Shah Alam

Betullah orang kata kadang-kadang bila orang merasakan dirinya sangat pandai hingga tak nak menerima pandangan orang lain dan merasakan pandangannya betul sedangkan pandangannya itu memang tak betul. Apakah istilah yang paling tepat untuk mereka yang berperangai sebegini.. kepala batu? atau otak kat lutut? That's just an introduction of my experience a few days ago.. i was required by the faculty in Shah alam to vet some of the final exam papers there. Has, my big boss called me early in Thursday morning (17nd july,2008) telling me that i have to set final exam question by 22nd july and i msut go to shah alam to vet all the exam papers in the faculty there. It was really a nightmare to me as it was not easy to set question in a short period of time.. bagai batu.. bedebuk!! menghentam dada aku.. luckily i do not have a heart attack.. Rasanya kalau setakat buat soalan, aku kira ok lagi lah walaupun tension.. but when i have to go there by myself and there's no driver to sent me there ( selama ni memang tak pernah pergi sendiri, semua orang sediakan). I've started to get panicked. But luckily and sometimes i always feel that i'm lucky.. everything was settled. En Hashimdi unit kewangan dah tolong book tiket flight dan hotel.. Tapi entah macamana on the friday, Yati called saying that she wanted to go there with me because she has to attend her PHD class on friday..Entah macamana si Yati 'kautim' dengan hashim muji, dapatlah driver dan hotel pun tukar ke Hotel Concorde.


We went there on 22nd inthe afternoon.. but before heading to Shah Alam.my life was so terrible sampai tak lalu nak makan dan tak sempat nak bernafas dengan tenang.. Problem nak printing... but end up Shah Alam didiall the printing.. ceh!! kalau tau tak payah lah aku nak bersusah payah cari printer nak print.. Printer kat dalam office aku pun dah ok. Lepas tu aku pergi bandar beli kasut dan beg sandang nak isi barang, tapi akhirnya kasut tu aku tak boleh nak pakai sebab ketat dan aku terpaksa pusing balik ke bandar untuk tukar beg sebab tempat ikat tali beg patah. bila dah bertolak dan separuh jalan, baru aku realized yang aku tak breakfast dan aku sebenarnya kebuluran.. We all singgah kat R&R Chendor untuk makan dan R&R Temerloh untuk solat. sampai ke hotel Concorde lebih kurang pukul 6.00 pm. Seriously, this hotel is very nice and highly recommended for those who want to Shah alam and spent two or three nights there. Cuma satu ajelah yang aku lemah di concorde ni.. kat toilet ada tisu je tapi tak ada paip air .





My room during my two nights staying there. cantik dan mengadap masjid shah alam




Sebaik sahaja letak beg, aku dan Yati terus pergi meronda dan makan malam kat Plaza Shah Alam sebelah hotel. Di plaza Shah alam aku beli kasut baru sebab kasut yang aku beli pagi tadi ketat, beli timba kat Giant di dalam plaza tu untuk kegunaan di dalam toilet yang sangat canggih. Selepas itu,kami pergi ke Nyonya Kitchen untuk makan.Bila first time sampai ke restoran tu mulalah jadi macam orang jakun.. tak tau nak makan apa.. at last aku order Ayam Pong Tay with nasi putih dan yati order Rendang kambing dan Nyonya capchai as a side dish... Ayam Pong Tay tak adalah sedap sangat.. lebih kurang masak kicap je. Terbang jugaklah 33 hinggit.. tapi tak apalah.. sekali sekala.







Ayam Pong tay dan rendang kambing Nyonya Kitchen




First day in the faculty (23rd july,2008)..


