aku bila lagi?

Aku tumpang gembira dengan kawan-kawan aku yang ramai dah sambung belajar. Azlina dah nak graduate, Dina kat Wollongong, Yati kat Nottingham, Azeni dan Jolin kat Perancis pun dah half way lagi nak abes. Itu tak kira lagi si Khamis , najihah, Atiqah, Abi yang tengah cuti belajar dalam negeri . Sekarang, Rozi, Has , Nisa dan kong pulak da interbiu scholarship.. Dengar diaorang cakap scholarship ada ke Denmark la, peranchis la, kanada , Jepun...sebab tuition fees murah rasa teruja je plak. TApi memikirkan nak kena tau bahasa laen sedangkan bahasa sendiri pun duk tunganglanggang tambah lagi belum tau lagi boleh adapt ke idak dengan environment kat sana tambahlagi kalau dah lidah sambal belacan.. Tambah lagi kalau kat Jepun tu dengan cost of living yang sangat mahal especially kat Bandarayanya buat aku kata baik tak payahlah .. bermimpi ajelah.
Aku cukup respek dengan diorang ni.. Aku kira diorang sangat cekal dan aku rasa aku tak sekuat diorang. Sometimes tak larat nak dengar orang bertnaya bila nak sambung. Hati lagi terusik bila ada ex student lagi advance dari kita dan kawan-kawan yang bakal tamat kelak dengan gelaran baru.
Macamana nak sambung, proposal tak ada lagi.. title proposal pun kabur lagi... cuma sudah membayangkan area dan sapa supervisor yang nak disentap tapi tak approach lagi dan tak tau bila nak meminang dia. YA Allah!! Kau sejahterakan dan panjangkan umur Dr di KUSTEM tu...supaya kelak bila aku betul-betul tergerak hati untuk sambung ,wahyu datang sekali dengan tajuk, waktu itu dia masih hidup dan sihat walafiat lagi untuk aku pinang jadi supervisor aku.
Bila? TAk taulah lagi..InsyaAllah... Only time will tell. Sekarang ada banyak komitmen lagi... Duk berterabur lagi ni ha, anak pun kecik lagi. Like what myhubby said.. " Masa buat Master pun tungganglanggang". But when time comes, I will not apply for scholarship .. I just dont wanna be tied up by time.. Nanti pressure. So.. part time ajelah.. bila? bila-bila sajalah..hehehe!
To all my friends, good luck in your study.. I will always pray for your success.. especially to my dearest Dina...
Nota kaki blingbling: Baru ni aku terjumpa si Atiqah yang tengah cuti belajar.. aku tengok dia makin berisi.. lagilah aku ngeri nak sambung.. aku ni dah lah bulat takut lagi membulat macam buah pomelo... ahakss!!

dialog petang sabtu

Dialog seorang ibu pada anak daranya yang menumpahkan susu tetapi membiarkan abangnya ambik kain dan mengelapnya.

" Siapa yang malas sangat nak lap susu tumpah tu!! Kalau sekarang ni dah malas, bila dah besar sok macammana nak jaga ibu dengan abah kalau malas macam ni!! Ibu tak suka orang malas-malas.. Ibu tak nak sayang orang yang malas ni... jangan jadi anak ibu! Pegi jadik anak orang laen kalau malas!!"

Dan Yati terus muncung sampai boleh sangkut baldi dan terus keluar dari rumah. Lantaklah.. tak kuasalah aku nak pujuk.. Aku tau nanti dia baliklah tu bila dah puas merajuk.

Myhubby kata ," Ibu!! Is it a metaphore?Apa tu? Metafora? Sampai future pun sebut!! hehe!!

"Eh!!! Masa depan mesti sebut!! "

Dialog yang hampir sama tapi version arwah abah seperti yang selalu dia sebut pada aku setiap kali aku kena marah, " Nantilah!! kalau kao kerja opis sok, kena renti dek orang keja kalao kau buat macam ni!! potpetpetpot" . Dah nama nasik tumpah ke kuah.... ke kuah tumpah ke nasik.. ??

Tak lama kemudian Yati terjongol depan pintu tersengeh-sengeh tengok aku.. Maknanya dah bosan merajukla tu. Lagipun dia tahu, selagi dia merajuk selagi itu aku buat tak pedulik dan buat tak tau.. jadik buat penat je dia merajuk lama-lama.


Maghrib....


"YAti!!! Tanya abah!! Dah Maghrib ni.. Abah tak nak masuk ke? Nanti kena sorok dek hantu kopek kang!! "

Tidak lama kemudian Yati merepot .. " Ibu! Abah kata abah sukaaa!!


*** Tak terkata apa... Menyesal aku tanya soklan pelik2.


Nota kaki bling bling: Apapun, aku rasa sangat lega semalam sebab dua set soklan yang aku patut buat dah selesai setelah sehari suntuk mengadap komputer sampai 1.30 pagi..
Pendekata sampai sebu otak, juling mata dan leper punggung aku dibuatnya.. Pheww!! Lega..

Hangin 3 cerita

Life has been very hectic last Saturday. Bangun awal pagi buat breakfast dan siapkan bekal untuk myhubby yang nak ke sekolah.. Pastu pergi pasar beli barang dapur dan menghabiskan separuh hariku hingga ke petang jadi fasilitator modul part 2 menyebabkan aku rasa sangat letih.. BAlik dari program , aku masak untuk makan malam dan pukul 8.00 lebih aku rush pulak ke General Meeting Kelab Enterpreneur.. Masa meeting hingar bingar sebab meeting secara informal tidak seperti sepatutnya. Tapi aku tak kisah.. tapi bila diorang mula main-main masa perlantikan AJK, melantik orang suka-suka macam nak mengenakan kawan sedangkan awal-awal aku dah sound bila lantik AJK lantik yang boleh buat kerja.. Aku yang memang dah sangat penat sudah naik hangin tetapi aku cuba bersabar lagi, tapi bila waktu semakin suntuk dan diorang semakin melampau sampai pengerusi tak boleh nak handle.... maka darah aku secara tiba-tiba naik ke kepala. Lalu aku merampas mikropon dari tangan pengerusi dan dengan suara aku yang sangat besar disokong pula oleh mikrofon dan speaker yang brfungsi dengan terang dan jelas.. maka bergempalah Dewan Kuliah Bakawali..

