Tengahari semalam aku pergi ke bank nak jumpa pak saudara aku yang terchenta untuk minta duit dan pada masa yang sama pergi bayar bil letrik rumahku yang berjumlah Ringgit malaysia lima ratus lima puluh tiga hingget sepuluh sen(RM 553.00).. Power punya bil... tertinggi yang pernah dicatatkan...nanti aku cerita kemudian kenapa jumlahnya sebanyak itu.. hehe!! Dari tempat kerjaku hingga ke destinasi yang dituju perlu melalui 6 buah lampu isyarat... Cukup cuak rasanya setiap kali nak ke bank sebab bandar bukannya besar pun macam KL.. Tapi lampu isyarat.. mak aii!! mengalahkan bandaraya..
Sampai ke simpang lampu isyarat jalan Melati, lampunya merah menandakan berhenti dan bagakku berhenti di barisan hadapan... Bila lampu bertukar hijau.. seperti biasa aku menekan minyak untuk bergerak.... tiba-tiba aku terperanjat beruk apabila ada sebuah motosikal melintas di depan aku... terus aku brek mengejut... nasib baik aku tak laju... kalau tidak aku memang sapu bersih si Mamat yang bangang tu bersama motornya sekali... Yang buat aku hangin satu badan tu dahlah si mamat bangang ni pakai topi keledar tak ikat... laluannya salah dan bertentangan dan selamba badak je sengih-sengih kat aku.... Dek kerana terlampau terkejut sampai aku lupa nak hon kat mamat motor yang bangang tu. Kalaulah aku hon kat mamat bangang tu dan dia nak tunjuk samseng kat aku sebab aku pempuan yang lemah... memang silap besarlah mamat bangang tu.. aku akan telefon polis dan pasti ramai yang akan keluar membantu aku sebab peristiwa itu brlaku di depan ramai orang.. tambahlagi di sebelahh kiri dan kanan aku adalah pemandu lelaki.. Memang diaorang akan keluarnya tibai si mamat bangang tu... But.. it did not happened like that... mamat bangang itu dengan selamba bodohnya berlalu di depanku yang terkedu kat situ...
Sampai di bank, aku pergi berbaris ke mesin keluarkan wang.. Di tepi mesin tu ada polis bantuan berdiri tercegat kat sebelah mesin,... Suspens jugak aku entah-entah orang di depan aku nak mengeluarkan wang yang banyak tapi limit 5 ribu je.. atau pun orang itu tak pandai menggunakan mesin tu... hehe!! Bila sampai giliran aku, barulah aku tahu yang sebenarnya mesin itu skrinnya gelap... ibarat orang buta nak berjalanlah tapi tak nampak jalan.. dan polis tu tukang bawa si buta ke destinasi... Begitulah yang terjadi kepada aku yang buta seketika di mesin itu... Tapi bagus gak.. sebab tak nampak baki aku yang tinggal beberapa hingget je lagi.. hehe!!
Sampai ke tempat bayaran bil letrik dan sampai giliran aku membayar aku pun bertanya kat kakak kerani kaunter tu... ' kak, nak tanya sket boleh tak.. memang ada kena bayar cagaran tambahan ke kak sambil merujuk pada bil aku...' kakak tu pun menjawab' oh yang tu!!! Dia print terkebawah tu... yang tu beukan kena bayar cagaran tambahan tapi yang tertunggak' ... Aiyoo!! Aku terkedu di situ... aku lupa bayar ke? Hehe!! Biasalah!! melayu mudah lupa... selagi tak dapat surat chenta warna kuning tu... selagi tu lah berat diri dan kaki pergi membayar..