Rasa terasing di fakulti sendiri.. aku tak dapat masuk sewenang-wenangnya sebab semuanya pakai pas yang ada cip. kalau tak ada pas tu memang tak boleh masuk.. To be safe, i've decided just to stay outside and will just came in when everyone was in the room. Aku berdoa agar ada orang yang kenali. nampaknya doaku dimakbulkan bila aku terjumpa kak Rohani di dalam staff room.. dan sempat berbual panjang.. aku tambah gembira bila aku berjumpa kembali dengan kak Hazami yang aku tak jumpa hampir sepuluh tahun sejak aku kawin dan bertukar ke Terengganu dan beberapa tahun selepas aku berkahwin dan berpindah, aku dapat tahu kak hazami juga kawin dan berpindah mengikut suaminya ke Kuching, Sarawak. Kerja vetting soalan hanya bermula pukul 9.15 pagi. kalau ikut jadual sepatutnya 8.30 pagi.. ah!! Dah nama janji melayu.. Untuk seharian kepala aku berasap, bukan setakat soalan yang memeningkan kepala... tapi kerenah manusia yang merasakan dirinya sangat pandai.. Antaranya;
Orang yang merasakan dirinya pandai:" Why you want to reject this question? I think the question is ok!!'
Me: " The questions are too general.. Question two does not refer to any work motivation model. I'm afraid students might give wrong answer"
Orang itu : " No,no,no!! I think the questions are ok.. This is for 500 level subject. Students should able to think"
Me: " Ok!! just maintain the question" ( Dengan rasa cuak sebab kalau aku di tempat student.. mampus aku pun bagi jawapan merapu.. kenapa dia tak meletakkan dirinya di tempat student, untuk fikirkan soalan yang terlalu susah dan banyak dalam masa tempoh tiga jam... aku sure airmata diapun meleleh jugak!!
orang itu: "Why you want to reject this question?
Me : The question is out of syllabus.
Orang itu: I can't understand why rhe question is not in the syllabus. the topic is important!!
me: puan, it's not in the syllabus even not coverd in the new maintext.
Orang itu: ok... then you have to set another question to replace this question..
Me: Aaa!! ( My dear, ni bukan soklan aku.. aku cuma vetting soalan.. kenapa aku nak pecahkan kepala kau buat soalan untuk orang lain??)
Orang itu : i think students who took management will don't have problem to answer question on Extrinsic and intrinsic work value"
Me: I'm sorry puan.. it's not in the syllabus.. ( Dalam hati aku.. orang ni bangang ke apa? )
Eventually, the question paper was rejected.. Lega aku!! Kalau tak menangislah anak murid aku..
Hari kedua.. kerja-kerja vetting soalan berakhir pada pukul 5.45 pm dan aku terus bertolak balik ke Dungun. Dari mula masuk kereta hinggalah sampai rumah pukul 12.00 pagi aku tidur sebab letih otak dan badan.








Dari belakang dapur

Aku selalu lepak di belakang dapur rumahku setiap petang. Look at it carefully.. a very nice place, right? Hehe!! Tenang, nyaman dan aman sebab belakang dapur rumahku mengadap pantai.. So bila petang.. aku selalu lepak dengan family di kerusi batu sambil minum dan menyembang masalah-masalah negara dan rakyat jelata..

tempat lepak familiku
Di belakang dapurku ada penghuni tetap yang tidak ku bela tapi aku sayang.. aku tak bela sebab aku memang tak boleh bela atas faktor kesihatan.. Dia membesar di depan mataku dari kecil sampai sekarang.. setiap hari setia menunggu di belakang rumah.. Pantang bukak pintu.. trus menerpa mengendeng minta makan... Had kawasan dia boleh masuk setakat dapur je.. Jinak tapi liar... Bila aku bukak pintu... dia akan masuk dan menggesel badan kat kaki aku.. tapi bila aku pegang.. dia melarikan diri.. Tapi hanya dengan aku saja di berani menggesel badan.. dengan orang lain dia tak nak.. tidak bernama... tapi yang pasti peneman aku yang setia di waktu petang di belakang dapur..

Cute ha!! Mintak makan tu

Yang di bawah ni pulak aku tak dapat nak classify samada dia adik atau abang pada yang di atas... Yang aku tau.. dia adik beradik.. Sangat liar... tapi lately.. dia sudah mula belajar nak mendekatkan dirinya pada aku... Aku tau sebab dia tension.. yang rapat dengan aku dapat makan lebih.. yang tak rapat pandang je lah.. hehe!!



yang liar tapi sedang buat muka seposen mintak makan


lately, sudah bertambah lagi sekor mengendeng di belakang dapur rumahku... Mak kata rezeki... Apapun... hidupku akan sunyi tanpa penghuni di belakang dapur rumahku ini...

Hari ini

hari ini ..

Aku tak ada mood.

Aku tak ada mood nak mengajar. Tapi aku mengajar jugak.

Aku tak ada mood nak buat kerja yang berlambak tapi terpaksa buat jugak.

Aku tak ada mood nak cakap banyak dan beramah mesra dengan orang seperti selalu.

Aku tak ada moodlah!

Hari ini..

aku baru dapat tau..

Tiba-tiba.. aku kena buat soalan final...

aku baru dapat tau .. seminggu lagi kena hantar soalan tu.. mati aku!!!

aku baru dapat tau... boss aku pun katanyadia baru tau.. orang kat Shah Alam baru beritau. Aku bengang!! Kenapa last minute baru nak beritau... masa awal cuti kenapa tak beritau.. Siapa yang bangang sangat tu!!

aku baru tau... 23 dan 24 ni juga aku kena pegi ke Shah alam bawak soalan final tu dan vetting kat sana..

Adoiiii!!! pening kepalaku hari ini !! tensionnnnn!!

