sesi tenangkan fikiran

Hari Isnin dua hari lepas aku amek cuti dua hari.. 
Sebab nak masuk berkhemah di hutan ..
Cari ketenangan bersama keluarga..
Walaupun masing-masing ada kerja yang sangat banyak..
berkhemah bersama-sama abang dan kakak ipar sulung aku..
Perjalanan ambil masa lebih kurang setengah jam dari jalan utama ke sungai tempat berkelah di dalam hutan tu..
Melalui jalan laluan lori kayu balak..
Tebby ajak bapa saudaranya.
Sebab bapa saudaranya nak berburu..
tapi bapa saudaranya bawak dua lagi kawannya..
Menyebabkan aku kurang selesa..
Bukan tak suka..
Tapi bila ada orang asing aku rasa kurang selesa sikit..
Susah nak mandi.. 
Dan bergerak bebas..
Satu lagi ..
Ingatkan nak seronok dan relax..
rupanya lagi penat..
Anak-anak juga yang seronok..
seharian mandi..
bila malam suasana sunyi sepi..
lalu aku membayangkan macamana orang dulu-dulu hidup..
Tanpa eletrik,
Tanpa radio..
Tanpa TV
dan tanpa telefon pintar.
Agaknya diorang bosan tak?
Kitorang masuk  masuk tidur awal..
Sebab jam macam berhenti..
tak tau beza antara pukul 8.00 malam dan 12.00 tengahmalam..
Ditemani bunyi unggas dalam hutan..
Tapi kitorang tak lena tidur..
Sebab di serang puak agas yang lebih ganas dari nyamuk.
Memang berperang sungguh la dengan binatang kecik tu..
Dalam blanket pun dia boleh merayap masuk..
Kata orang kalau agas banyak ni sebab gajah ada berhampiran..
Rasanya memang ada gajah berhampiran kami berkhemah tu..
Sebab tebby terdengar ada buluh patah..
Tapi dia tak kacau..
Dan kami berdoa juga dia dia tak kacau..
Bila ada pemburu datang sekali ni..
Maka merasalah kami makan burung punai..
Abang aku cakap kalaulah dapat pelanduk ke, kancil ke..
Memang dia nak pack barang balik terus..
bimbang binatang tu tak fresh dah kalau lambat.
Aku masak goreng garam kunyit je...
Fresh from oven...
Tebby siang burung tu..
Dengan bersungguh-sungguh..
Tapi aku tak lalu nak makan...
Walaupun tebby kata rasanya sangat sedap..
Tak apalah..
Sedikit pun aku tak ada rasa kempunan..
Biarlah orang kata tekak sombong pun..
aku memang tak lalu tengok burung yang telanjang tanpa bulu tu..
Lepas ni.. option perkhemahan..
Kalau tebby ajak orang luar aku tak akan ikut..
Kalau tak , baru aku ikut..




Berguna juga kereta ni jadi khemah

Tebby yang bersungguh-sungguh cabut bulu burung

Tetiba hujan lebat...

Anak-anak yang kerjanya berendam sampai kecut sana-sini