Dah lama aku tak letak lirik dalam diari aku.. Lagu ni aku discover masa tengok drama yang mula pukul 10.30 malam setiap Selasa hingga Khamis di Tv3. Masa mula-mula aku dengar aku tak ambik pot sangat lagu tu sebab macam pelik je suara penyanyi dia masa intro..jadik aku buat assumption lagu tu memang tak sedap dan tukang buat drama tu macam mengong je tak pandai pilih lagu ost drama tu. Tapi lama-lama bila acap kali dengar macam sedap sangat lah pulak lagu. Betul cakap Ras, kalau dengar lagu baru banyak kali baru dapat feel lagu tu sedap ke tidak. Tajuk lagu ni 'Jangan lupa namaku'.. kenalah tajuk ni dengan aku yang tak nak kawan-kawan especially anak murid aku lupa nama aku.. sebab kalau anak murid aku lupa nama aku nanti time exam macam-macam nama aku diorang tulis. Tapi tajuk jer lah.. not the lyric.. Lirik lagu ni panjang dan banyak betullah. Yang nyanyi lagu ni kumpulan 'Stesyen minyak'.. Drama tu tengah maen sekarang ni.. best jugak ceritanya tapi aku tak follow sangat sebab too heavy.Aku dah tak larat nak bermaen dengan emosi... Aku sekarang tak boleh tengok cerita berat yang sarat emosi.. nanti aku tensyen. Aku lebih rela dan suka tengok spongebob dan Tom and Jerry.. Lagu ni kat youtube belum ada yang full version lagi.. kalau ada nanti sure aku download terus dan burn dalam CD bersama lagu-lagu lain dalam file waiting list aku untuk diburn untuk koleksi lagu popular dimaenkan dalam sicukai aku… so lagu ni aku letakkan dalm blog aku sebagai lagu pilihan sepanjang tahun ini.. Aku percaya kalau sesiapa yang dengar lagu ni mesti akan suka lagu ni.. tapi kena dengar banyak kali dulu lah kot