aku dan kenangan

* baru-baru ni aku dan mytebby pergi ke Bangkok bercuti. Bunyi macam orang kaya je kan.. tapi sebenarnya we all dapat promosi Syarikat kapalterbang si Toni fernandes punya tu... kitaorang dapat murah kaw-kaw punya tambang... 20 sen sehala dan kitaorang dah book setahun yang lepas...

* Kitaorang bertolak dari rumah naik bas ekspress ke putrajaya... dari putra jaya naik LRT dan bas ke airport.. Si budak jahat tu kitaorang tinggalkan kat stesyen bas ekspress sebab senang nak balik rumah nanti. flight pukul 10.00 malam.. kitaorang sampai awal dan check in awal.. mytebby bengang sebab kitaorang terpaksa bayar  caj luggage sebanyak seratus lima hingget masa check in. Alasannya masa kitaorang booking dulu tak ada declare nak bawak luggage..Kalau declare awal bayar murah je 30 hingget.. Terpaksa lah bayar dengan muka yang sangat ketat dan mulut yang mengomel sebab tak puashati... ...Patut lah si toni tu kaya raya dan untung banyak... segalanya bisnes..dari luar sampailah dalam kapalterbang..Apapun silap kitaorg jugak.. mulanya nak pakai backpack ala traveler tu.. tapi aku laki bini kan kaki perfume.. mana boleh hidup kalau tak bawak minyak wangi... dan minyak wangi ni pulak mana boleh masuk dalam perut kapalterbang.. jadi we all decide lah bawak beg roda lagi satu dan letak dalam tempat luggage.. tapi tak terfikir nak declare sebab dah lama kan jadi we all pun terlupa.. Jadik beg galas sorang satu dan 1 beg lagi sumbat dalm luggage.

* Sampai airport di bangkok pukul 11.30 malam... disana pemandu teksi dah tunggu kitaorang. Pemandu teksi ni pandai cakap melayu dan kawan aku yang rekomen.. jadi aku dah book dia sebelum bertolak lagi. Dia bawak kami menginap di hotel baru dan berhampiran dengan nbanyak tempat makanan muslim.
 
 

Hotel tempat kitaorang menginap.. 120 hinggit semalam.. Ownernya Mesians.. Penang mari ..sangat selesa.. makan diragui.. breakfast aku kat hotel ni hanyalah jagung rebus dan roti sebab banyak makanan pagi yang sedap-sedap tapi intinya adalah daging binatang gemuk kaki pendek tu.. Nampak tak kerusi dan meja depan hotel tepi jalan tu.. itulah tempat aku sentiasa dan suka lepak dengan mytebby setiap pagi lepas breakfast.. tengahari atau petang sebelum keluar berjalan dan malam sebelum masuk balik.



* Berjalan-jalan di rumah ibadat orang Budha yang antik dan besar dan cantik. Ingatkan kat masjid je kena pakai tudung dan menutup aurat.. rupanya pegi tokong dia pun kena pakai tudung dan menutup aurat.. Maknanya seksi-seksi diharamkan .. sian pulak sorang minah saleh pempuan ni kena pakai tudung  :-)

 
 Percaya atau tidak, semua bas yang rupanya seperti ini untuk kemudahan rakyatnya adalah percuma... tapi tak ada aircond lah.. kalau nak bas ada aircond kena bayar lah.. Minyaknya kerajaan yang tanggung.. ini barulah betul rakyat didahulukan.... Tak kisahlah tak ada aircond pun asalkan percuma..

  
 * Dua gambar di atas ni adalah dua syarikat pengeluar barang kemas bertatahkan berlian yang bermacam jenis serta souvenir yang laen.. Sangat banyak sampai kelabu mata.. apapun aku sukakan konsep perniagaan kedua-dua tempat ni yang tak ada kat tempat kita. Konsepnya pelanggan happy... dia dan drebar teksi dan tuktuk pun dapat untung. Maksudnya kalau pemandu teksi atau pengangkutan awam yang laen dapat bawak pelanggan ke tempatnya maka diorang akan dapat baucer petol percuma sebanyak 3 liter. Kalau pelanggan beli, diorang akn dapat baucer petrol percuma sebanyak 5 liter. Bila sampai dia akan bagi welcome drink percuma.. pastu dia bawak masuk round tengok proses buat barang kemas, pastu dia akan bawa ke ruang pameran untuk tengok dan beli.. kalau dah beli tapi kalau nak adjust size cincin ke .. diaorang akan buat terus secara percuma.. jadik customer diminta menunggu kat cafe dan diberikan air minuman percuma. Kalau dari hotel,diaorang boleh hantar driver dan kenderaannya ambil dihotel untuk shopping dan hantar balik secara percuma. Kalau tak cukup duit, dia boleh tolong hantarkan ke bank berhampiran untuk keluarkan duit dan mereka juga terima duit matawang kita.....  Moralnya.. nak datang Bangkok kena bawak duit banyak..sebab cakap je tak nak .. tapi akhirnya terbeli juga ...