hari yang memenatkan

Rutinku bermula seawal 4.30 pagi.. Menghantar anak-anak ke sekolah dan terus ke tempat kerja. Jadualku semalam padat sehingga 6.20 ptg. Letihnya. Bigboss belanja makan luar petang semalam.. Balik dari dinner aku terus bersiap untuk ke Mesyuarat Kelab yang bermula pukul 8.30 malam untuk bincangkan aktiviti kelab untuk tahun ini..mesyuarat tamat pukul 10.15 malam.. Bila sampai rumah.. Yati pulak lelah.. kesian kat yati.. Berbunyi dadanya setiap kali bernafas..Selalunya lelah akan menyusul setiap kali dia batuk.. Dan setiap kali dia batuk, setiap kali itu jugalah aku jadi risau. .. Pukul 11.00 malam itu aku menghantar yati ke hospital untuk dapatkan rawatan neubulizer di wad kecemasan. Bila nak daftar, aku dapati kad pengenalanku tiada dalam purse. Puas aku mengggeledah tapi tak jumpa dan akhirnya aku teringat yang kad pengenalan tu aku campak dalam handbag hari tu selepas keluarkan duit guna buku di Tabung Haji.Macamanalah aku boleh jadi begitu cuai... Nasib baik pegawai kat kaunter pendaftaran tu tak banyak songeh.. lagipun aku antara pengunjung setia wad kecemasan tu sampai kebanyakan staf bertugas kat situ dah kenal muka aku ni yang sinonim dengan neubulizer tu. yati dah pandai pegang alat yang letak dihidung tu.. jadi aku hanya monitor jelah.. Lenguh jugak kalau nak pegangkan sebab bukan seminit dua masa yang diambil untuk rawatan tu. Sambil menunggu yati, aku melihat pesakit lain dalam wad kecemasan tu..Terpandanglah aku akan seorang lelaki yang terbaring di atas katil di zon merah. Usia lebih kurang lewat 30 an atau awal 40an dan masuk hospital sebab strok. Rasanya tak teruk sangat sebab muka tak herot pun.. cuma dia tak dapat angkat tangan kanannya langsung dan seperti sangat sukar untuk mengangkat kaki kanannya. Entah apa yang bermain difikirannya pada waktu itu sebab nampak dia termenung panjang sementara menunggu doktor merawatnya. Melihat keadaan dia menyebabkan aku risaukan diriku sendiri.. pasni mesti kena buat medical check up, jaga makan dan banyak exercise. Lepas habis neubulizer kena rehat pulak selama 15 ke 30 minit sebelum doktor check sekali lagi.. Syukur, Yati ok dan boleh balik. aku sampai rumah lebih kurang 11.50 malam. Sebaik saja aku rebahkan badan pada pukul 12.00 malam, mataku automatik tertutup kerana pukul 12 itulah betul-betul rehatku sebenar dan baru dapat baring dengan tenang dan sempurna.. Yang pasti, oleh kerana terlalu letih semalam aku tidur dengan tidak mencuci muka , lampu terpasang dan tv yang terpasang sehingga awal pagi.. Sememangnya semalam adalah hari yang paling memenatkan!

Perspective

- An email forwarded by my collegue-

PERSPECTIVE

If you will take the time to read these. I promise you'll come away with an
enlightened perspective. The subjects covered affect us all on a daily basis!

They're written by Andy Rooney , a man who has the gift of saying so much
with so few words. Enjoy.......


I've learned.... That the best classroom in the world is at the feet of an
elderly person.

I've learned.... That when you're in love, it shows.

I've learned.... That just one person saying to me, 'You've made my day!' makes my day.

I've learned.... That having a child fall asleep in your arms is one of the most peaceful feelings in the world.

I've learned.... That being kind is more important than being right.

I've learned.... That you should never say no to a gift from a child.

I've learned.... That I can always pray for someone when I don't have the strength to help him in some other way.

I've learned.... That no matter how serious your life requires you to be, everyone needs a friend to act goofy with.

I've learned.... That sometimes all a person needs is a hand to hold and a heart to understand.

I've learned.... That simple walks with my father around the block on summer nights when I was a child did wonders for me as an adult.

I've learned.... That life is like a roll of toilet paper. The closer it gets to the end, the faster it goes.

I've learned.... That we should be glad God doesn't give us everything we ask for.

I've learned.... That money doesn't buy class.

I've learned.... That it's those small daily happenings that make life so spectacular.

I've learned... That under everyone's hard shell is someone who wants to be appreciated and loved.

I've learned.... That to ignore the facts does not change the facts.

I 've learned.... That when you plan to get even with someone, you are only letting that person continue to hurt you.

I've learned.... That love, not time, heals all wounds.

I've learned.... That the easiest way for me to grow as a person is to surround myself with people smarter than I am.

I've learned.... That everyone you meet deserves to be greeted with a smile.

I've learned.... That no one is perfect until you fall in love with them.

I've learned... That life is tough, but I'm tougher.

I've learned.... That opportunities are never lost; someone will take the ones you miss.

I've learned.... That when you harbor bitterness, happiness will dock elsewhere.

I've learned.... That I wish I could have told my Mom that I love her one more time before she passed away.

I've learned.... That one should keep his words both soft and tender, because tomorrow he may have to eat them.

I've learned.... That a smile is an inexpensive way to improve your looks.

I've learned.... That when your newly born grandchild holds your little finger in his little fist, that you're hooked for life.

I've learned.... That everyone wants to live on top of the mountain, but all the happiness and growth occurs while you're climbing it.

I've learned.... That the less time I have to work with, the more things I get done.

A backdated story...

