Raya datang lagi

Bila nak raya jer pening kepala...

Dulu zaman budak dan remaja tak perlu pening kepala nak kuar duit.. semua orang sediakan.. cuma perlu pening kepala pikir macamana nak dapat duit banyak...

Sekarang dah jadik mak budak tak boleh jadik macam budak... semua kena pikir.. pening pikir macamana nak kuar duit untuk raya pulak... duit macam air... laju je keluar dari poket..

Masa mula-mula puasa duk gasak order kuih raya sampai tak hingat.. sampai masa ambik. kuih raya... Hah amekkaw!! penuh meja.. mulalah gigil-gigil tangan nak kuar duit dari poket.. apalagi.. bayarlah!!.

Baru ni shopping baju raya untuk semua orang sekaligus je dah terbang tujuh ratus hingget.... tak apalah setahun sekali.. tu tak termasuk kasut raya yang tak dibeli lagi... YAti dah bunyi-bunyi kasik hint suruh beli kasut raya..

Duit raya? Tadi aku keluar dengan Ras dan nor nak tukar duit raya... punyalah susahnya nak tukar duit sampai pergi 3 buah bank barulah settle masalah nak tukar duit.. aku ingat kalau tak dapat tukar duit memang aku pakai duit besi lah jadik duit raya.. boleh rabak poket anak buah aku tahun ni disebabkan duit besi... Tahun ni duit raya sedia secukupnya aje.. ambik langkah jimat cermat aku dah siap calculate berapa orang anak buah aku yang layak dapat. Lagipun budak kecik mana boleh pegang duit banyak-banyak..

Raya tahun ni kat rumah mertua aku di Manir. Aku tak masak kot pagi raya sebab mertua aku pandai masak nasik minyak... aku tolong-tolong je la mana yang patut kat dapur. Adik beradik aku pun khabarnya ramai raya rumah mertua kecuali abang mi, abang ijan, abang Dzul dan abang Zahar. Kak Juyah pun khabarnya nak raya kat Seremban sebab anak dan cucu dia nak berkumpul.. . tengoklah macamana raya tahun ni...

dapat jugak

Akhirnya hajat aku tercapai jua.. Dah lama aku tunggu saat ini... Lama aku cari dan akhirnya aku berjaya membeli kasut idaman aku kat Mall di Kuantan. Itupun aku tak rancang nak cari di Kuantan.. kebetulan myhubby tetiba pulak nak berbuka puasa kat kuantan hari jumaat baru ni kat Ayam Penyet . Selain dari tu dia nak cari gadget untuk komputer tablet yang dia dapat percuma dari Celcom. Aku sponsor minyak dan my hubby belanja makan. Kebetulan masa nak pergi ke Ayam Penyet aku lalu depan butik scholl dan aku terpandang kasut yang aku nak. Jadi aku masuk tengok saiznya ada lalu terus ambik dan beli. Actually lama dah aku cari kasut ni.. Asalnya aku tengok adik aku pakai nampak cantik je dan hati sungguh berkenan tapi aku diamkan dulu sebab harganya boleh tahan jugak mahalnya. Dah jenama Scholl kan.. Tapi lama kelamaan aku semakin teringat kan kasut tu terutamanya setiap kali aku tengok kasut tu yang ada rak pameran setiap kali aku masuk kat kedai kasut di dungun tu seolah-olah menggoda aku untuk membelinya. That shoe was so damn nice.. cannot resist it anymore. Akhirnya aku buat keputusan untuk beli jugak.. tapi bila time aku nak beli saiz yang aku nak dah tak ada.. Setiap kali aku jengah tetap tak ada hinggalah aku ke kuantan Jumaat lepas... Bila dapat beli tu aku rasa puas sangat-sangat..


Kalau mam besar kat Kijal tau aku beli kasut ni mesti dia akan potpetpotpet kat aku.. tapi tak apalah... aku fikir penat-penat kerja apalah salahnyakan sekali-sekala beli sebagai hadiah untuk diri sendiri.. lagipun aku mana pernah ada kasut mahal ni..