' hei!!! Awak semua ni memang tak reti nak hormat kat saya... Awak ingat saya ni sapa?????
Budak-budak tu jawap : *******
aku yang sedang panas hati : HABISSS TU!!!!!! Awak ingat saya ni tunggul kat depan... Potpetpot petpotpetpotpetpotpet.. Awak ingat saya ni terhegeh-hegeh sangat jadi penasihat kelab awak ni.. SAya tak dibayar untuk jadi penasihat awak.. petpotpetpet... "PAMMM!! Aku hempas buku akaun kelab yang tebal atas meja... Biar semtap sket budak-budak nih. "Awak ni budak U jangan buat perangai macam budak sekolah rendah... Sekarang dah pukul 10.30 malam awak tak boleh settle lagi.. Saya ada anak ada laki kat rumah... Esok pagi saya ada kelas... Ada kawan awak yang ada kelas ../dahlah saya datang sharp pukul 8.30 ramai lagi tak datang.. potpetpotpetpot!!! Fine!! Kalau you all tak nak dinner tak nak buat aktiviti tak payah bayar yuran.... Dinner tak payah buat!! TApi kalau dinner tak dapat buat, Part 5!! You'll be in a big trouble!!! potpetpot.... Pastu aku terus tinggalkan budak-budak tu terkebil-kebil dalam dewan tu dengan hati yang geram.
Yang pasti... lepas ni budak-budak baru part 1 sampai part 4 yang tak biasa dengan aku dah kata aku garang.. dan yang pasti aku dapat merasakan lepas ni diorang akan kecut perut bila dapat tahu aku akan mengajar diorang... Lantaklah!!!



Hari ini...


Aku tak reti dengan advisee aku ni... Ada ke patut dia boleh call tanya aku psal aku prefer dia buat tajuk 'job satifaction ke customer satisfaction' untuk research dia.. Aku bengang betul .. dia tanya aku macam lah aku yang buat research tu... aku tanya dia nak buat tajuk apa? Dia jawab nak buat tajuk job satisfaction yang mana bagi aku tak sesuai dengan bidang dia... Aku tanya dia kenapa nak buat tajuk ni? Dia kata nak buat tajuk ni sebab senang nak distribute questionnaire kat pekerja... Hangin betullah aku dengar jawapan yang ridiculous dari budak ni. Dahlah mintak tangguh hantar proposal aku bagi lanjut seminggu... Yang buat aku hangin hari tu masa mula-mula dia jumpa aku discuss pasal tajuk, aku dah suggest kat dia buat pasal ' Factors influencing Buying Decision' yang mana outcome research tu boleh membantu company dia buat promotion.. tapi rasanya macam waktu aku bercakap kat dia tu dia duk berangan je... Aku kalau tetiba advisee buat jugak pasal job satisfaction tu sesuka hati dia walaupun aku kurang bersetuju, maknanya memang dia sengaja nak dapat markah rendah lah tu.


Yang pasti aku rasa suara aku ni sedap.. sebab tu aku tak buat album sebab kalau aku buat album nanti siti nurhaliza tu boleh bungkus.. Sebab siti punya suara boleh buat orang kedu bila mendengarnya... tetapi aku mampu buat orang mendengarnya khusyuk dan tawadhuk sampai tidur... Si Siti Nurhaliza pun tak mampu buat orang tidur tau macam aku ni!!! Kira Power la tu!! HEHE!!!! Hangin betul aku!!! Suara aku yang kuat bergempa dalam kelas pun, ada budak boleh tidur lagi dalam kelas aku tengahari tadi!


Lagi di dalam kelas tengahari tadik!!

"A****F!!! Awak ni pantang pempuan lalu je awak nak tengok... say kat depan ni pun awak dah tak pandang... Awak tau tak kenapa saya pakai lipstik merah-merah, mulut saya merah menyala ni jadi trademark saya bila saya masuk kelas??? Kalau boleh saya mesti sentiasa vogue masuk kelas?? Sebab saya nak anak murid saya pandang dan fokus je kat saya masa saya mengajar... Ni awak pandang ke lain ni maksudnya lipstik saya dah tak merah menyala lagi lah tu!!! Pasni lain kali saya nak pakai lipstick yang lagi merah menyala lagi.. saya tonyoh tebal-tebal!!!Kalau awak nak pandang kat luar jugak tengok pempuan lain lalu masa saya mengajar kat depan ni tak taulah saya..."
Nasiblah diorang dapat aku semester ni...

Wishing U joy and happiness


my ex-roomate and my very close friend - ONG


Sekarang dia adalah Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan Luar, Biotropics Malaysia. Dari zaman U dia cemerlang hingga sekarang. I'm proud of her. Aku jarang contact dia sebab aku tau dia sangat sibuk.. Dia kawan rapat aku dan roomate aku yang paling lama masa belajar.. sebab aku dengan dia ada kimia.."chemistry".. Pergi kelas sama, keluar outing sama dan dia jugalah tempat aku berkongsi masalah waktu aku susah dan senang.. She taught me a lot of things and supported me to be a survivor and built my own self confidence..... Dia jugalah yang jadi tukang make up aku masa aku kawin, dialah pengapit aku dan menemani aku sepanjang hari perkahwinan aku sampailah majlis menyambut menantu. Gambar-gambar dia yang terbaru ini aku ambil dari suratkhbar Berita harian sisipan Sabtu bertajuk 'Cantik dan Bijak' sebagai ingatan aku yang berkekalan padanya... Wishing her happiness throughout her life.

A wish....

It's an undescribable feeling when I look at my children running happily when they see me each time picking them from school... I wish i could see their happiness and to see them grow up till the end of my life. I always pray to Allah not to take them away from me before me. If the time comes where I should leave them forever, they already know how to take care of themselves.. AMINN!!



masalah pasti selesai

Bila tiba-tiba dilanda masalah menyebabkan hati kusut dan hampir menangis sebab tak tau nak selesaikan masalah sebab waktu itu pun ada masalah lain, minta bantu orang pun orang tak berapa nak beri bantuan, tetapi dalam keadaan buntu itu Allah membantu aku memudahkan dan masalah itu akhirnya selesai dengan sendirinya.. Alhamdulillah...Ya Allah.. Untuk hari ini, aku syukur sangat-sangat.

one day dalam sicukai

" Ibu, abah!! Kalau ustaz kata "IJLIS" kan kita kena jawab "Syukran ustaz" ..( syukran tu aku paham, ustaz lagilah aku paham tapi bukan ayat lagi satu tu)


" Habis tu." IJLIS" tu apa YAti"


" IJLIS tu maknanya " duduklahh"..

" OOOOO!! . Habis tu kalau berdiri plak kita panggil apa dalam bahasa ARAB ?"