20 hb april yang lalu adalah hari bersejarah buat bekas pelajarku Nazar bin Mustapa dan isteri,Farahanum Shuhaily. Aku terima jemputan ke hari perkahwinannya pada hari dia bertunang dan selepas itu pesanan supaya hadir ke majlisnya aku terima dengan kerapnya samada melalui sms maupun panggilan telefon hingga aku tak berdaya lagi untuk menolaknya dan terpaksa meluangkan masaku dan mengambil cuti untuk ke majlis perkahwinannya..
Oleh kerana bigbossku tak dapat menemani aku.. maka aku pergi ke sana menaiki bas ekspress bersama-sama anakku Amin dan Muslimah( yang juga ex- classmate Nazar) dari Dungun ke KL.Kami bertolak pada 19hb malam lebih kurang pukul 10.30 malam. Dah lama tak naik bas ekspress ni seriau jugak rasanya.. Sampai saja di Hentian Putra lebih kurang pukul 5.00 pagi, adik nazar datang ambil kami untuk di bawa ke rumah mereka di Sungai Buloh. Ahli keluarga Nazar sangat ramah hingga aku tak terasa asing bila berada di sana.
Aku menghabiskan sehari masaku di sana... dan aku tak sangka tak sia-sia kedatanganku ke majlis itu kerana aku dapat berjumpa dengan bekas pelajarku yang lain.. Terkejut-kejut diorang melihat aku di sana lagipun Naza dah berjanji denganku tak akan memaklumkan kehadiran aku ke majlisnya. Anak muridku sudah berubah.. Sudah semakin ayu dan matang. Maklumlah sudah bekerja, berkahwin dan melihat dunia luar.
Suasana perkahwinan sungguh meriah dan teratur dengan lauk yang banyak dan tetamu yang ramai... Sesuatu yang sangat berbeza dari di tempatku sendiri di mana tetamu dilayan oleh pelayan yang terdiri dari orang-orang kat situ juga yang memakai pakaian yang sedondon.. Lauknya banyak dan pemanis mulutnya adalah bubur kacang hijau yang sedap..
Aku pulang pada malam itu jugak.. Sebelum pulang.. mereka buat majlis membuka hadiah di hadapan ahli keluarga.. nazar menghantar kami ke Hentian Bas Putra dan kami nyaris tertinggal bas kerana aku sangkakan bas bertolak pukul 10.00 malam. Sebaik sahaja sampai ke Hentian Bas putra, aku lihat bas dah sampai.. Bila aku check balik tiket bas rupanya waktu bertolaknya pukul 9.30am. Macamanalah aku boleh tak sedar.. nasib baik kami sampai tepat 9.30 malam..kami masih sempat naik bas dan pulang cuma tak sempatlah nak meronda sekejap di sekitar hentian Putra .. Sebaik sahaja masuk dalam bas, Amin terus sambung tidur dan dia terus tidur hingga sampai ke Dungun. Dia tidur sebaik sahaja masuk kereta dan sukar dikejut hingga Nazar terpaksa dukung dia sampai ke bas.Kesian kat nazar.. aku telah manyusahkan si pengantin baru gara-gara mengejar bas.. Begitu juga dengan Muslimah yang tidur dengan lenanya.. Yang pasti sepanjang perjalanan pulang tu, walaupun badanku penat dan mataku mengantuk, aku tetap tak dapat tidur lena kerana ada Benggali yang duduk di belakang aku berdengkur dengan sangat kuatnya.. dan setiap kali dengkurannya kedengaran, maka setiap kali itu jugaklah telinga aku jadi berkudis, bernanah dan berdarah.. Ya Allah!! Aku rasa nak sumbat je mulut benggali tu dengan kain.. tapi apakan dayaku... aku tak mau dicap sebagai penumpang bas yang terlampau...
Apapun to nazar dan isteri... semoga bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu..Nazar.. jangan banyak gaduh ya!! Lepas ni giliran Muslimah pulak mengakhiri zaman bujang..

Nazar Mustapa dan farahanum shuhaily bt Ab Malek Zaki










Uncle jual aiskrim yang pandai rebut peluang




Time buka hadiah.. Meriah!!





katanya Pahlawan lelaki melayu terakhir..






Wishing you a happiness till the end of time....








Movies

I've watched a lot of action movies such as Indiana Jones and its sequels, Lara Croft: Tomb Raider, The Mummy, National Treasure etc. The more i watched this kinda movie, the more i realized that the ending was almost the same. I'm sure you also will agree with me for the similarities and differences between these movies below:
Similarities :
1) The hero and heroin will not die. (I'm very sure)
2) Lepas susah payah cari harta karun, suddenly they got nothing at the end of the story.....yang paling pasti tempat yang dijumpai tu akan roboh dan semua orang berhempas pulas pulak menyelamatkan diri.. Except for film titled National Treasure.
3) Confirm .. the bad guy will die.. none of the movie shows that the bad guy is still alive and repent.
4.) Until now, I still cannot figure out the moral of the story.. melainkan marilah kita berpakat beramai-ramai mencari harta karun dan janganlah kita bersifat tamak dan haloba..
Differences :
1) Different title
2) Different stories
3) Different casts..
As a conclusion... don't watch all these movies or whatever action movies (except KungFu Panda) with your children and don't allow them watch the movies..

