pelajar baru...
Pada 28 hb jun baru ni adalah merupakan hari pendaftaran pelajar-pelajar baru ditempatku. Ramainya ibu bapa yang menghantar dengan pelbagai gelagat yang dapat disaksikan.. ada yang datang berkereta besar, ada yang datang bagaikan rombongan datang meminang dan ada pelajar yang datang sendiri.. tetapi yang nak aku sentuh di sini bukanlah ibu bapa yang bersungguh-sungguh datang menghantar anak mereka, tetapi bagaimana anak mereka menempuhi hidup di sini selama tiga tahun.. adakah meraka akan cemerlang sepertimana kecemerlangan mereka semasa SPM ataupun hilang dan hanyut di buai kelekaan yang akhirnya membawa kekecewaan.. Melihat ibu bapa yang menghantar anak dari jauh dan sabar menunggu anak-anak mereka mendaftar dengan penuh gembira dan harapan yang tinggi buat aku merasa sayu.. berbaloikah nanti pengorbanan mereka sekiranya nanti anak-anak mereka lupa diri, malas belajar.. kecundang dan akhirnya jadi pecacai yang tak berguna dan menyusahkan ibu bapa.. Sekiranya anak mereka jadi begitu.. sememangnya mereka adalah anak yang tongong, bebal dan seorang manusia yang tak tau bersyukur..... Dan aku tak faham juga kenapa ada pelajar yang diberi peluang belajar di tempat di mana orang berebut nak belajar dan hantar anak-anak belajar tetapi tak sampai dua tiga hari masuk tiba-tiba nak berhenti atas alasan tak minat.. dan tunggu tawaran dari tempat lain.. " Yeenadeii!! kalaulah dah tak minat.. kenapalah at the first place kau pegi apply tempat ni dengan kursus yang kau tak minat tu.. tak ke bebal namanya!!Menyusahkan semua orang dan menyusahkan mak bapak korang!! Opps!!! Tiba-tiba aku terlebih emosi dan lupa diri kejap.. hehe... Apapun... sendiri mau ingat...