" emmmmmmm!! Iblis!!"

*** nak pitam....

Sekali Naim jawab .... " Bukan lah ... berdiri tu QIYAM.. kalau berdiri semua QIYAAAMAN'

Myhubby : Ada ke maksud Qiyaman tu macam tu... ? Kena kencing dek anak je tak tau bahasa Arab.. ( maksudnya kena kelentong la tu)

Aku lagi tak tau... aku tau Qiamat je... hehe!!


Tidak lama kemudian...


" Ibu!! Ibu!! Yati tau dah eja siram pokok.. " (nada yang sungguh teruja)

" Ejalah... ibu nak dengar!!" ( nada terujalah jugak sebab great improvement la tu!!!)

" Ibu dengar tau!!! T.U.E.S.D.A.Y! siram pokok!!!"


**** pitam second time!!!!

breakaway time


Tiba-tiba myhubby nak belanja makan........ yaaaaaaaaaah000000000!!!

seronoknya!!! sebab tak yah masak malam ni..... ahakks!

DIALOG AKU

dengan sorang student lelaki bersopan santun yang tiba-tiba menyapa aku semasa baru keluar dari sicukai untuk ke kelas tengahari tadik..

Budak itu: Assalamualaikum puan.. puan Hasmida (sambil melihat kad matrik aku)
Aku : ya saya..
Budak itu: boleh tak saya nak tanya sesuatu..
Aku : boleh.. tanya banyak pun tak apa..
Budak itu : Puan kenal tak puan Aishah?
Aku: Puan Aishah Ismail? Ohh saya kenallah... dia kakak ipar saya.(peramah kononnya)
Budak tu : Puan tau tak bilik dia kat mana.
Aku : Kat situ bilik dia. Kenapa?
Budak itu: Leganya saya puan... sya tanya suma orang tapi semua orang tak tau.. entah napa bila saya tengok puan saya rasa macam puan kenal je puan Aishah.
Aku: HA ah.. memanglah saya kenal puan Aishah tu. Awak ada apa dengan dia?
Budak itu: Saya nak beli buku matematik ngan puan Aishah. Puan, nanti dia marah saya tak?
Aku: Haa? Tak adanya.. dia tak marah awak lah..
Budak itu: Puan, Puan Aishah garang tak?
Aku yang nak tergelak tapi kontrol abes : Ehh tak.. dia baik dia tak garang pun.. tak macam saya ni..
Budak itu: Puan garang ke? ( biar benar budak ni!!)
Aku : Ehh!! saya memang garanggg!!!
Budak itu: puan tak marah saya pun!!
Aku kedu jap.... budak ni betul ke idak ni?
Aku : Eh!! buat apa saya nak marah awak kalau awak tak buat salah. Bilik puan Aishah kat situ... kalau dia tak ada, suami dia en Norazmi ada kat situ. Mintaklah dengan dia..
Budak itu: Puan, nanti en Azmi marah saya tak?
Adoooi!! aku rasa nak tergelak cam nak tergolek je kat situ tapi kontrolll!!!
Aku: Takk!! dia tak marah awak punya. Dia ok je..
Budak itu: Dia garang tak puan? ( Issh!! Aku sudah meraguinya)
Aku : Tak dia baik je.. dia tak macam saya ni... garang!!
tetiba....
Budak itu : Puan tak puasa ke hari ni... ( waktu tu aku tengah pegang botol air mineral)

Aku kedu jap!!! tak tau nak jawap ape.. apesal lah budak ni tanya soklan pelik-pelik ngan aku nih... buang tebiat ke apa.. At last aku jawapla ngan jujurnya.

Aku: Owh ! saya tak puasa hari ni...
Budak itu: Hari ni hari khamis puan ( Aii!! biar benar budak ni.. dia tengah demam panas kot)
Aku: InsyaAllah nanti saya puasa..

Pastu aku terus cepat menamatkan sessi melayan budak lelaki itu yang sangat bersopan santun itu sebab aku dah lambat nak masuk kelas... Pening!!! First time aku jumpa budak sopan santun ala-ala pelik ni...


Next post pasal budak bersopan santun lagi tu...

tak tau nak buat apa

I'm STUCK in the middle of the day........ don't know what to do eventhough has a lot of work to do... Duk kelam je ni ha!!! Isi borang mohon kanan dah stuck... problem sana-problem sini, pas tu aku tension buat keja genyah-genyah ni, pastu tinggal bodo je . Kemudian buat soklan exam plak ... tapi tengok je buku... mata terus stim layu macam setan duk bergayut-gayut kat kelopak mata aku.. tambah pulak bilik aku yang cozy dan sejukkkk gitu ... pastu ngantuk... pastu aku nampak berbalam-berbalam pastu aku hilang di celah-celah buku.. pastu buku pulak yang baca aku.. Aku semangat mengadap komputer nak taip soklan... tapi bila tangan kat keyboard je terus aku stuck... tau tau nak tulis hapa..pastu aku menung tengok monitor, pastu .. hambik kau... 3 bijik post masuk kat blog haku... jurnal gak tu... heheh!!! Ini tak boleh jadik ni... dasat punya sindrom kemalasan terlampau ni ... Kena sedar diri... I need to restrategize myself!! MESti!!! ... kena delete virus malas ni!!! okeh... pasni... buat soklan exam sekali ngan skima jawapan sampai malam... malam ni print.. esok pagi settlekan semuanya.. mesti siap before 12 noon esok... Kemudian cuti ni settlekan teaching portfolio bodo aku tu.. Isi borang mohon kanan aku mesti start fokus buat hari AHAD minggu depan. Mesti siap within a week dan hantar pada kak Anizah.. Mintaklah semuanya lancar.... AMINNN!!!!

Aku heran betul

ngan budak-budak sekolah sekarang ni yang tak nak makan bekal dari rumah.. termasuklah anak aku si Yati ngan Naim... Penat aku bangun awal pagi setiap hari buat bekal untuk diorang ni tau... sudahnya tak usik pun.. BAnyak kali dah tupperware diorang tu pergi penuh balik pun penuh gak.. ... Aku memang hangin tul bila diorang tak makan bekal diorang kat sekolah. Bila dah tak makan tu macam-macamlah jawapan yang tak relevan langsung diorang bagi kat aku ni sebab nak escape dari kena marah.. . Naim kata bekal dia jatuh... tapi aku tengok tak terkeluar pun isi bekal.. YAti kata, dia makan sikit je.. tapi aku tengok tak terusik pun bekal tu.. Kenkadang dia menyepi tanpa jawapan sambil sengih sengih tengok aku yang tengah hangin sampai nak marah pun tak jadik bila tengok dia... Myhubby kata agaknya diaorang malu kot nak makan bekal diorang, tapi aku tengok ramai budak sekolah diaorang selamba je bawak bekal makan kat kantin.. Entahla bebudak ni... pandai komplen kata makanan kat kantin mentahlah, masak sekejap lagi... tapi bekal tak makan padahal bekal bekal ibu diorang buat lebih sedap, bersih dan mengenyangkan dari kat kantin tu... pasni tak nak bagi duit belanja setiap kali bawak bekal.. lagipun budak-budak mana boleh pegang duit banyak macam kata si haji bakhil.Tapi kesian lah plak kat diaorang .. at last bagi duit jugak... Sabau ajelah ngan kerenah anak-anak ni..

