dapat jugak

Akhirnya hajat aku tercapai jua.. Dah lama aku tunggu saat ini... Lama aku cari dan akhirnya aku berjaya membeli kasut idaman aku kat Mall di Kuantan. Itupun aku tak rancang nak cari di Kuantan.. kebetulan myhubby tetiba pulak nak berbuka puasa kat kuantan hari jumaat baru ni kat Ayam Penyet . Selain dari tu dia nak cari gadget untuk komputer tablet yang dia dapat percuma dari Celcom. Aku sponsor minyak dan my hubby belanja makan. Kebetulan masa nak pergi ke Ayam Penyet aku lalu depan butik scholl dan aku terpandang kasut yang aku nak. Jadi aku masuk tengok saiznya ada lalu terus ambik dan beli. Actually lama dah aku cari kasut ni.. Asalnya aku tengok adik aku pakai nampak cantik je dan hati sungguh berkenan tapi aku diamkan dulu sebab harganya boleh tahan jugak mahalnya. Dah jenama Scholl kan.. Tapi lama kelamaan aku semakin teringat kan kasut tu terutamanya setiap kali aku tengok kasut tu yang ada rak pameran setiap kali aku masuk kat kedai kasut di dungun tu seolah-olah menggoda aku untuk membelinya. That shoe was so damn nice.. cannot resist it anymore. Akhirnya aku buat keputusan untuk beli jugak.. tapi bila time aku nak beli saiz yang aku nak dah tak ada.. Setiap kali aku jengah tetap tak ada hinggalah aku ke kuantan Jumaat lepas... Bila dapat beli tu aku rasa puas sangat-sangat..


Kalau mam besar kat Kijal tau aku beli kasut ni mesti dia akan potpetpotpet kat aku.. tapi tak apalah... aku fikir penat-penat kerja apalah salahnyakan sekali-sekala beli sebagai hadiah untuk diri sendiri.. lagipun aku mana pernah ada kasut mahal ni..

Kasut Scholl warna merah aku yang baru.. Puas hati aku!!! Harganya kurang 2 hingget jadik dua ratus hingget dan aku beli pakai duit plastik. Bayangkan kasut yang comel tu berada dikaki aku yang comel... mesti comel.. hehehehehehe..