aku bukan suka sangat fesbuk ni..
Pada aku fesbuk lebih banyak buruk dan baiknya terutamanya bila disalahgunakan..
Kerana fesbuk.. keluarga berbalah
Kerana fesbuk orang cerai berai..
kerana fesbuk ramai kena tipu..
Paling tak larat bila masuk jamban pun nak cerita ke seluruh dunia..
Tapi ada juga baiknya mende ni..
Boleh kumpulkan rakan yang lama tak jumpa..
Boleh jumpa lecturer sendiri dalam fb..
paling malu bila lecturer sendiri yang add aku ..
tapi aku lupa ...
Bagusnya mende ni boleh kongsi maklumat..
dan aku optimumkan penggunaannya..
Tapi ada beberapa perkara yang aku tak kan buat dengan fesbuk ni..
- aku takkan approve kiranya orang yang add aku tak aku kenali, profile picturenya adalah kambing, monyet, bunga atau seumpamanya... dan nama empunya body pun adalah bukan nama sebenar.. kecuali bila aku psti dia adalah orang yang aku kenali.. tapi belum tentu aku approve ..
- Aku sangat jarang add orang untuk masuk dalam friend list aku .Aku takkan add orang sesuka hati aku kecuali dia adalah kawan aku .. hrmm.. itupun belum tentu lagi..
- poking-poking aku tak maen terutama orang yang poke aku itu tidak aku kenali..
- aku tak pernah online 'chat' di fesbuk...
- aku tak akan layan mesej-mesej yang mengarut di mailbox aku especially yang datang dari negara-negara laen dan yang langsung tidak aku kenal.. hanya seronok membacanya tapi tak akan layan..
Kawan aku ada cakap :
Ada perkara...kita boleh share kat fesbuk.
Ada perkara...elok simpan kat diri sendiri saja.
Berapa hebat diri kita...berapa mantap result exam kita...betapa byk income kita.... Elokla didiamkan saja.
Lebih2 lagi kalau boleh mengundang macam2 anggapan dan salah faham dari yg membaca.