Cuti, bomoh dan Pelham

As planned earlier, aku balik kg rumah mak pada hari Jumaat selepas orang solat Jumaat. Aku mesti balik sebab aku agak dah lama tak balik dan selama 2 minggu berturut-turut selepas ini aku sibuk di hujung minggu..
Sampai aje rumah mak, we all ajak mak pegi makan dan santai kat Kuala kemaman dan kedai seperti biasa di tempat kita orang biasa makan... on the way, aku dan mak bersembang-sembang hal ehwal isu semasa hinggalah terkeluar isu rumah sewa abang yang berhantu tu... Mak cakap baru ni adalah mak pergi jumpa bomoh a.k.a husband kak rosmina. Dia pergi dengan orang yang menyewa rumah tu sebab kebetulan dia tu pun nak mintak tolong mengubatkan laki dia yang kawin lain dan lupa nafkah anak bini supaya at least ingat bayar nafkah... Tiba-tiba mak buat aku tersedak hampir tergolek terkejut bila mak cakap kat aku bomoh tu ada beritahu kak rosmina a.k.a wife dia dan disamp aikan oleh bini dia kat mak aku supaya memberitahu aku yang berbunyi lebih kurang camnilah " Adik yang datang sekali dengan mak dia tu macam ada orang dengki dan sakit hati kat dia kat tempat keja dia"... Mak aku cakap dengan bini bomoh tu " selama ni tak ada pun dia (akulah tu) mengadu ada orang sakit hati kat dia... lalu dibidas oleh bini bomoh tu..." mana tau perut orang!!" .. Bomoh ni biar betul... hari tu aku datang dengan mak aku sebab nak jenguk bini dia yang bersalin tu ajek dan pasal rumah sewa abang aku yang berhantu tu aje bila kebetulan we all dapat tahu yang dia pun bomoh yang boleh selesaikan dan tak ada kena mengena dengan aku. Patutlah laki dia asyik pandang aku macam nak telan aje hari tu... Sampai mati pun aku tak percaya dengan bomoh tu.. ridiculous!!! Aku bukannya VIP sampai orang nak benci aku dan hidup aku hanyalah ofis, student dan beberapa orang rakan aje... Mostly yang lain sekadar memberi salam dan senyum aje bila terserempak on the way nak pegi kelas... Kalau student sakit hati dengan aku mungkin ada sebab aku mulut puaka. Wife bomoh tu suruh aku datang sekali lagi ke rumah dia... Ahhh!! Tak ada kuasanya aku nak pegi rumah bomoh tu sekali lagi dan aku tak akan jejak kaki lagi rumah tu. Bimbang aku... orang lain punya cerita... aku pulak yang ditujunya.. silap aribulan kalau sekali lagi aku pegi rumah dia, nanti dia bomohkan aku pulak kasi aku angau kat dia dan jadikkan aku bini no 4 dia.. Nauzubillah.. Nasib baik dia tak kata aku ada saka... kalau tak memang aku hangin satu badanlah.. Memang bomoh tu nak kena terajang degan aku sampai tercampak kat bukit Kijallah tu.. Kalau dia kata si Mekel Jaksen duk gila kat aku dan mati telan dadah banyak-banyak sebab frust menonggeng aku dah ada laki dengan anak sedap jugak mendengarnya..... hahahaha!! Paanggg!! Jangan duk galok!!Sedor skit pempuan oii! Kena gulai dek laki ko kang!! Balik ke realiti.. Aku tak faham kenapa ramai orang pempuan bila laki dah kawin pempuan lain duk sibuk nak cari bomoh... Kalau laki dah kawin lain, kalau sanggup kongsi, tunggulah... kalau tak blahh je lah.. aku cakap dengan mak, kalau pempuan tu laki dia tak ingat nak bagi nafkah... patutnya adu ke mahkamah... bukan pada bomoh.. .. Yang bestnya bomoh tu ada bagi limau yang dia dah jampi kat mak.. dia suruh mak mandi dengan limau tu.. Mak kata " aku suruh dia tengok rumah tu, dia pulak bagi limau kat aku suruh mandi... nak buat apa!!" ... Dan aku jawab kat mak ..." Dia nak suruh mak cepat dapat jodoh baru tu... mandi limau supaya naik seri... mana tau pasni ada orang datang meminang mak... hehehe!!"
Malam itu selepas hantar mak dan anak-anak balik, lepas sembahyang magrib aku dan myhubby terus bertolak ke MegaMall Kuantan. Agendanya adalah menonton wayang cerita " The taking of Pelham 123" .. Just nice masuk panggung cerita dah nak start... Sebelah aku ada 2 orang mat tiarap rasanya sebab tengok rambut sepesyen aje.. Memang cerita tu sangat best kecuali ending yang sedikit kurang mengujakan... Sesekali aku bengang dengan mat tiarap yang duk sebelah aku yang mengganggu konsentrasi aku dengan deringan telefon dan menjawab panggilan... yang menyebabkan aku rasa macam nak sepak je si mamat tu tapi aku tak buat sebab tak nak jadi penonton yang terlampau.. Myhubby duk cakap yang dia dah boleh agak ending cerita tu macamana... tapi end up semua andaian dia salah... sebelum balik rumah kitaorang singgah kat kedai adik ipar aku... pekena nasi lemak dan mee kari menambah kolestrol seawal 1.00 pagi dan balik sampai rumah pukul 2.30 pagi..
The next day, lepas aku masak breakfast dan lunch... sekali lagiaku dan myhubby bawak mak keluar berjalan ke rumah abang-abang aku kat Kemaman. Tapi diorang tak ada kat rumah... Bila dah tak ada kitorang baliklah Kijal semula. Setiap kali balik rumah mak samada sorang atau bersama suami aku mesti bawak mak keluar makan, berjalan ke rumah adik beradik aku atau shopping barang keperluan di kemaman.. Mak walaupun dia tak minta dan suruh kita bawak jalan.. tapi kita sebagai anak-anak kena faham yang mereka pasti bosan asyik terperuk je di rumah... harap anak-anak aje yang boleh bawak di berjalan setiap kali balik rumah.. begitu juga kalau balik ke rumah mertua, satu kemestian bila balik, kitaorang akan bawak mak dan ayah mertua aku makan di luar. We just want to make them happy...
Moral of the story for today... jangan percaya sangat kat bomoh.. especially yang pempuan.. Kedua... kalau tak selalu balik jenguk mak ayah.... bawaklah mereka jalan-jalan atau makan diluar.... gembirakan mereka selalu... kenkadang... syarat balik jengah sebab lama tak balik dan hulur duit saja tidak mencukupi dan aku pasti korang tau apa yang aku maksudkan...