Ku pinggirkan sayu

Dua hari lepas aku dapat duit jadi fasilitator modul. Dapat aje duit aku ajak myhubby ngan anak-anak makan kat hotel... Mula-mula aku ajak myhubby ... dia ingat aku ajak dia sorang je sampai dia kata aku kedekut. sampai hati laki aku ni kata bini dia kedekut.. Tapi aku memang dah niat nak belanja myhubby ngan anak-anak... Pas magrib we all anak beranak pegi lah ke hotel UiTM. YAng pasti anak-anak aku memang excited gila... Sampai kat restoran, orang tak ramai bermakna we all dapat makan cepat lah... Malam itu, aku order lamb chop ngan air molek.. myhubby order lamb chop gak ngan nescafe, amin order New Zealand steak ngan jus mangga, YAti makan mee hongkong yang sedap ngan milo, naim order club sandwich ngan air sri dungun pastu chicken chop take away satu... Bila aku tengok anak-anak aku makan, aku rasa diorang beruntung sebab di usia sebegini dah kenal makanan macam tu... aku dah tua bangka masa kerja baru kenal dan rasa lamb chop.. Myhubby memang tak bawak wallet la sebab bini nak bayar... lagipun aku dah cakap... nampak je wallet kira dia bayar terus lah.... Dan untuk dinner dua malam yang lepas aku kena bayar sembilan puluh tiga hingget tiga puluh sen. Kos seminggu makan... Tutup mata... bayar je lah... Bukan selalu pun

Ayat skima

salesman buku yang datang kat sini ...

" May I know how old are u?

" HAAA? (buat buat terkejut lah tu..).. 38? I thougt you're still young!! You don't look like 38.. Honestly.. When I see you outside just now, I thought you're student!!" ..( Nak beli jiwa ar tu)

" How many children do you have?"

" HAAAA!!! 3 children aaa? And the oldest is 12 years old ha??? ( Buat-buat terkejut lagi...Aku panggg kang apek ni!! ) Wa!! You don't look like pet pot pet pot ".... ( Memang nak beli jiwa sungguh si apek ni!)


Price for all the " bodeks" - One thousand thlee hundeled mesian hingget maa!!! DAn aku termiss makan tengahari untuk session yang membuang masa tu... kemudian pi mengajar da kebuloq.. mulalah nampak kekaseh-kekaseh ku kecik-kecik je di depan.. So sorry!! Tadok pitih!! cannot buy!! So ekspensib maa!!! No money no talk!!!

Singgah selalu

Each time kalau aku ke Johor Baharu aku akan makan kat Restoran Singgah Selalu kat Danga Bay berhampiran Istana. REstoran besar dan banyak jenis makanan yang dia offer dan harga berpatutan. Banyak kaunter makan sampai kaunter sisha pun ada. Tapi aku tak pernah try pun walaupun leka tengok budak-budak duk hisap benda alah tu . Makan tengahari pun sangat banyak dan sedap.. Tapi aku rasa ramai orang Singapura yang makan kat situ.. Tapi aku baru perasan rupanya kedai tu kedai 24 jam.. Makan malam kat situ yang memang sedap sup ekor berlada.. memang da bomb.. Kat dungun pun tak de..Servis pun cepat... order sekejap je dah sampai.. Kat situ sangat bingit, dengan customer ramai, paling ramai anak muda dan muzik omputeh yang kuat. Myhubby sambil menggeleng kepala kata ' Tak bolehlah life macam ni... bingit!!! Budak-budak ni tak ada rumah ke ha!! Agaknya kalau restoran ni tetiba pasang lagu nasyid sure customer terus lari..." hehe!! Gamaknya kot kecuali kalau customer tu tuli...
BAru ni aku pergi lagi dengan myhubby kat restoran singgah selalu tu dengan anak-anak... kali ni nak masuk waktu maghrib... kitaorang buat jamak taakhir so tak kisahlah .. suasana masih ramai dan bising cuma kali ni restoran tu pasang lagu arab plak... hehe!! Myhubby merungut lagi " diorang tak reti nak berhenti ke waktu maghrib" .. Aku jawab.. " Tak apalah bang, kurang-kurangnya dia pasang lagu Arab... betterlah dari pasang lagu rock omputeh..". Myhubby diam.. Tepat jam pukul 7.45 tetibalagu bertukar jadi lagu genre rock omputeh... Bagai nak tersedak aku dibuatnya sebab tergelak... " HAa bang!! tu menandakan waktu maghrib dah abis...' Dan laki aku terus menggelengkan kepala... Yang pasti, restoran yang macam ni tak ada kat tempat aku... Aku dan myhubby duk plan nak ke Tanjung Pinang Indonesia sebab nak tengok tempat orang dan makan nasi padang yang sedap kat restoran Sederhana.. Nak ke sana kena naik bot besar dari Stulang Laut selama 3 jam. Uihhh!!Bunyik nak berjalan macam banayak duit je.. tapi hampeh!!!! Walaubagaimanapun, disebabkan laut yang bergelora maka hasrat dibatalkan... Tengoklah nanti... bila ada bajet lebih...

