku terima dengan kerapnya samada melalui sms maupun panggilan telefon hingga aku tak berdaya lagi untuk menolaknya dan terpaksa meluangkan masaku dan mengambil cuti untuk ke majlis perkahwinannya..
Oleh kerana bigbossku tak dapat menemani aku.. maka aku pergi ke sana menaiki bas ekspress bersama-sama anakku Amin dan Muslimah( yang juga ex- classmate Nazar) dari Dungun ke KL.Kami bertolak pada 19hb malam lebih kurang pukul 10.30 malam. Dah lama tak naik bas ekspress ni seriau jugak rasanya.. Sampai saja di Hentian Putra lebih kurang pukul 5.00 pagi, adik nazar datang ambil kami untuk di bawa ke rumah mereka di Sungai Buloh. Ahli keluarga Nazar sangat ramah hingga aku tak terasa asing bila berada di sana.
Aku menghabiskan sehari masaku di sana... dan aku tak sangka tak sia-sia kedatanganku ke majlis itu kerana aku dapat berjumpa dengan bekas pelajarku yang lain.. Terkejut-kejut diorang melihat aku di sana lagipun Naza dah berjanji denganku tak akan memaklumkan kehadiran aku ke majlisnya. Anak muridku sudah berubah.. Sudah semakin ayu dan matang. Maklumlah sudah bekerja, berkahwin dan melihat dunia luar.
Suasana perkahwinan sungguh meriah dan teratur dengan lauk yang banyak dan tetamu yang ramai... Sesuatu yang sangat berbeza dari di tempatku sendiri di mana tetamu dilayan oleh pelayan yang terdiri dari orang-orang kat situ juga yang memakai pakaian yang sedondon.. Lauknya banyak dan pemanis mulutnya adalah bubur kacang hijau yang sedap..
Aku pulang pada malam itu jugak.. Sebelum pulang.. mereka buat majlis membuka hadiah di hadapan ahli keluarga.. nazar menghantar kami ke Hentian Bas Putra dan kami nyaris tertinggal bas kerana aku sangkakan bas bertolak pukul 10.00 malam. Sebaik sahaja sampai ke Hentian Bas putra, aku lihat bas dah sampai.. Bila aku check balik tiket bas rupanya waktu bertolaknya pukul 9.30am. Macamanalah aku boleh tak sedar.. nasib baik kami sampai tepat 9.30 malam..kami masih sempat naik bas dan pulang cuma tak sempatlah nak meronda sekejap di sekitar hentian Putra .. Sebaik sahaja masuk dalam bas, Amin terus sambung tidur dan dia terus tidur hingga sampai ke Dungun. Dia tidur sebaik sahaja masuk kereta dan sukar dikejut hingga Nazar terpaksa dukung dia sampai ke bas.Kesian kat nazar.. aku telah manyusahkan si pengantin baru gara-gara mengejar bas.. Begitu juga dengan Muslimah yang tidur dengan lenanya.. Yang pasti sepanjang perjalanan pulang tu, walaupun badanku penat dan mataku mengantuk, aku tetap tak dapat tidur lena kerana ada Benggali yang duduk di belakang aku berdengkur dengan sangat kuatnya.. dan setiap kali dengkurannya kedengaran, maka setiap kali itu jugaklah telinga aku jadi berkudis, bernanah dan berdarah.. Ya Allah!! Aku rasa nak sumbat je mulut benggali tu dengan kain.. tapi apakan dayaku... aku tak mau dicap sebagai penumpang bas yang terlampau...
Apapun to nazar dan isteri... semoga bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu..Nazar.. jangan banyak gaduh ya!! Lepas ni giliran Muslimah pulak mengakhiri zaman bujang..

Nazar Mustapa dan farahanum shuhaily bt Ab Malek Zaki










Uncle jual aiskrim yang pandai rebut peluang




Time buka hadiah.. Meriah!!





katanya Pahlawan lelaki melayu terakhir..






Wishing you a happiness till the end of time....