aku dan cerita kesihatan

Yati tak sihat semalam..
Macam biasalah sakitnya..
Awal pagi dia kena asthma..
Lepas bagi ubat lelahnya dia dah ok sikit..
Tapi petang lepas balik kerja dia sakit lagi..
Terpaksa lah bawak dia menjengah wad kecemasan hospital dekat rumah aku...
Tanpa sempat menukar baju kerja...
Tak sempat nak masak makan malam..
Dan aku sorang je berpakaian paling formal di wad kecemasan pada petang itu...
Naseb baek dua round rawatan dia dah ok..
naseb baek jugak dia tak sempat kena suntikan..
Dan nasib baek jugak dia tak kena tahan kat wad...
Tapi lama jugaklah aku lepak kat wad tu..
Dari pukul 5.45 petang sampai 8.30 malam..
Masa ambil ubat sempat jugaklah aku sembang dengan ahli farmasi kat situ..
Dia suggest aku refer case aku kat pakar hospital kat sini pulak..
Sebab sebelum ni aku refer kat pakar hospital swasta..
dan telah lama jugak aku tak buat ulangan temu janji..
Tapi aku cakap kat dia ...
satu ketika.. kiranya aku kena tahan wad sebab sakit aku ni barulah aku akan request untuk refer doktor pakar..
So far ubat yang aku sedut setiap hari ni ok lagi..
Lepas balik dari hospital singgah McD sebab Yati request nak makan bubur ..
Pastu tapau burger untuk anak-anak aku bimbang diorang lapar sebab aku tak sempat masak...
Tapi aku tak da lah risau sangat sebab makanan banyak kat dapur..
Amin pun dah boleh masak sendiri..
Should be no problem..

**  Tahun lepas orang Hasil call aku tapi tak dapat lalu dia contact mytebby.... pastu dia cakap sakit asthma tak dikategori sakit yang serius jadi aku tak boleh buat pelepasan cukai . Lalu mytebby pertahankan kenapa aku patut dapat pelepasan sebab aku bergantung pada ubat asthma controller setiap hari dan expenses untuk ubat controller aku hampir cecah 200 hingget sebulan, itupun aku hadkan penggunaannya selang sehari instead of 2 kali setiap hari dan ada pengesahan pakar mengatakan aku ada acute asthma.. lalu pegawai tu pun terus senyap dan tak adalah kacau aku lagi selepas itu..