Dah lama aku tak post entri dan dah lama juga aku tak jengah blog aku .Banyak yang aku dah kumpul dalam kepala otakku dan ku karangkan tapi tak berkesempatan untuk duduk tertonggok lama-lama depan komputer dengan keadaan kesihatan dan emosi aku kurang stabil sekarang ini. Sekarang aku tengah bercuti panjang selama 6 minggu hinggalah 30/9 nanti bila ku benar-benar sihat dan cergas untuk bekerja semula. baru-baru ini aku kena operate kecemasan sebab aku mengandung luar rahim dan dah pecah. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Rasa seperti ajal hampir tiba dan tiba-tiba Allah memberi lagi aku peluang untuk bernafas. Pengalaman yang lebih ngeri dan sakit dari pengalaman melahirkan. Nanti bila perit parut bedahku dah baik dan aku boleh duduk lama, aku akan masukkan dalam entri yang lain tentang pengalaman sakitku. Bila dah operate, sakit operate dan keadaan dimana aku tidak boleh melakukan rutin harianku seperti biasa menyebabkan emosi aku tidak stabil. Aku terpksa berjalan seperti kura-kura, tak mampu duduk lama-lama menyebabkan aku tension yang teramat. Mujurlah baru ni mak datang menemaniku untuk 2,3 hari untuk kuatkan semangat aku di saat anak-anakku demam dan aku yang kurang sihat. Tapi semalam mak dah balik rumah. Sekarang aku cuba buat rutin kerja rumahku setakat yang termampu. Tak sabar nak sihat seperti biasa.
24 hb ogos yang lepas adalah hari lahirku. Aku dah semakin tua sekarang.Tapi sedih sebab aku tak dapat meraikan seperti biasa dengan keadaan aku yang sakit ni. Tapi, aku tetap rasa sedihku terubat bila mendapat ucapan hari lahir dari suamiku, kwan-kawan rapatku dan anak-anak muridku yang mengingati aku. Thanks to all of you. Aku juga mendoakan agar kalian sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki selalu. Terimakasih Noor dan Ras untuk kek yang sedap tu.
Aku berdoa agar tiada komplikasi yang timbul selepas operation kali ini tambah lagi badanku mendapat 4 beg darah entah dari siapa. Harap darah yang diterima tidak bermasalah. Amin!!. I've lost my baby. Sedih jugak walau untuk pregnant sekali lagi bukanlah dalam perancangan ku. Doktor kata untuk aku pregnant lagi memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun dan aku mempunyai risiko untuk masalah yang sama kiranya aku mengandung lagi. Tapi dengan usiaku yang semakin lanjut dan 4 parut operation diperutku membuatku berfikir beribu kali untuk mengandung lagi.
Aku berdoa agar aku cepat sembuh. Aku bersyukur pada Tuhan kerana memberi aku ruang dan peluang untuk bernafas lagi setelah apa yang berlaku. Terima kasih pada kawan-kawan, dan anak muridku yang sentiasa mendoakan aku cepat baik, yang melawatku dirumah dan yang menelefon dan sms yang memberi semangat pada aku. Kak sidah, tinee , kak Yan dan azlina, thanks sebab ambilalih tugasku buat sementara. Lastly, to myhubby yang sentiasa ada disisi saat aku dalam kesakitan dan bersabar dengan emosi isterimu yang sakit dan tak stabil... Thank you so much....