berapa agaknya ya..

Tak lama lagi keputusan peperiksan akan diumumkan...
Sepertimana anak teruna aku relaks je menunggu hari itu...
Tanpa rasa resah gelisah 
Ataupun susahati 
tentang berapa A dia akan dapat..
Begitu jugalah relaksnya aku dan tebby..
Berapa A?
Kalau ada A..
Maknanya ada keajaiban telah berlaku disitu...
Tapi yang sebenarnya..
Aku tak kisah berapa dia dapat..
Dan aku tak mengharap sesuatu yang cemerlang..
Sebab aku tau sejauh mana kemampuan anak aku..
Tapi aku percaya ..
Setiap anak ada potensi masing-masing..
Aku pun tak da la cerdik mana pun
Tapi boleh je jadi orang yang berguna..
Cuma aku lega..
Sebab dia dah tau apa yang dia nak..
Baru ni dia request nak masuk bidang masak bila naik tingkatan 4
Jadi tebby dah mohon kemasukan ke sekolah vokesyenal untuk dia ..
Bila tinjau tempat ada offer kursus masak tu...
yang paling dekat adalah kat Tanah Merah..
Aiyooo... jauhnya..
Susah hati aku dibuatnya
Tapi..
Aku dan tebby sokong je apa yang dia nak...
Sekurang-kurangnya dia tau apa yang dia nak dalam hidupnya
dan ada keinginan untuk terus belajar.
Tak perlulah aku susah payah nak pikir apa yang terbaik untuknya..
Dalam menyokong tu..
Sesekali ada juga terselit harapan supaya dia tak dapat ke sekolah tu..
Tapi kalau dia dapat..
Aku tetap akan hantar dia belajar ke sana juga. 
Selagi dia nak belajar...
Kerana aku percaya..
Allah merancang yang lebih baik untuknya...