Kena cubit

' Adoii!!!'

'Jadilah'

'Dah! dah! Dah!!'

' Sejuk ni!!

'Degil betul budak ni!! Aku cakap dah!! dahlah!!'

Tiba-tiba tangannya yang gagah singgah di lenganku.. Abah telah mencubitku!!! Nasib baik tak sakit... hehe!!
Garangnya abah sewaktu aku mandikan dia baru-baru ni..... rupanya bukan senang memandikan orang tua ... Macam pergi berperang.. heheh!! Abahku sangat garang.. walaupun dah tua tapi bila bab nak mencubit dan bab melempang tu dia akan jadi cergas.. hehe!! itulah abahku yang aku sayang.. sebanyak manapun yang aku lakukan untuk dia masih belum cukup untuk membalas segala jasanya membesarkan aku...

Memantau

Penatnya memantau kelas hari ni... hari ini aku terpaksa terpaksa tebalkan muka pergi tanya kat cikgu-cikgu yang sedang mengajar tu, nama apa bagi cikgu yang aku tak kenal, kelas apa dan subjek yang di ajar.. Aku faham... sure diorang bengang sebab tengah syok mengajar ada orang kacau just to ask these three silly questions. I'll also feel the same if i were in their shoes..
Anyway, till now I still could not understand and cannot compute myself while trying to answer the question why we should have such a silly system.. Cikgu-cikgi ni bukannya budak kecik pun.. dah besar panjang even dah jadi mak bapak budak pun.. and I'm very sure they already know their own responsibility as a teacher. I think the best evaluater and supervisor for their attendence is the students.. Complaint je kalau cikgu kerap tak masuk mengajar.. Ke guana?? ( hehe!! Meminjam ayat standard Pok Ya kat pejabat pentadbiran)
Apapun... siapalah aku untuk bising... hanya blog ini aje tempat aku lepaskan perasaan. Lagipun, aku hanyalah cikgu kategori melukut... ada ok je.. tak ada pun ok jugak.. whatever lah!!

Cabaran budak gedik...

Semester ini anak muridku boleh tahan jugak gedik dan geletik terutamanya murid perempuan.
Mulut pun boleh tahan jugak menjawab cakap orang... Nampak gaya kena guna pendekatan baru.. Risau jugak takut tak terkawal... tapi macam biasa lelaki semakin mengecil dan tenggelam di kalangan budak perempuan....


Aku planning semester ini nak buat trip 2 dalam satu... berilmu dan berbakti. Perancangan ke Taiping.. Tapi disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan tambahan pula puasa yang bakal menjelang tiba tak lama lagi.. maka terpaksa hasrat itu ditunda ke semester hadapan... Tapi sebab utama yang menyebabkan aku batalkan trip tersebut sebab anak muridku gedik dan geletik.... Aku bimbang!!!

terlebih bajet

Kejadian ni berlaku tak lama dulu.. Aku pergi ke Pasaraya JuJaya ( Sekarang dah tutup dan berpindah ke tempat lain) sebab nak beli groceries yang tak cukup kat rumah.. Dah jadi rutin kalau setiap kali beli tu memang aku jadi seorang yang tamak dan haloba..

Sesudah mengambil barang yang aku nak beli.. aku pun ke kaunter untuk membayar..

”RM 85.40 kak” , kata juruwang...


Aku pun bukak dompet aku untuk mengambil duit untuk membayar.. Alamak.. duit tak cukuplah... Aku dah mula merah muka sebab malu...


Akhirnya... aku berkata kat juruwang tu ” Dik, akak tak jadi ambil dua tiga barang boleh tak?”

” Kenapa kak? Tak cukup duit ke?” Jawab adik tu sambil senyum sinis ala-ala memperli aku .

Mau ada yang nak kena penampor dengan aku ni.. Tapi sabar je lah...

Akhirnya.. aku tinggalkan Ridsect, bedak dengan syampu kat kaunter tu ... MALUNYA!!!!

Mencari rumah

Pagi tadi aku ke kawasan perumahan bersebelahan Sek Men Sura di tepi pantai sebab nak meninjau rumah sewa untuk kawan aku yang akan mula lapor diri pada 1 Ogos nanti. Kalau bujang senang sikit.. bolehlah sumbat je kat mana-mana rumah bujang.. tapi bila berkeluarga ni payah sikitlah.. Tambahlagi kalau waktu budak-budak UiTM dan politeknik dah mula masuk belajar. Rumah kat sini macam goreng pisang panas.. mulalah tuan rumah cekik darah letak harga mahal.. Entahlah... big bos aku kat rumah tu cakap ada kosong.. tapi bila aku tinjau tak adalah pulak..
Tengah duk meronda cari rumah tiba-tiba aku ternampak Fai laki bini dengan Fadhil kat luar rumah nak pergi kerja.Baru aku tau yang diorang sekarang tinggal kat situ..
Aku : " Fai.. kat rumah kau ada rumah kosong untuk disewa tak. Laki aku kata ada, tapi aku tinjau tak ada signish pun pasal rumah tu"
Fai: " Aku rasa tak ada dah kot... kau cari sekarang memanglah payah sebab budak-budak UiTM dengan politeknik dah masuk"
Selepas itu Fai pun masuk dalam kereta dengan anaknya dan aku ambik ruang porch dia sebab nak pusing balik.. Sebaik sahaja aku pusing stereng nak reverse, si Fadhil laki fai dengan selambanya cakap kat aku... " Aku bukan apa.. kalau perempuan bujang, lawa... memang adalah rumah kosong dalam rumah aku ni... ni dah kawin... tak adalah rumah kosong.." dan berlalu sambil sengih... Ha... pandailah kau fadhil.. nasib baik bini ko tak dengor... hehe!!