Kasut Scholl warna merah aku yang baru.. Puas hati aku!!! Harganya kurang 2 hingget jadik dua ratus hingget dan aku beli pakai duit plastik. Bayangkan kasut yang comel tu berada dikaki aku yang comel... mesti comel.. hehehehehehe..


Don’t forget my name


Dah lama aku tak letak lirik dalam diari aku.. Lagu ni aku discover masa tengok drama yang mula pukul 10.30 malam setiap Selasa hingga Khamis di Tv3. Masa mula-mula aku dengar aku tak ambik pot sangat lagu tu sebab macam pelik je suara penyanyi dia masa intro..jadik aku buat assumption lagu tu memang tak sedap dan tukang buat drama tu macam mengong je tak pandai pilih lagu ost drama tu. Tapi lama-lama bila acap kali dengar macam sedap sangat lah pulak lagu. Betul cakap Ras, kalau dengar lagu baru banyak kali baru dapat feel lagu tu sedap ke tidak. Tajuk lagu ni 'Jangan lupa namaku'.. kenalah tajuk ni dengan aku yang tak nak kawan-kawan especially anak murid aku lupa nama aku.. sebab kalau anak murid aku lupa nama aku nanti time exam macam-macam nama aku diorang tulis. Tapi tajuk jer lah.. not the lyric.. Lirik lagu ni panjang dan banyak betullah. Yang nyanyi lagu ni kumpulan 'Stesyen minyak'.. Drama tu tengah maen sekarang ni.. best jugak ceritanya tapi aku tak follow sangat sebab too heavy.Aku dah tak larat nak bermaen dengan emosi... Aku sekarang tak boleh tengok cerita berat yang sarat emosi.. nanti aku tensyen. Aku lebih rela dan suka tengok spongebob dan Tom and Jerry.. Lagu ni kat youtube belum ada yang full version lagi.. kalau ada nanti sure aku download terus dan burn dalam CD bersama lagu-lagu lain dalam file waiting list aku untuk diburn untuk koleksi lagu popular dimaenkan dalam sicukai aku… so lagu ni aku letakkan dalm blog aku sebagai lagu pilihan sepanjang tahun ini.. Aku percaya kalau sesiapa yang dengar lagu ni mesti akan suka lagu ni.. tapi kena dengar banyak kali dulu lah kot

Dialog kosong

dengan ustaz W*h*ri di common room masa lepak-lepak lepas dengar dia beri penerangan mengenai mengumpat...



Ustad : Guana exora? Siap doh?


Aku : dok agi ustad.. baru cat...


Ustad : Wak tubik ja.. pakat cat ramai-ramai anok beranok.


Aku : Mana buleh ustad.. keta tu tengah telanjang lagi...


Ustad : Apa susoh.. suruh je dia pasang kerusi.. kalu dok letok sofa dalam tu..


Aku : Hehehee


Ustad : Ada kawan saya masa kat Sarawak van dia letak 2 kerusi je kat depan.. kat belakang dia bior kosong.. dia letok tikar serawak.. pakat duk ramai-ramai anaok beranok.. Saya sampai sepuloh minit gelak ke dia....


aku : Aaa.. kalau exora saya tu boleh ustad kalao nak bentang tikar kat belakang..


Ustad : ha senang. Pasang dua je seat kat depan.. kat belakang bentang je tikar sarawak.. senang.. buleh bawaok gi tepi pantai.. berbuka ke kat mana-mana..


Aku : Sekarang ni mana boleh doh ustad.. sekarang ni wajib orang belakang pakai tali pinggang belakang..


Ustad: Apa susohnya! Ikat je ngan tali rapia tu kat celah mana pung.. ikat kat pintu belakang ke...



hehheheh ustad ni...



Ustad : Apa rasional kena pakai tali pinggang belakang? kita ni anok bukan buleh duk diam.. kalao pakai tali pinggang keledar kejong je kat belakang rasa macam kurang kemesraan.



Aku : Sebab tu orang muda kat sini tak pakai talipinggang jugok ustad.. jadik kurang kemesraan ... hehehe..



