Baru-baru ni aku ikut mytebby lagi yang buat program untuk pelajar-pelajar yang nak ambik PMR.
Pelajar sangat ramai..
Mungkin takut dengan mytebby…
Ibu bapa pun ada juga..
Memang kagum dengan sorang ibu ni…
Tak pernah miss datang dengan anak kecil menemani anak yang hadir tuisyen setiap malam selama 44 hari..
Masa balik tetiba mytebby nampak sekumpulan budak lelaki yang tengah lepak atas motor..
Dari dalam budak jahat tu mytebby memerhatikan budak-budak yang baru abes tuisyen tu melepak..
Tetiba mytebby bawak si lover menghampiri budak-budak itu…
Diorang mula nak bersurai bila nampak mytebby yang pergi menghala ke arah mereka..
Rupanya ada salah sorang dari budak-budak tu buat aksi congek motor ala mat rempit yang menyebabkan mytebby hangin..
" awak mari sini!!" mytebby memanggil salah sorang budak tu..
Bila budak tu datang dekat tiba-tiba aku terdengar sayup-sayup bunyi 'kuk!kuk!'
Rupanya dua kali budak tu kena kat kepala…
Adoii!! Aku rasa macam sakit je..
" mu nok belajor ke tak mo??"
Dengan mata yang hampir berair budak tu menjawab , 'nok!"
'Pergi balikkk!!" sergah mytebby dan budak tu berlalu pergi…
Kejadian tersebut menyebabkan anak-anak aku yang awalnya bising tetiba senyap di belakang..
Mytebby kata dia buat macam tu atas 3 sebab..
Pertama sebagai peringatan kepada pelajar tu… sebab kalau ada apa berlaku pada pelajar tu nanti cikgu yang dipersalahkan.
Kedua sebagai peringatan kepada security guard kat situ supaya lebih peka… Jangan pandang je…
Ketiga..sebagai peringatan kepada anak-anak yang senyap terus duduk kat belakang.. iaitu jangan buat perangai pelik-pelik masa kat sekolah..
Walaupun aku sedikit kurang setuju dan ada sedikit menegur tindakan mytebby..
Tapi aku tak mahu campur lebih-lebih walaupun sedikit kesian kat budak tu.. .
Sebab budak tu budak baek cuma nakal sikit je..
mungkin itu adalah yang terbaik.