Nyaris accident

Tengahari semalam aku pergi ke bank nak jumpa pak saudara aku yang terchenta untuk minta duit dan pada masa yang sama pergi bayar bil letrik rumahku yang berjumlah Ringgit malaysia lima ratus lima puluh tiga hingget sepuluh sen(RM 553.00).. Power punya bil... tertinggi yang pernah dicatatkan...nanti aku cerita kemudian kenapa jumlahnya sebanyak itu.. hehe!! Dari tempat kerjaku hingga ke destinasi yang dituju perlu melalui 6 buah lampu isyarat... Cukup cuak rasanya setiap kali nak ke bank sebab bandar bukannya besar pun macam KL.. Tapi lampu isyarat.. mak aii!! mengalahkan bandaraya..
Sampai ke simpang lampu isyarat jalan Melati, lampunya merah menandakan berhenti dan bagakku berhenti di barisan hadapan... Bila lampu bertukar hijau.. seperti biasa aku menekan minyak untuk bergerak.... tiba-tiba aku terperanjat beruk apabila ada sebuah motosikal melintas di depan aku... terus aku brek mengejut... nasib baik aku tak laju... kalau tidak aku memang sapu bersih si Mamat yang bangang tu bersama motornya sekali... Yang buat aku hangin satu badan tu dahlah si mamat bangang ni pakai topi keledar tak ikat... laluannya salah dan bertentangan dan selamba badak je sengih-sengih kat aku.... Dek kerana terlampau terkejut sampai aku lupa nak hon kat mamat motor yang bangang tu. Kalaulah aku hon kat mamat bangang tu dan dia nak tunjuk samseng kat aku sebab aku pempuan yang lemah... memang silap besarlah mamat bangang tu.. aku akan telefon polis dan pasti ramai yang akan keluar membantu aku sebab peristiwa itu brlaku di depan ramai orang.. tambahlagi di sebelahh kiri dan kanan aku adalah pemandu lelaki.. Memang diaorang akan keluarnya tibai si mamat bangang tu... But.. it did not happened like that... mamat bangang itu dengan selamba bodohnya berlalu di depanku yang terkedu kat situ...
Sampai di bank, aku pergi berbaris ke mesin keluarkan wang.. Di tepi mesin tu ada polis bantuan berdiri tercegat kat sebelah mesin,... Suspens jugak aku entah-entah orang di depan aku nak mengeluarkan wang yang banyak tapi limit 5 ribu je.. atau pun orang itu tak pandai menggunakan mesin tu... hehe!! Bila sampai giliran aku, barulah aku tahu yang sebenarnya mesin itu skrinnya gelap... ibarat orang buta nak berjalanlah tapi tak nampak jalan.. dan polis tu tukang bawa si buta ke destinasi... Begitulah yang terjadi kepada aku yang buta seketika di mesin itu... Tapi bagus gak.. sebab tak nampak baki aku yang tinggal beberapa hingget je lagi.. hehe!!
Sampai ke tempat bayaran bil letrik dan sampai giliran aku membayar aku pun bertanya kat kakak kerani kaunter tu... ' kak, nak tanya sket boleh tak.. memang ada kena bayar cagaran tambahan ke kak sambil merujuk pada bil aku...' kakak tu pun menjawab' oh yang tu!!! Dia print terkebawah tu... yang tu beukan kena bayar cagaran tambahan tapi yang tertunggak' ... Aiyoo!! Aku terkedu di situ... aku lupa bayar ke? Hehe!! Biasalah!! melayu mudah lupa... selagi tak dapat surat chenta warna kuning tu... selagi tu lah berat diri dan kaki pergi membayar..

SUKANEKA ANAKKU

Naim dalam acara lari dalam guni....

Yati menggayakan baju segera ciptaan ibunya yang kreatif..menang tempat ke 3




Naim sebelum majlis perarakan.. Sebelahnya yang bertopi merah tu si naufal.. khabarnya boyfriend Yati..