Game over

Tak seronokla tengok Anugerah Juara Lagu sensorang baru ni... Tak ada geng nak mengutuk. Myhubby sibuk ngan kerja dia, tambah lagi dia tak minat citer orang-orang terkinja ni. Anak-anak kena buat homework. Aku ni plak tu jelah rancangan ada untuk ditonton.. Astro tak de kat rumah. Bukannya aku tak ade banyak kerja.. melambak-melambak... tapi aku sedang dilanda sindrom kemalasan yang terlampau. Jadi duklah mengadap Anugerah Juara Lagu tu.. Overall oklah... tidaklah memboringkan.. cuma aku tak expect pun si Aizat tu menang.. Tapi ok gak lagu tu... walaupun mendatar jer dan tak ada klimaks... Hehe!! Macam reti benar je aku ni padahal reti dengar je. TApi lagu tu pun ok je sebenarnya. Dengar banyak kali confirm mengantuk boleh titon. Ras, i wonder why si FAizal boleh menang tempat ketiga.. Akak rasakan props dia banyak unsur ugutan la. Masa penari dia main api sambil bergantungan tu memberi maksud ' Kau bagi aku menang.. Kalau tak!!kalau tak!! aku bakar bontot kau kang!! Sebab tu juri kasi dia menang no 3... hehe!!!
Well!!! HAppy Sunday !!! Hari permulaan yang membosankan........

Big bottom???


Big bottom, big hips good for health
13/01/2010 06:03 AM


Having extra weight on your behind, big hips and solid thighs are good for you, British researchers say.
Carrying fat on the hips, thighs and bottom rather than around the waist has a range of health benefits and actively protects against diabetes and heart disease, according to experts at Oxford University."Fat around the hips and thighs is good for you but around the tummy is bad," said Dr Konstantinos Manolopoulos.He is one of three scientists behind the research published in the International Journal of Obesity.A big bottom is much better than carrying fat around the waist, which tends to release more harmful fatty acids into the body, the research shows.Belly fat also releases molecules called cytokines which trigger inflammation -- raising the risk of diabetes and heart disease.But fat carried on the thighs traps these harmful fatty acids and stops them from latching on to the liver and muscles and causing a range of health problems, including insulin resistance.Although fat around the thighs and backside tends to burn slower and be harder to shift, the matter can release beneficial hormones which protect the arteries and help blood sugar control, the research showed."The idea that body fat distribution is important to health has been known for some time,"Manolopoulos said. "However, is it only very recently that thigh fat and a larger hip circumference have been shown to promote health, that lower body fat is protective by itself."It is shape that matters -- and as far as health is concerned, being pear-shaped is preferable to being apple-shaped.In an ideal world, the more fat around the thighs the better, providing the stomach stays slim, Manolopoulos said."Unfortunately, you tend not to get one without the other."

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hahaha!! Very interesting one ...!!!!

--> Knowledge acquisition - The information gained from the research made by British researchers from Oxford University. Cool!!!!

--> Knowlegde sharing - This 'weird statement' was published in the Journal of Obesity and newspaper to be shared by public.

--> Knowledge use -- bila ramai orang perut leper, paha besar, bontot besar, .... hehe!! Ridiculous!!!

Moral : Bersyukurlah apa yang ada....

Aku memang tak pernah

sicukai




sangka yang aku akan beli kereta baru dalam masa terdekat.. ni... Planning asal aku nak maintain si Bagak sampai bila-bila since harga dia cepat jatuh... jadi we all akan rugi kalau jual. Lagipun, bagi aku si bagak tu ok... enjin tak pernah buat hal... jimat minyak, boleh muat ramai, selesa dan sejuk... Bagi aku worth buying. Lagipun aku sayang sangat ngan si bagak ni... Aku beli dan pakai dengan penuh jiwa. Well!! Kita merancang tapi perancangan Allah lebih rapi.. Lepas accident langgar tiang baru ni, aku memang betul-petul patah kaki. Aku perlu kenderaan untuk pergi kerja dan hantar anak aku pergi sekolah. Asalnya aku dan myhubby pinjam kereta Proton Iswara adiknya. Tapi sampai bila nak pinjam kereta orang ni sedangkan kita boleh beli sendiri. Lagipun tak sure siBagak bila siap, tambahan pula kitaorang fikir the worst for bagak yang mungkin total lost kalau tengok dari rupa dia tu. Maka sebab itu sebelum cuti baru ini kitaorang start tinjau-tinjau kereta untuk dibeli. Planning nak beli Serena atau Grandis second hand... Tapi memikirkan bayaran bulan-bulan yang mahal dan tak pasti tentang performance kereta tu... kerap break down ke hapa aku... boleh menitis air mata nak baiki... so, Serena dan Grandis second hand out of list. Citra, Innova dan Ria awal-awal tolak tepi sebab mahal dan masalah enjin... except for Innova lah... tapi kita orang tak mampu nak bayar bulan-bulan maa. Estima dan Alphard apatah lagi.... out of list terus. Ibarat kena jual rumah dan to up lagi nak bayar keta tu. Silap aribulan alpad tu jadi rumah plak.

