lama tak kena

Aku dapat call dari cikgu Naim komplen pasal Naim..


adoiyai! Nasib baik thru phone .. kalau face to face mana lah aku nak letak muka.. dalam kain kot..



Oleh kerana komplen tu ditujukan pada aku maka terpaksalah aku handle.. Myhubby just nak jadi supporting actor je...


Ingat nak buat sessi 'corrective action' lepas berbuka.. tapi sampai je rumah my supporting actor dah mula dulu sesi bertanya.. maka terpaksalah aku sambung terus...


My supporting actor tukang carikan rotan yang dia dah sorok atas almari.. sebab kalau dia tak sorok nanti anak-anak pulak yang sorok...


Petang tu sebelum masak untuk berbuka aku dah merotan punggung naim sebanyak 4 kali rotan...


Rotan kali pertama sebab dia selalu tinggal buku teks dan buku tulis jawi.

Rotan kali kedua sebab dia banyak tak buat kerja rumah sedangkan bila ditanya ada homework ke tak dia kata tak ada..

Rotan kali ketiga sebab dia banyak helah ngan ustaz dia sebab tak buat homework..

Rotan kali keempat sebab dia tak dengar cakap aku sedangkan banyak kali aku pesan kat dia jangan sampai ada cikgu sekolah dia call aku sebab dia...


Lepas merotan aku terus pegi masak. Naim menangis tak henti-henti tapi aku tak pedulikan dan akhirnya dia berhenti juga menangis bila nak masuk waktu berbuka.. hehehe..