'tak palah ustad .. nanti kitorang pakat ramai-ramai cat keta tu .. ada sentimental value siketkan .'



dan dialog ditamatkan sebelum aku keluar dengan ayat terakhir ustad.. ' jangan lupa cat bumbung warna hijau... hehhe'






** Tak dapek nak bayangkan apa akan jadik pada sicukai aku kalao anak beranak pakat cat , bumbung warna ijau pulak tu pastu kat belakang bentang tikar sarawak.. belt guna tali rafia je.. hehe!! Cool!!




lama tak kena

Aku dapat call dari cikgu Naim komplen pasal Naim..


adoiyai! Nasib baik thru phone .. kalau face to face mana lah aku nak letak muka.. dalam kain kot..



Oleh kerana komplen tu ditujukan pada aku maka terpaksalah aku handle.. Myhubby just nak jadi supporting actor je...


Ingat nak buat sessi 'corrective action' lepas berbuka.. tapi sampai je rumah my supporting actor dah mula dulu sesi bertanya.. maka terpaksalah aku sambung terus...


My supporting actor tukang carikan rotan yang dia dah sorok atas almari.. sebab kalau dia tak sorok nanti anak-anak pulak yang sorok...


Petang tu sebelum masak untuk berbuka aku dah merotan punggung naim sebanyak 4 kali rotan...


Rotan kali pertama sebab dia selalu tinggal buku teks dan buku tulis jawi.

Rotan kali kedua sebab dia banyak tak buat kerja rumah sedangkan bila ditanya ada homework ke tak dia kata tak ada..

Rotan kali ketiga sebab dia banyak helah ngan ustaz dia sebab tak buat homework..

Rotan kali keempat sebab dia tak dengar cakap aku sedangkan banyak kali aku pesan kat dia jangan sampai ada cikgu sekolah dia call aku sebab dia...


Lepas merotan aku terus pegi masak. Naim menangis tak henti-henti tapi aku tak pedulikan dan akhirnya dia berhenti juga menangis bila nak masuk waktu berbuka.. hehehe..

Happy for them

Just received an email from my ex classmates year 1999 till 2001.

Yati has just completed her PHD..

Kak Yam is still waiting for viva for her PHD..

Kak Ani is still struggling to finish her PHD..

Rozi and abg Md Noh has just started struggling for their PHD ..

Abg Daud... no news about him and his DBA..

Leha, abang Tajul and kak Naj still taking their own sweet time ...

Well! For sure I'm so proud and really happy for them.. especially to Yati coz she's able to complete it earlier.. Dia memang tabah... Aku memang tabik springg kat kau ..

Me? Ehh!! I've already have one maa!! .... hehehe. .I have PHD 248 . And I'm still struggling to maintain my PHD by paying RM550 for monthly installment . ... hikhikhik!! ;-D


Tak faham

Bukan senang nak penuhi kehendak semua orang bila buat jadual waktu ni..


Ada orang nak lepas subjek yang dia ajar sebab dah bosan dan alasan laen , tapi akhirnya terpaksa beri dia jugak subjek tu sebab dah tak ada orang nak ambikalih dan bidang laen yang dia nak sudah dipenuhi...


Ada orang tak kisah kalau diberi subjek baru... senang ceritanya..


Ada orang mengada-ngada tak nak kelas combine-combine ni.. tapi at last kena jugak.. malas nak layan... mcam tak munasabah je.. lagipun subjek teori je.. Nasib la kao..


Ada orang tak nak tukar subjek langsung... dah berpuluh-puluh tahun mengajar duk ajar subjek tu jugak.. padahal dah patut beri pada orang baru.. Pastu siap pesan jangan beri dia subjek baru... Macamana tu?


TApi yang paling tak tahan bila orang tak menjawab soklan aku... Bila aku tanya nak ke tidak.. Dia langsung tak jawab tapi duk bebel-bebel tak tentu pasal.. Aku taulah kau tak nak.. kalau tak nak cakap je tak nak.. senang! abes cerita.. tak perlu bebel-bebel abeskan kredit celcom aku. Sengal!!


