bila tiba-tiba aku dapat call dari kawan Amin memberitahu mata Amin tercedera sebab terkena hujung kasut kawannya. Khabarnya Amin menangis sebab sakit dan nak balik rumah. Oleh kerana bimbang kalau-kalau matanya cedera teruk, aku terus ke sekolah anak aku untuk mengambilnya pulang dan membuat pemeriksaan di klinik. Sampai sekolah aku terus berjumpa dengan guru kelas Amin untuk meminta kebenaran membawa Amin pulang. Aku tengok ada luka di kelopak mata Amin. Sebelum aku membawa anak aku balik, cikgu Amin yang memang ambil berat pasal anak aku tu telah memanggil budak yang telah menyebabkan mata Amin cedera. Bila ditanya, dia kata dia tak sengaja nak menendang amin sewaktu menaiki tangga sebab dia sebenarnya nak menendang kawan dia seorang lagi yang telah memukulnya... tapi tendangannya terkena mata Amin.. Ikut hati aku yang geram ni, aku rasa macam nak tonyoh aje kepala budak tu sebab bergurau tak kena tempat... tapi oleh kerana cikgu amin ada, aku sengih ajelah dalam geram.. Tapi kalau aku betul-betul tonyoh budak tu, maka aku pun tongong lah macam budak tu jugak sebab budak kecik mana lah ada akal yang panjang... Buat sesuatu ikut suka hati aje dan ikut akal fikiran.. Nama pun tak sunat lagi.. so, aku ignore aje lah... tapi kesianlah kat anak aku sebab esoknya mata dia bengkak cobong dan dia asyik mengadu ngan aku mata dia rasa pedih... Kesian anak aku... selalu jadi mangsa..