Yati sebelum majlis perarakan.
HAPPY SUNDAY!!! Hari ni tadika anakku bercuti sempena hari sukan yang diadakan semalam. By the time aku menulis ni, mem besar kat rumah si yati sedang bersantai lagi atas katil.. Naim si bos besar no dua dah bangun dan pagi ni dia telah menyorokkan roti manis yang aku beli semalam di kedai kek Sweden yang tinggal lagi 3 biji di dalam baldi berhampiran bilik air sebab tak nak bagi abang dan adiknya nampak... Ya Allah.. tamak betul anakku yang sorang ni.. Bila ditanya siapa yang sorok roti tu tak ada sorang pun nak mengaku!!!
Berbalik pada cerita sukaneka semalam.. sukaneka semalam di adakan di Padang sekolah Men Imtiaz di Sura Gate. Tetapi di sebabkan salah informasi, aku telah tersesat ke Sek Men Sura.. Tapi kalau tak salah telinga aku yang mendengar hari tu cikgu dia cakap yang program tu ditukar ke Sekolah men Sura.. bila aku sampai tak ada sorang pun yang kelihatan.. yang ada hanyalah budak-budak sekolah Sura yang berkhemah di situ. Aku terus pusing balik ke sekolah Imtiaz... bila sampai kat sekolah imtiaz baru aku perasan yang tempat di tuju adalah asrama. Sekolahnya di tampat lain.. Rupanya besar juga sekolah imtiaz ni ya ( Sekolah yang dibanggakan oleh Pak Deris untuk melahirkan generasi UlulAlbab.. tapi memang aku akui sekolah agama tu memang bagus.. sekolah cemerlang)
Bila sampai ke padang sekolah aku lihat ramai ibu-bapa yang dah sampai.. Kiranya aku yang paling lewatlah.. tapi dimaafkan sebab miscommunication. hehe!! Lagipun.. acara belum bermula lagi.. Nasib baik!! Masa mendaftar aku diberikan no untuk cabutan bertuah.. tapi aku dah jangka aku memang tak bertuah pun..
Acara dimulakan dengan perarakan anak-anak.. Naim rumah biru bertemakan Minnie Mouse dan Yati pulak rumah kuning bertemakan minnie Mouse... Nampak budak-budak tu sangat happy.. Ada lima acara yang dipertandingkan untuk anak-anak hari tu.. Bawa bola dalam sudu, lari dalam guni, junjung beg saga, pukul bola hoki, makan biskut dan cari gula dalam tepung.. Naim sangat bersemangat.. semua game dia masuk. Setiap kali game dia yang mula dulu dan dia jugak yang berlari paling laju dan sampai dulu.. tapi teammate dia yang buat spoil.. Kesian plak kat naim.. sangat bersemangat tapi kalah jugak.. out of 5 games yang dia main.. team dia cuma dapat sekali tempat pertama untuk pukul bola hoki dan tempat kedua untuk cari gula dalam tepung. Yati pulak cuma main dalam acara makan biskut. Kesian pulak kat Yati.. lari sudah laju tapi biskut yang patut di makan terjatuh dari mulutnya.. Dia teragak-agak nak ambik masa mulut atau tidak sebab all this while memang dia dah maklum yang aku akan marah kalau dia kutip balik makanan yang dah jatuh.. mungkin dia desperate dan terdesak dan sememangnya anak kecil tak dapat berfikir sebenarnya dia boleh ambil biskut lain dalam pinggan tu.. Dan tidakku duga dan aku rasa hampir nak terbalik bila tiba-tiba Yati kutip biskut tu dan sumbat dalam mulut.. aku terus kelu tak mampu berkata apa-apa.. Nak marah pun, depan orang ramai.. Tapi yang kesiannya Si Mail dan Ima.. anaknya bila terasa je biskut marie dalam mulut.. terus dia baling dan merajuk sebab dia cuma nak makan biskut tiger.... puaslah dia berdua memujuk anaknya hingga akhirnya Mail terpaksa angkut anaknya yang merajuk lari balik ke barisan dan anaknya telah menyebabkan teamnya kalah..

Aku pun masuk acara kaki pancing dan ibuku kreatif.. Untuk acara kaki pancing aku tak menang sebab bila acara tu bermula tiba-tiba tangan aku menggigil semasa ikat tali pada joran dan mata kail.. ( Dah memang keturunan Mohd Noor yang menggigil.. hehe) . Tapi yang aku kesian si mail lah.. lepas game tu dia cakap kat aku yang dia kalah sebab masa dihabiskan mengelak dari kayu joranku yang asyik mencocok perutnya.. hehehe!! Sorrylah Mail !! Memang aku tak perasan langsung kayu sebab khusyuk sangat mengail ikan polisterine tu..
Untuk acara ibuku kreatif ibu-ibu kena buat baju anak dari suratkhabar.. fesyen yang aku buat simple je.. aku tak kreatif sangat seperti ibu-ibu lain yang beria-ia mereka fesyen... tema aku senang... santai dan kemas.. lagipun tak cukup masa sebab masa tengah khusyuk buat baju tiba-tiba ada ibu lain pinjam stapler dan terus buat harta sendiri dan aku dah buang masa mencari stapler lain.. kalau tak mesti happeninglah baju anak aku tu.. hehe!!!!( tak abis-abis dengan perasannya!!)

