Hari ni first day puasa. Hari pertama puasa je dah uji kesabaran aku ngan anak murid aku. Aku bengang betullah dengan budak-budak ni.. Banyak kali diorang buat perangai.. mentang-mentang aku tak ambek attendance.. diaorang sesuka hati je tak nak datang.. Hari ni aku betul-betul geram.. Hangat betul hati aku. Diorang buat perangai lagi tak datang kelas pagi tadi. Lalu aku mintak nombor handphone dan call setiap budak yang tak datang tu. malangnya tak da sorang pun angkat. Lagilah mendidih darah aku. TAk pasal-pasal kawn-kawan diorang jadi mangsa tazkirah aku...
Tiba-tiba tengahari tadi lepas kelas, salah sorang dari budak yang tak datang tadi call aku..
Dia : Hello..... sapa ni?
Aku: Nak cakap dengan siapa?
Dia: Tak palah... dan dia terus letak telefon sebab dengar suara pempuan yang tak familiar di telinga dia atau mungkin kredit hp dia nak abes...
Mula-mula aku tak perasan.. tapi lepas check no barulah aku realize yang call tadi tu salah sorang dari budak yang aku susah payah call sebab tak datang kelas aku pagi tadik..
Tidak lama kemudian budak tu hantar sms kat aku.. tak puas hati gamaknya.. tah pempuan mana yang call dia tadik.. Apalagi!! Layannnnnn.........
Dia : Sapa ni? Tadi ada miscol, 2 yang miscol balik.
Aku : Saya H*****a.
Aku: Lupa!! Saya dapat no awak ni pun dari kawan baek awak.
Dia : H*****a mana lak??? ( Amboi!!! buleh tak ingat nama cikgu dia??)
Dia: Hum.. sape tu kawan baek saya?
Aku: Awak ni!! cuba tanya izat kawan baek awak bdk kelas bm1125a.
Dia: Aik! Ijat yang bagi ke?
Aku: Ha ah!! Ce awak tanya dia ada x pempuan nama H*****a mintak no tepon awak.
Aku: Kalau tak kenal tak pa la. Jumpa lagi.
Dia: H******a kos apa? Bangking gak ke?Owkey2.. banking kelas mana?
Aku : Ce teka. Nak clue tanya ijat la. Gud luck!
Dia: X pe la.. tgk la cam ne k..
Aku: Ok. Tgk la macamana nanti. Tanyalah ijat ye.. Ok take care! :-)
Dia : Ok la.. Selamat brpuasa
Aku: Selamat berpuasa dan selamat bbuka puasa.. Jumpa lagi nanti ya. Jangan lupa tanya ijat tau. Take care!!!
*** Dah tergolek-golek sorang-sorang gelakkan anak murid aku.. Geram pun ada... dah lah banyak kali tak datang kelas aku.. boleh tak ingat nama aku dah nak abes semester belajar ngan aku... silap aribulan semester depan jumpa aku lagi.
Kesudahannya??
Tidak lama kemudian.... dia hantar sms pada aku..
Dia : Sorry madam.. x kenal no madam.. Saya bukan tak nak gi kelas madam..
Tapi aku tak layan...
Dia tak puas hati... dia sudah susahhati gamaknya sebab teka teki sudah terjawab... lalu dia call tapi aku tak jawab... biar dia rasa..
Lalu dia hantar sms pada aku... lagi...
Dia : Madam.. saya nak mintak maaf pasal message ngan madam tadi.. Da la hr ni tak pegi kelas madam.. Pastu tak kenal pulak no madam. tnya sapa tu. Sempena bulan ramadahan ni saya nak mintak maaf sangat-sangat ngan madam sebab banyak tak gi kelas madam...
Dan aku tak layan.... Malass! Buat abes kredit aku je..
** I dont care much.. lagipun naseb baek aku dah nak lepas kelas ni... next week ada orang baru ganti aku ngajar kelas tu... lega..