* Makan kat Bangkok ni tak ada masalah sebab banyak restoran muslim berdekatan hotel.. bersih dan halal.. even dalam shopping complex pun ada restoran makanan Arab.. tapi mahal sikitlah.. Kat sini lebih aman dari di Indonesia walaupun bahasanya berbeza... rasa sangat selamat... bandarnya bersih.. pengangkutan awamnya banyak dan berpatutan... jalan adakalanya jammed tapi tak seteruk di Kay El. Tak ada peminta sedekah yang mengekori kita kemana saja kita pergi.. Orangnya peramah..  bandarnya bersih.. payah nak jumpa tong sampah.. dan yang psti jarang dengar hon di sana. Jangan terkejut teksinya adalah rangkaian kereta toyota..Camry pun jadi teksi  dan sebijik tuktuk harganya sama seperti sebijik altis..

* Ada driver tuktuk offer nak bawak kitorang tengok pertunjukan "tigers... " dan yang laennya.. Katanya tiket 60 hingget untuk semalam.. tapi we all tak pergi sebabnya tak sesuai lagipun kitorang dah penat gila...

* aku dan mytebby sempat lagi pegi berurut kat kedai urut berhampiran.. mytebby ambik pakej urut kaki 2 jam .. dan aku ambik pakej oil massage yang 1 jam punya. tapi mytebby bebel-bel sebab dia amik pakej dua jam punya tapi budak tu urut macam maen pondok-pondok je.. tak ada kick... aku ok je walaupaun macam maen pondok-pondok punya urutan..... Asal tak terlalu sakit kira ok lah...  Kosnya .. lapan puluh hingget...

* Seronok di Bangkok sebab orang tak paham bahasa kita... jadik aku dan mytebby boleh cakap apa sahaja dengan jelas dan terang  tanpa was-was dan ragu-ragu... ehehehe....


 * Yang ni pulak masa aku dan mytebby lepak dikerusi depan hotel sebelum pergi shopping.. Minah tu sibuk sembang dengan dua orang lagi berhampiran we all dengan gaya gedik.. Mytebby cakap " Pempuan tu cakap kat kawan dia asalnya dia hitam .. tapi lepas dia pergi kat kedai berhampiran hotel ni .. kulit dia terus jadik putih... tak caya pergilah cuba... ehehehe" Bukan boleh caya cakap laki aku ni... dan seronok gelakkan pempuan tu kuat-kuat tanpa  was-was sebab dia tak memahami..."  

* masa balik kitorang naik flight dari Bangkok ke Naratiwat.. pastu dari airport Naratiwat tu kitaorang naik bas mini yang dipandu sangat laju sampai jadik kecut hati aku ke Sungai Golok. Sepanjang jalan banyak pos askar dan askar yang berjaga dan kebanyakan rumah bertutup rapat.. Dari sungai Golok melepasi sempadan masuk ke Rantau Panjang. Dari situ kitaorng naik bas henti-henti ke Kota Baru.. sampai Kota Baru kitorang naik bas ekpress dari KB ke Kuala Terengganu..Sampai Kuala Terengganu pukul 9.30 malam.  Kitorang naik bas ekpress balik rumah dan selamat sampai pukul 11.00 malam. Sampai kat hentian bas ekpress tu si Lover sudah sedia menunggu dibawah pokok... On the way balik rumah.. mytebby telah jadik seorang pembunuh sebab siLover telah melenyek seekor kucing remaja yang melintas sehingga mati.. Kesian kucing tu...

* Kawan aku cakap aku laki bini betul-betul macam pengembara terutama time balik.. dia terkejut dengar cerita aku... Dia kata kalau wife dia sure tak sanggup nak berjalan stail kitaorang berjalan ni... Seriously.. memang we all sangat lasak ... Alhamdulillah perjalanan balik lancar walaupun terpaksa berkejar...

* Serius seronok di sana.. lupa segala masalah dan kerja yang banyak menimbun.. we really enjoy ourselves. InsyaAllah laen kali nak pergi lagi... cuma kali ni tak banyak yang we all beli sebab bukan orang kaya walaupun air liur meleleh-leleh terliurkan barang-barang yang pelbagai jenis di sana.. Masa pegi beg kitaorang 12 kilo je.. tapi balik beratnya bertambah jadik 19.25 kilo...

** Kalau nak pergi kena pastikan bawak duit yang banyak...