Tiba acara penyampaian hadiah..Adoiii!! aku tak tahan betul dengan MC ni.. macam syok sendiri.. Kalau lancar tu tak apalah.. Ni duk uuu..aa..uuu..aaa kat depan.. ( Sedapnya mengata orang!! macamlah diri sendiri baguih!!) Masa tu aku rasa macam nak ke depan je ambik microphone dan take over jadi MC dari dia.. Naim dapat tabung dan bekas air.. sementara Yati pula dapat tabung.. Cuma aku tak sangka yang untuk acara ibuku kreatif aku menang tempat ketiga.. dan yang paling aku tak tahan bila MC announce " Pemenang tempat ketiga adalah............. YATI"., anakku si Yati terus berlari meluru ke depan ambil hadiah dan tinggalkan ibunya yang ternganga terkejut dengan tindakan spontannya.. Dan aku tak tahan nak tergolek kat situ bila lepas ambil hadiah anakku berhenti di atas pentas di depan ibu bapa yang lain.. melompat sambil mengangkat hadiah yang dia dapat!! Bila dia turun pentas sambil berlari ibu-bapa yang duduk di depan memerhatikannya dan agaknya mesti diaorang mencari siapalah ibu budak yang ligat ni..aku buat muka sardin je lah.. Dan yang pasti untuk 15 hadiah cabutan bertuah, tak ada satu pun yang aku dapat.. memang tak pernah bertuah.. Kena mandi bunga nampak gayanya lepas ini.

Apapun.. yang penting anak-anak aku enjoy hari tu dan hari itu adalah hari yang memenatkan buatku.... oklah.. nak pergi meeting pulak... Ras dah ajak pergi.. sebab sebelum meeting ada makanan yang disediakan... rezeki jangan ditolak!!













pelajar baru...

Pada 28 hb jun baru ni adalah merupakan hari pendaftaran pelajar-pelajar baru ditempatku. Ramainya ibu bapa yang menghantar dengan pelbagai gelagat yang dapat disaksikan.. ada yang datang berkereta besar, ada yang datang bagaikan rombongan datang meminang dan ada pelajar yang datang sendiri.. tetapi yang nak aku sentuh di sini bukanlah ibu bapa yang bersungguh-sungguh datang menghantar anak mereka, tetapi bagaimana anak mereka menempuhi hidup di sini selama tiga tahun.. adakah meraka akan cemerlang sepertimana kecemerlangan mereka semasa SPM ataupun hilang dan hanyut di buai kelekaan yang akhirnya membawa kekecewaan.. Melihat ibu bapa yang menghantar anak dari jauh dan sabar menunggu anak-anak mereka mendaftar dengan penuh gembira dan harapan yang tinggi buat aku merasa sayu.. berbaloikah nanti pengorbanan mereka sekiranya nanti anak-anak mereka lupa diri, malas belajar.. kecundang dan akhirnya jadi pecacai yang tak berguna dan menyusahkan ibu bapa.. Sekiranya anak mereka jadi begitu.. sememangnya mereka adalah anak yang tongong, bebal dan seorang manusia yang tak tau bersyukur..... Dan aku tak faham juga kenapa ada pelajar yang diberi peluang belajar di tempat di mana orang berebut nak belajar dan hantar anak-anak belajar tetapi tak sampai dua tiga hari masuk tiba-tiba nak berhenti atas alasan tak minat.. dan tunggu tawaran dari tempat lain.. " Yeenadeii!! kalaulah dah tak minat.. kenapalah at the first place kau pegi apply tempat ni dengan kursus yang kau tak minat tu.. tak ke bebal namanya!!Menyusahkan semua orang dan menyusahkan mak bapak korang!! Opps!!! Tiba-tiba aku terlebih emosi dan lupa diri kejap.. hehe... Apapun... sendiri mau ingat...

Comeback!!

Dah lama tak menulis dalam blog... akhir-akhir ini kesibukan melanda dengan dasyatnya hingga x mampu nak menjeling walau seminit pada blog.. kalau blog ni boleh bercakap dan seperti manusia.. sure.. dia akan hantar sms peringatan lebih kurang beginilah bunyinya... " Woiit.. dah lupa kat blog sendiri ke?? " .. Tapi tak mungkin itu akan terjadi..

Oleh kerana semangat menulis di blog ni tiba-tiba datang sehangat semangatnya orang menulis di blog semasa hangat pilihanraya itu dan seperti semangatnya Che det menulis di blog.. maka blog ni pun aktif lah balik... tapi dengan semangat baru dan nama panggilan diri yang baru... AKU.. hehe.. Kenapa bukan 'makcik" lagi... Sebab... rasayna panggilan makcik ni macam tualah... ( hehe!! perasan macam diri tu muda sangat!! Tak mengapalah .. asalkan jiwa sentiasa muda).. Sebenarnya aku ada banyak cerita yang aku dah jerukkan samapai nak berkulat.. tak apalah... nanti aku back datedkan dan update blog aku... itupun kalau berkesempatan...