sakit lagi

Semalam aku tak datang kerja lagi.. doktor kasi cuti suruh aku rehat sehari... Ceritanya pada pagi sabtu yang lepas, lepas aku masak untuk breakfast , tetiba perut aku rasa sangat sakit dan kejang... punyalah sakitnya sampai aku menangis sambil bergolek-golek atas katil dan aku hampir pitam bila bangun.... Myhubby pulak tak ada di rumah sebab ke Kuantan semalam dan tak dapat balik sebab dia pun kena demam dan keracunan makanan. Dalam tengah sakit aku call kawan aku Kasma sebab dia nurse, mungkin dia boleh tau sebabnya. Bila call dia tak dapt, aku terus call Mazidah... Tau ajelah bila tengah sakit bercakap, sambil tahan sakit aku menangis kata aku sakit sangat-sangat dan aku suruh Mazidah tanya doktor pakar kat tempat dia kerja tentang aku.. mazidah da mula panik... lepas dia call aku suruh aku jumpa doktor, aku terus tak jawab call dia. Pertama sebab aku tak dapat nak pergi terus seorang diri sebab aku tak mampu nak drive dalam keadaan aku sakit macam ni, aku terpaksa tunggu myhubby balik dulu untuk bawa aku jumpa doktor... kedua, kalau dia tau aku tak pergi terus, mesti dia akan mem'potpetpotpet'kan aku sekarung yang mana aku malas nak dengar dan aku tak larat nak dengar.. Rupanya aku telah salah beritau dia yang mana aku tak patut pun beritau dia sebab selepas aku tak jawab call, mazidah call mak aku plak menceritakan hal aku yang sakit hingga menyebabkan mak aku tuh sangat risau.. Aku seboleh-bolehnya tak nak mak aku tau kalau aku sakit teruk ke apa ke, supaya tak nak dia risau sangat-sangat sebab mak aku pun bukannya sihat sangat...Bila dah ok baru aku cakap dengan mak... Bila mak dah risau gila ni...mak terus talipon pulak abg-abg dan kakak ipar aku... dah ... semua orang tau aku mengandung dan sakit perut plak dah.. Petang itu baru aku pergi jumpa doktor. Sebelum pergi, aku standby baju bimbang tetiba diorang pos aku ke Hospital dan kena tahan kat sana.. just preparing for the worst... Sekali lagi doktor tu scan dan dia kata dia tak dapat nak cakap apa lagi sebab tak nampak... Dia suruh datang 2 minggu lagi untuk check... dan dia bekalkan aku ubat tahan sakit dan dia suruh aku banyak berehat dan jangan buat kerja berat-berat yang mana agak susah untuk aku ikut.. Sekarang aku belajar untuk jalan slow-slow macam orang baru lepas beranak, tak banyak bergerak sana -sini , depan belakang seperti yang biasa aku buat bila mengajar, naik tangga pun slow-slow aje... Sakit? Bila banyak bergerak aku pasti rasa sakit... apa yang aku boleh buat ? Sabar ajelah...