Aku betul-betul menikmati masa-masa berseorangan di lapangan
terbang ni..
Aku boleh menghabiskan masa seharian di sini tanpa jemu..
Aku sentiasa mengintai peluang untuk ke sini selalu..
Selain itu,
Aku perlu keluar juga dari rutin biasa aku di sini..
Dan peluang bekerja dengan Kementerian ni tak pernah aku
lepaskan..
Kerjanya tidaklah menyeronokkan…
Setiap hari selama 4 hari mengadap skrip jawapan budak yang banyak dari pagi
sampai lewat malam..
Adakalanya sampai awal pagi kerana nak siapkan tugasan.
Berpinar mata dan senak otak tu jangan kira lah..
Ada orang sampai kena migraine
Stress.. mungkin
Apatah lagi bila kali pertama merasai pengalaman memeriksa
skrip pelajar ni..
PAda yang tak tahan tu, pengalaman kali pertama mungkin adalah
yang terakhir..
Siap pesan dengan pegawai yang incharge tu supaya jangan
panggil mereka lagi selepas ini..
Mungkin mereka tak terjangka yang kerja memeriksa skrip ni
tak semudah kerja hakiki mereka..
Yang mungkin hanya perlu baca, pastu tarik garisan panjang
dan beri markah..
Tapi yang ni lagi rumit pemarkahannya..
Dan lagi rumit bila nak masukkan markah
Sebab semuanya dibuat secara manual..
Satu persatu dimasukkan dalam borang..
Sambil perlu memastikan..
Tulisan mesti jelas tanpa sebarang kesilapan..
Mula-mula aku ambil tugasan ni pun stress juga..
Tapi bila memikiran seronok berjumpa kawan-kwan baru dari
pelbagai institusi,
Dan yang penting sekali adalah keluar dari rutin seharian
aku..
Buatkan aku tak pernah serik
dan entah kenapa aku boleh bertukar menjadi seorang yang
begitu penyabar..
Duduk atas kerusi berjam-jam dari awal pagi sampai lewat
malam..
Mengadap skrip budak yang pelbagai jenis jawapan dan bentuk
tulisan.
Hari pertama sampai
kat airport ni aku lepak dulu
meronda-ronda
segenap sudut kawasan dari tingkat bawah sampai atas..
Menikmati kopi sedap yang
tak ada di tempat aku
seorang diri dengan
penuh ketenangan..
Sambil melihat
pelbagai gelagat manusia di situ..
Lepas itu lepak di
area anjung tinjau berjam-jam di situ..
Melihat kapal
terbang yang lalu lalang depan mata ..
Dan akhirnya terbeli
jua minyak wangi kat kaunter minyak wangi disitu..
Walaupun pada awal
menjejakkan kaki kat situ aku dah berjanji pada diri sendiri..
takkan beli minyak wangi..
takkan beli minyak wangi..
Tapi aku kalah dan lembut
macam marshmello bila bab minyak wangi ni..
Tempat aku kerja
kali ni tak jauh dari airport ni..
Hotel dah sediakan
bas percuma dari hotel ke airport sepanjang hari..
Nak ke KL pun senang
..
BAb yang seronok kat
hotel ni..
Ialah makanannya
yang banyak dari hujung ke hujung..
Pendekatanya sambil
kerja kat sini kitaorang ternak badan..
Balik rumah memang
tak berani nak timbang,,
Sebab tau badan
makin menunjukkan perkembangan dan keberatan yang sangat positif.
First day sampai
memang seronok..
Sebab kelabu mata tengok
makanan yang banyak..
Sedap pulak tu..
Dari western, ala
kampong hingga sushi pun ada..
Hari berikutnya
kelabu mata juga..
Sebab dah tak tau
nak makan apa..
Lauk sama je yang
dihidangkan hari-hari ..
Lauk tengahari
diorang recycle waktu malam..
Ada bab yang best
jugak kat hotel tu..
Setiap malam kecuali
malam sabtu ada band yang buat persembahan kat situ..
Band dari Filipina
kot..
Lama rasanya band tu
kerja kat situ..
Sebab tahun lepas
aku buat kerja kat situ pun band tu dah ada..
Diorang mula menyanyi
pukul 8 malam selama sejam kat restaurant..
Lepas tu diaorg mula
menyanyi di lounge bertentangan dewan tempat aku kerja..
Uniform diorang
pakai tu pendekatanya tak pernah labuh ke paras lutut..
Memang fesyen
menjimatkan kaenlah.
Kalau dia tunduk
confirm nampak seluar dalam dan lurah dadanya.
Aku tak kisah sangat
..
Aku pandang je tanpa
perasaan..
Dah memang aku suka
tengok orang menyanyi dan dengar lagu..
SAtu malam band ni
buat persembahan berhampiran aku makan..
Tapi dekat dengan
satu meja yang ada sorang mamat yang pakai kopiah..
Lalu kami gelak
sesama sendiri melihat gelagat mamat tu yang langsung tak angkat muka masa
makan..
Kesian pulak
kitaorang nengokkan mamat tu..
Minah tak cukup kain
macam sengaja pergi nyanyi kat situ..
Bila malam masa
supper dan waktu mata dah mula tak berapa nak cerah sebab letih dan mengantuk..
Selalunya aku lepak
sekejap menikmati makanan di sebelah lounge tu..
Selain mencerahkan
mata tengok gelagat penyanyi perempuan yang tak cukup kain tadi terkinja-kinja
melalui cermin kaca dinding lounge tu..
Tapi bukan aku
sorang je buat kerja tu..
Geng-geng aku pun sama
juga..
Masing-masing dah
penat dan stress..
Adakalanya kitaorang
tergelak sambil geleng kepala
tengok ada orang
yang rumah kata pergi kubur kata mari terkinja-kinja sama sambil minum arak..
Tapi itulah
sebahagian gelagat manusia yang aku lihat saban malam selama di situ..
Yang sememangnya tiada
di tempat aku..
Memang manusia ni
macam-macam perangainya..
Yang berkisar atas
pentas dunia..
Setiap tahun..
4 kali dalam tempoh
12 bulan..
Pasti aku akan
jejakkan kaki ke airport ini..
Dan lepak diruang
anjung tinjau tanpa jemu..
Sebab ..
Aku suka tempat itu..
Aku suka tempat itu..