Akhir-akhir ini

1. aku rasa nak makan tapi aku tak tau nak makan apa... selalu buntu bila nak makan dan aku jadik seorang yang tak pasti dengan selera aku sendiri.... aku tensyen sebab setiap kali aku lapar, aku tak tau nak makan apa...
2. Aku selalu pening-pening terutama bila nak tengahari, kepala aku sudah mula tingtong..... Tensyen tau sebab kelas aku banyak waktu tengahari...
3. Bila makan nasi lemak aku rasa macam nak terkeluar balik... No more nasik lemak after this.... Nasib baik bukan favourite aku pun....
4. Aku tak boleh bau anak-anak aku selepas diorang makan nasi dan semasa diorang berpeluh... aku jadik pening.... kesian kat anak-anak aku..
5. Bila minum teh ais aje.. aku kan mula rasa berangin. Satu malam aku minum teh ais kat Rush Cafe sampai tengah malam aku tak boleh tidur sebab sendawa ... Duk lah terkebil-kebil tergolek atas katil tak leh tidur sebab sendawa..Tapi... aku tak pedulik... aku minum jugak..
6. Tetiba aku jadik suka minum air milo kosong yang sebelum ni bukan menu pilihan utama aku pun setiap kali aku makan..
7. Aku masih lagi tak boleh dengar lagu "Rindu serindu rindunya'... Even aku masa aku taip tajuk ni pun aku dah mula rasa pening... nasib baik bukan lagu evergreen... mau tergolek aku dibuatnya kalau dengar lagu tu..
8. Myhubby jadik seorang yang kuat makan..... Dia duk susah hati perutnya mcam tegang aje. Tapi aku tengok tak dalah teruk sangat pun bila dia duk tayang perut kat aku.
9. I'm pregnant.... !! Rasa mcam tak percaya aje... Di usia 38 tahun nak dapat baby.. terima ajelah...asal selamat. Apapun... tak dapat bayangkan perut aku akan jadik besar macam buah pomelo dan tidur aku tak selena dulu lagi lepas ni tahun depan.. Tak apalah, yang last ni buat peneman di usia tua.