So, pertengahan November lepas, aku berjalan-jalan ke Johor Baharu. Sambil berjalan, kitorang tinjau-tinjau kereta kat Showroom. This time, pilihan yang ada adalah Cherry, Avanza atau Grand Livina. Myhubby kata dia tak nak Avanza sebab tak stabil. Fine... So, sampai kat satu kedai keta yang besar kat JB tu kitaorang tinjau cherry yang ada dua tiga bijik kat situ.. hati agak berkenan kat Cherry.. nak test drive tak dapat sebab keta test drive tu tak de. Tapi bila salah sorang dari salesman kata harga akan naik 3 ribu tahun depan dan pakai enjin China, aku dah jadi berat hati... Aku tak berapa berkenan sangat dengan Grand Livina walaopun kereta tu nampak ok sebab pertama aku tengok belakang agak kecik.. Aku kalau bab menyumbat-nyumbat barang macam dalam tin aku tak suka sangat.. tambah lagi kalau aircond dia kat depan je.. Aku pernah naik citra duk kat belakang... rimas sebab panas walaupun tak panas sangat.. sebab tu kalau boleh aku elak nak beli Livina tambah lagi harganya yang agak mahal..Aku takut aku tak mampu. Masa kat showroom aku nampak kereta proton Exora ada kat situ. aku ajak myhubby tengok kereta Exora tu tapi dia agak keberatan ... Katanya " tak nak beli , tak nak langsung tengok kereta Proton". Aku ajak jugak dia tengok dengan alasan tengok je... support kereta tempatan walaupun sekadar tengok.. tak nak beli tak apa... AT last dia tengok jugak... Bila salesman kat situ citer dan we all tengok Exora tu dari dekat, aku terus berkenan dan automatically kereta masuk dalam list. Tapi tak decide lagi nak beli... cuma berkenan aje... masih lagi nak compare dengan ALZA yang nak kuar tak lama lagi.
BAlik dari JB aku, myhubby pergi JPJ booking no... target T**X248. Nak jadik rezeki no tu ada. Pastu aku, hubby dan anak-anak pergi test drive EXora kat K Trg.Anak-anak dah berkenan dan happy, myhubby kata ok. Aku memang berkenan sangat.. Sebelum buat decision, kitaorang pergi tengok ALZA kat showroom.. lagilah aku tak berkenan Alza sebab kerusi nipis dan aircond kat depan je, tambah lagi anak sedara aku yang keja kat Perodua kata company dia tak buat crash test pun untuk Alza.. so aku tak nak ambik risiko. At last, we all decide beli EXORA. Lepas habis fikir dan discuss.. Aku dan hubby sepakat beli EXORA untuk beberapa sebab.. 1. Mampu beli ... 2. Spare part senang dapat.. 3. Service center berlambak-lambak. 4. Anak-anak selesa especially sebab aircond depan belakang. 5. Safety 6. Features yang sangat banyak especially H line yang aku beli ni... berbaloi.. 7. Banding keta lain, warranty ExORa 5 tahun... oklah.. 8. Senang jual balik 9. Anak-anak aku suka 10. Pak Mertua aku pun berkenan. 11. Aku dan myhubby berkenan.
Aku booking lebih kurang seminggu lebih terus dapat Exora ni yang aku namakan sicukai pada 10 Disember 2009. Lepas ambik aku lagsung tak drive sicukai beberapa lama sampai myhubby sudah bising sama aku.... " bila nak drive ni.. biasakan dengan keta ni..".. Bukan malas, trauma accident masih ada.. jadi aku tak ada rasa nak pandu.. hinggalah aku mula pegang stereng sicukai akhir Disember...
Performance? Oklah.. as long naik bukit tak menggelonsor balik turun ke bawah kira oklah tu... What do you expect from MPV? Boleh pecut sampai 200kh/j? Janji anak-anak selesa. Sekarang ni perjalanan jauh agak aman sebab anak-anak aku kat belakang senyap dan khusyuk tengok LCD kat belakang... tapi time tu je.. bila tak mende nak tengok dah .... mulalah riuh kat belakang. Minyak pun ok.. agak menjimatkan... drive pun best sebab ada autocruise cuma aku ni tongong lagi nak guna benda alah tu dan malas nak cuba. Cuma anak-anak aku merungut sikit kata sicukai ni kuat berletertak macam sibagak. Selagi driver tak pakai seatbelt, selagi tu lah sicukai tu bising .. kata "pakai!pakai!"pakai!!". Kalau sibagak aku tu, dia kata "mampus kaulah tak nak pakai pun, aku jalan je.." Overall, aku sangat puashati dengan sicukai...
Sibagak dah jadik sejarah.. apapun, me and my children miss mybagak so much.. Each time lalu depan workshop atas bukit.. anak-anak aku msti tengok sibagak yang tersadai kat situ and it hurts me.. Aku tak pandang sebab sedih.. Bagak tak dapat dibaiki terus walaupun enjin ok.. Insurans cover RM19,000 ikut harga market dan aku terpaksa bayar pada bank lagi RM 11,000. Mungkin ada hikmah di sebalik kerugian yang aku alami... andainya bagak tak accident, mungkin aku tak dapat jual keta aku dengan harga Rm 19000 dan aku tetap rugi dan mungkin lebih banyak dari tu. Mungkin jugak Allah nak aku beli kereta baru... blessing in disguise..

Aku kan cukup

tak faham betul dengan sikap setengah umat Muhammad ni... Boleh pergi berjalan merata-rata tapi rumah sedara yang sekangkang kera jaraknya pun boleh tak pernah sampai lagi ... Agaknya tak tau pun rumah sedara tu kat mana.


Kat sini semakin ramai staff baru dan gila....


Sometimes kan... lebih baik bangang tapi reti bahasa daripada cerdik pandai tapi takde budibahasa.


Lewat dan tidur

Semalam na jiran aku tak dapat ambik anak-anak balik dari sekolah sebab kereta rosak dan tersadai kat Sekolah Sains. Nasib baik kebetulan aku tak ada kelas waktu tu, boleh aku pi ambik budak-budak tu. Sampai sekolah aku tengiok Amin dah naik kereta abang Mi yang ambik Mubin, yang tinggal cuma Syuhada dan Syafikah anak jiran. Yati dan Naim ada KAFA sampai pukul 4. masuk je dalam pagar sekolah tetiba Yati memanggil sambil berlari menerpa dan memeluk aku...

"Ibu, Yati nak balik"

" Yatikan ada KAFA pukul 2. Pegi masuk kelas. Pukul 4 karang ibu datang amik Yati dengan abang Naim."

Dengan muka tonyok si Yati terus ambik beg dia dan pergi ke kelas.. Kesian pulak tengok dia waktu tu sebab nampak muka dia penat.

Pukul 4.30 ptg aku ambik Yati dan Naim balik dari KAFA.

" YAti belajar apa hari ni kat kelas KAFA"

"Yati tak belajar hari ni ibu!"

"Kenapa Yati tak belajar?"

" Yati tidur kat belakang"

>>>> Tekejut.... " abis Ustazah tak kejut ke? Tak kena marah?"

" Tak... Ustazah sibuk dengan bende-bende dia. Naim kena marah.. sebab masuk lewat"

" Kenapa Naim masuk lewat!!!? Kan kelas KAFA pukul 2.00!!

" Naim ingat pukul 3.00.. Naim makan-makanlah!"

**** Pening

Kenal ke tidak ni

Pagi tadik lepas kelas aku pergi pasar. Aku punya plan nak masak sayur pucuk kayu air, goreng ikan keras ekor masin dan telur dadar berbintikan sambal belacan... myhubby punya favorite.

Masa tengah shopping sayur, tetibatiba aku ditepuk dan disapa mesra oleh seseorang... Dengan plastik barang dan handbag yang bergayut ditangan, aku terus menjawab sapaannya sambil terkial-kial menyambut tangan yang dihulurkan untuk bersalam..

Dia bertanya..... " pah ni nok gi ane pulok?"
Aku : Lepas ni saya nak balik rumah... (sambil fikiran aku ligat berpikir mana aku pernah jumpa pempuan ni... bini kawan laki aku?, jiran lama ke atau kawan lama jenis hai hai bai bai.. tapi aku tak dapat nak recall la)
Dia : Balik mmana? Paka?
Aku ...: Tak.. dekat je .. Jalan Melati.. ( isshh!! Bila masa pulak aku penah jumpa pempuan ni ek!! Aku pernah kenal dia ke? Dia tegur aku macam kenal aku je..Atau dia tersalah tepuk orang , so dia buat lah ramah nak cover malu seperti mana yang aku tengah buat sekarang ni.Aku dah mula cuak. cuak dengan diri sendiri)
Dia selepas memandang aku atas bawah : Doh dak pa lah ya!! ( sambil berlalu meninggalkan aku yang terkebil-kebil kat situ..