Macam-macam perangai...

can you read?

I CAN READ IT! CAN YOU


fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.


- taken from email sent by Mr Gopala

memang nak kena...

Hari ni first day puasa. Hari pertama puasa je dah uji kesabaran aku ngan anak murid aku. Aku bengang betullah dengan budak-budak ni.. Banyak kali diorang buat perangai.. mentang-mentang aku tak ambek attendance.. diaorang sesuka hati je tak nak datang.. Hari ni aku betul-betul geram.. Hangat betul hati aku. Diorang buat perangai lagi tak datang kelas pagi tadi. Lalu aku mintak nombor handphone dan call setiap budak yang tak datang tu. malangnya tak da sorang pun angkat. Lagilah mendidih darah aku. TAk pasal-pasal kawn-kawan diorang jadi mangsa tazkirah aku...



Tiba-tiba tengahari tadi lepas kelas, salah sorang dari budak yang tak datang tadi call aku..



Dia : Hello..... sapa ni?

Aku: Nak cakap dengan siapa?

Dia: Tak palah... dan dia terus letak telefon sebab dengar suara pempuan yang tak familiar di telinga dia atau mungkin kredit hp dia nak abes...

Mula-mula aku tak perasan.. tapi lepas check no barulah aku realize yang call tadi tu salah sorang dari budak yang aku susah payah call sebab tak datang kelas aku pagi tadik..

Tidak lama kemudian budak tu hantar sms kat aku.. tak puas hati gamaknya.. tah pempuan mana yang call dia tadik.. Apalagi!! Layannnnnn.........



Dia : Sapa ni? Tadi ada miscol, 2 yang miscol balik.

Aku : Saya H*****a.

Aku: Lupa!! Saya dapat no awak ni pun dari kawan baek awak.

Dia : H*****a mana lak??? ( Amboi!!! buleh tak ingat nama cikgu dia??)

Dia: Hum.. sape tu kawan baek saya?

Aku: Awak ni!! cuba tanya izat kawan baek awak bdk kelas bm1125a.

Dia: Aik! Ijat yang bagi ke?

Aku: Ha ah!! Ce awak tanya dia ada x pempuan nama H*****a mintak no tepon awak.

Aku: Kalau tak kenal tak pa la. Jumpa lagi.

Dia: H******a kos apa? Bangking gak ke?Owkey2.. banking kelas mana?

Aku : Ce teka. Nak clue tanya ijat la. Gud luck!

Dia: X pe la.. tgk la cam ne k..

Aku: Ok. Tgk la macamana nanti. Tanyalah ijat ye.. Ok take care! :-)

Dia : Ok la.. Selamat brpuasa

Aku: Selamat berpuasa dan selamat bbuka puasa.. Jumpa lagi nanti ya. Jangan lupa tanya ijat tau. Take care!!!



*** Dah tergolek-golek sorang-sorang gelakkan anak murid aku.. Geram pun ada... dah lah banyak kali tak datang kelas aku.. boleh tak ingat nama aku dah nak abes semester belajar ngan aku... silap aribulan semester depan jumpa aku lagi.



Kesudahannya??



Tidak lama kemudian.... dia hantar sms pada aku..



Dia : Sorry madam.. x kenal no madam.. Saya bukan tak nak gi kelas madam..




Tapi aku tak layan...


Dia tak puas hati... dia sudah susahhati gamaknya sebab teka teki sudah terjawab... lalu dia call tapi aku tak jawab... biar dia rasa..


Lalu dia hantar sms pada aku... lagi...


Dia : Madam.. saya nak mintak maaf pasal message ngan madam tadi.. Da la hr ni tak pegi kelas madam.. Pastu tak kenal pulak no madam. tnya sapa tu. Sempena bulan ramadahan ni saya nak mintak maaf sangat-sangat ngan madam sebab banyak tak gi kelas madam...

Dan aku tak layan.... Malass! Buat abes kredit aku je..







** I dont care much.. lagipun naseb baek aku dah nak lepas kelas ni... next week ada orang baru ganti aku ngajar kelas tu... lega..