Sedang aku berdiri termenung depan gerai kakak jual sayur tu sambil memerah otak aku berpikir sapalah pempuan yang tegur aku tu ,tiba-tiba kakak jual sayur tegur aku..

Akak jual sayur : Kenal ke orang yang tegur tadi tu.
aku dalam serbasalah dan malu : TAk .. langsung tak kenal..
Akak jual sayur tu : Dia tu tak betul sikit... semua orang dia buat macam tu... tak kira lelaki ke pempuan... dia main tepuk je tegur... kenkadang dia mintak duit... tu lah kita tanya tu kot-kot kenal dia..
Aku : Oh ya ke!! Nampak macam waras je... ( Fuhh!! lega... tak adalah aku perlu susah payah perah otak nak pikir sapa tadik tu sampai rapat dahi aku... )

Pas bayar duit sayur aku pun balik. Kesian plak kat pempuan tu kalau-kalau orang ambik kesempatan atas kekurangan dia. Mintak-mintak Allah lindungi dia selalu.

bila lah nak pandai ngeja

" Ibu, ustazah katakan kalau kita gelak kena tutup mulut".

" Sebab apa?"

" Sebab nanti syaitan masuk dalam mulut".....

" Cuba YAti eja ayam"

" Yati tau dah..... a. y.a. yam..... Ayam...

>>> Kedu...

SELAMAT PENGANTIN BARU

Musa and family

Musa and nephews

Musa and kak Juyah's family


" SELAMAT PENGANTIN BARU"

MUSA AND AFIDAH


Aku??? Aku hanyalah pekerja di belakang tabir... tukang masak dan tukang basuh pinggan.. Bila dah abis event baru aku ingat yang aku tak bergambar dengan pengantin pun lagi..... Muka dah penat dan selebet , jadik sampai sudah aku tak bergambar ngan anak sedara aku tu.. Tak palah .. tak penting pun.


THE GOOD OLD DAYS



my mum and her chinese friend

9 beradik.. the whole family 12 years ago.....


my mum with abg dzul,akak juyah, abangzahar and abangbakini and her friends

my mum and abang dzul

sapa budak ni???

New adik????

Pada suatu hari yang tenang di dalam sicukai tiba-tiba...

"Ibu, boleh tak Naim nak adik? , tanya Naim..

Aku : kedu jap.... Ha..!!! Nanti ibu beli kat Toys R Us Mesra Mall Baby Alive... 2, 3 pun boleh beli..

" Ibu, boleh tak Naim nak adik cepat sikit"

** Kedu terus... Ngeriii!!

aircond sicukai dan aku

"kenapa aircond sicukai panas hari ni ek? Aku sudah mula hangat hati ngan sicukai sebab tak sampai sebulan beli tapi aircond dah tak sejuk. Cuaca panas kat luar, aircond panas kat dalam, aku dah panas sampai hati aku naik hangat... Tak kan baru beli dah buat perangai kot... Bengangnya aku!!! Aku call myhubby.. nak mengadu la konon-kononnya..
Aku : abang, apesal aircond keta ni panas ek? Panaslah..
Myhubby: Nanti balik check.. tak apa, keta dalam warranty tak payah risau..
Aku : Biasa kalau buka aircond mesti bunyi "ghuu' kat enjin... tapi ni senyap je...
Myhubby : dah bukak mana-mana yang patut..?
Aku : dah .... (sambil tonyoh sana-sini....)..
Entah macamana tiba-tiba aircond mula sejuk bila aku tonyoh butang yang ada gambar kipas... Rupanya aku lupa nak tonyoh butang tu.. even aku tak perasan pun butang tu..... tongong aku ni.. Diri sendiri yang bangang, keta yang nak dipersalahkan. Malunya aku ngan laki aku.. Tak pasal-pasal kena gelak dek laki...

Banyok tapi susoh...

Aku ngeri lah dengan parking lot yang baru siap. Memang lah bagus parking lot bertambah sebab staff pun dah bertambah ramai. Tapi aku cuak jugak bila parking dah banyak tapi masih ramai jugak orang yang tak reti bahasa duk parking keta macam nak parking depan rumah. Kalau boleh nak parking keta tu depan bilik... Entahlah diorang ni.. Kalau kata diorang ni tolol berdarah kang, marah pulak... Tapi dorang ni bukan budak sekolah yang belum sunat dan matang lagi... dah tua bangka... mak bapak budak lagi. Satu hal lagi, parking banyak.. tapi susah nak parking... mau taknya.... dahlah tempat parking tu straight je.. sempit plak tu... macam muat untuk kelisa dan saiz seumpamanya. Kalau si cukai aku alamatnya makan 2 parking la.. Cuak jugak aku bila baru ni terkiyal-kiyal aku nak masuk parking sampai kena gelak dek laki si Yusliena.. Sudahnya... sekarang ni kalau tempat parking lama yang lebar tu dah penuh , aku park je sicukai aku tak kat tempat parking orang-orang yang beriman... (Kat masjid lah tu..). Puas hati aku...

cerpeng ala ganu

- Again.... email dari kak najah... -


Relak ahh..bace kejak..bulih tahang gok cerpeng orang ning…


Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil.
Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr
hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak
rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nii?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil.
Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh
kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P.
Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe
ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok
Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok
tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air
kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru
beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto
vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke
depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu
tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru
tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit
lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap
Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat
löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang.
Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki
sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk
ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang.
Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar.
Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar
jauh skali.. Nye mari debö wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap
Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I
dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu
depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat
arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing
dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat
Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die
pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata
tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?”
löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak
salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang
Mamat tebèng jugök jawak.

“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok
sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi
wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk
orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”


Tahun baru 2010.

Tahun baru menjengah lagi. Tutup buku lama dan buka baru. Too many things happened in my life last year.. Still remember when I lost my baby and my bagak in a tragic way. Thank God coz i still have the opportunity to breathe till now... and i hope that everything will be fine throughout this year. AMINN!!
Azam baru?? As usual la... Nak diet... dan mengendurkan sedikit mana -mana yang mengembang... dan macam biasa setiap tahun, kena gelak dek laki aku lagi cuma tak sampai bergolek-golek je... Tak pe! Tak pe!!!

My baby first day at school.








Yati my baby dah masuk darjah 1 tahun ni. First day dia sekolah cukup untuk menyebabkan ibunya tertonggok depan kelasnya sepanjang pagi. Tapi, 2 minit je dia duduk dah dapat kawan baru sampai ibunya yang tertonggok kat luar risaukan dia pun tak dipedulikan. She's really an extrovert. Tak sampai habis waktu sekolah dia dah kena marah dengan cikgu sebab mengintai abang dia yang tengah belajar kat kelas sebelah...Uii! boleh tahan anak dara aku ni. Aku lega sebab dia happy... Yang pasti, anak aku dah besar dan aku semakin tua...


Quiz bahasa teganung

- Email dari kak Najah -



Cher Jawab soalang di bawoh tersebut dengang perkataang yang bersesuaiang.
Setiap jawapang di berikang sebanyak ( 5 markah )
Masa : 10 minit.

1. Perkataan “ Dok Pah” merujuk kepada

( ) Tak Faham
( ) Tak Sedap
( ) Tak Larat
( ) Tak Lulus



2. ‘Tenong’ adalah sejenis?

( ) Kenderaan
( ) Sayur
( ) Kuih
( ) Bekas


3. “Mu la yang saloh, orang suruh wak takdi die xmboh wak”, Perkataan Mu la yang saloh sesuai digantikan dengan?


( ) Pahtu
( ) Dok Tahu
( ) Dekpong
( ) Guane



4. Frasa “Woh smete” membawa maksud,



( ) Wah jahatnya
( ) Buat tak peduli
( ) Buah Manggis
( ) Wah besarnya


5. Perkataan “ Sekke” dalam frasa “ Dok sekke” memberi maksud,


( ) Sangkakala
( ) Seekers..bukan la
( ) Sangka
( ) Saka


6. Ayat mana yang sesuai jika dialih loghat ke Terengganu, “ Penat sungguh kerja hari ni”



( ) Penak benor keje lening
( ) Letihsang ‘nggoh keje hari ning
( ) Letih mbeng ‘nggoh keje hari ning
( ) Letih perik kite keje hari ning


7. Perkataan berikut memberi makna ‘Tipu’ kecuali


( ) Mussang
( ) Plawok
( ) Lebong
( ) Nawwok


8. Apakah maksud ‘Tunggu Stor’

( ) Jaga line
( ) Tunggu pintu stor
( ) Rileks dulu
( ) Tunggu kejap


9. “Ali membaling batu kearah sekumpulan burung itu” Perkataan ‘Baling’ boleh digantikan dengan perkataan berikut kecuali;


( ) Stik batu
( ) Tago Batu
( ) Plekong Batu
( ) Tang ngo batu


10. Maksud perkataan ‘Kerahsang’

( ) Kaku & tidak bergerak
( ) Terangsang
( ) Kejur
( ) Keras amat sangat


11. “Doh wakpe yang Matli netting smacang tu.” Ayat ini menerangkan Mat Ali yang …..

( ) Melompat
( ) Berlari
( ) Membaiki Net
( ) Terlalu kurus sangat


12. “ Duk atah lassor” memperihalkan perilaku yang sedang berada di_______

( ) kerusi
( ) Dapur
( ) Beranda
( ) Lantai


13. Orang yang suka membawa awek mereka kemana-mana akan dipanggil sebagai _____

( ) Cedding
( ) Ngerrek
( ) Dok malu
( ) Nette


14. Apakah beza Merang ,Marang dan Merghang?


( ) Haiwan,Tempat,Tempat
( ) Tempat,Tempat,Haiwan
( ) Tempat ,Haiwan,Tempat
( ) Haiwan,tempat,Haiwan


15. Seseorang yang nak menghisap rokok memerlukan ______ untuk menyalakan api

( ) Tenong
( ) Mecceh
( ) Bocong
( ) Brekdih


16. “ Dok leh lepe” membawa maksud?

( ) Tak boleh lepak
( ) Tak boleh dinilai
( ) Tak boleh diharap
( ) Tak leh cakap sebarang


17. Apakah sambungan bagi frasa Komang?

( ) Koman skrudrebar
( ) Komang playar
( ) Komang stangguk
( ) Komang Spanar



18. "Mung nok kene enjja?" Apakah maksud enjja?



( ) Tampar
( ) Tumbuk
( ) Terajang
( ) Marah


19. Buruk_____



( ) Khekkong
( ) Lepppok
( ) Kohong
( ) Nayyang



20. Cerlong, membawa maksud?



( ) Menegur dengan kasar
( ) Memandang dengan pandangan sinis
( ) Memandang dengan pandangan garang dan kasar
( ) Menghidu dengan enak



21. “ Woh…jangang wak gittu…settok aku..” ..Apa maksud settok?


( ) Terkejut
( ) Hilang Sabar
( ) Marah
( ) Berdebar kuat



22. Apakah itu Ogak-ogak?


( ) Sayuran
( ) Buahan
( ) Sayur Ulam
( ) Serangga/ulat


23. Perkataan Tubek membawa erti?


( ) Tak tentu pasal
( ) Masuk
( ) Lalu Lalang
( ) Keluar


24. Permukaan yang rata dipanggil


( ) Lewo
( ) Leweh
( ) Smabo
( ) Lese


25. “Jerebok” Pilih ayat yang sesuai utk maksud jerebok…


( ) Ali memakai kasut berjenama Jerebok..hok ni bule gok
( ) Ali jerebok dengan lembaga
( ) Ali jatuh jerebok dari atas pokok
( ) Ali berjerebok kedalam sungai


26. Kata ganda bagi Sakit?


( ) Sakit tayya
( ) Sakit gelekek
( ) Sakit puih
( ) Sakit nayyang


27. Maksud perkataan "Dok Imboh"

( ) Tak Untung
( ) Tak merasa
( ) Tak cukup
( ) Tak berbaloi


28. Rasa-rasa macam nak pitam je aku ni....ayat yang paling Tranung...


( ) Rasse nok pitang starang baroh
( ) Perasaang nok pitang aku ni
( ) Wassaang nok pesang starang baroh aku ni...


29. Ali tiba-tiba tertidur....'Tertidu'r sesuai digantikan dengan perkataan?


( ) Khellak
( ) Ngekkeng
( ) Khembek
( ) Nembbo


30. perkataan Glewa'k menerangkan perihal....


( ) Seseorang yang sedang membuat lawak
( ) Seseorang yang terbatuk-batuk
( ) Seseorang yang sedang menggeliat-geliat
( ) Seseorang yang termuntah