haihaibaibai



Orang kata kalau ramah senang dapat kawan.

Tapi ada juga orang pendiam dapat ramai kawan.

Orang kata muka aku senang dapat kawan ramai..

Tang mana aku tak tau.

Aku cuma jadi diri aku..

Kadang-kadang aku rasa bersalah juga..

Bila ada orang tegur..

Dia kenal aku  tapi aku tak ingat dia..

Kalau yang hadd aku aku kat fesbuk..

Aku approve tapi aku tak ingat di mana aku kenal dia..

Tapi tak semua orang aku tak ingat..

Ada yang sampai mati selagi tak nyanyuk pun aku ingat..

Rupanya sebijik lekat dalam otak aku..

Sentiasa dekat dihati..



Cuma yang aku pasti..

Ke mana tempat baru aku pergi pasti aku akan kenal orang baru..

Owh.... itu biasa..


Baru-baru ni aku pergi ke putra jaya atas urusan kerja..

SEperti  biasa bila aku kat situ pasti aku akan lepak kat KayELaiA.

Seronok..

Makan-makan, lepak-lepak, cuci mata terutama kat kaunter minyak wangi..

Dan lihat pelbagai ragam manusia kat situ..

Masa lepak-lepak kat surau di putra jaya tu jumpa sorang perempuan ..

Dari ganu nak balik ke rumah di saiberjaya..

Sembang punya sembang dia pun balik..

Dia beritau namanya dan tempat kerjanya..

Tapi entah macamana aku boleh lupa..

Masa menunggu keretapi datang ,datang pula seorang lelaki..

Lalu menegur..

Bertanyakan betul ke keretapi yang datang ni ke ElsisiTi..

Dan bertanyakan juga rel keretapi yang kosong di sebelah tu untuk apa..

Juga ke mana arah tuju..

Dan jawapan yang aku beri ya, tak tau dan nak ke KayelaiA.

Ingatkan perbualan akan habis sebaik sahaja keretapi sampai..

Rupanya tidak..

Kerana ada sebanyak-banyak kerusi kosong dalam keretapi tu..

Dia memlih untuk duduk di depan aku..

Dan dia terus bersembang…

MAcam –macam ceritanya..

Dari keputusan pilihanraya..

Jenaka tentang dakwat kekal..

Tanya tentang aku…

Aku pulak lebih banyak mendengar dan sesekali menjawab soalannya..

Dia nyaris terlepas hentian ..

Nasib baik aku perasan dan beritau dia..

Dan di akhir pertemuan…

Aku cuma tau dia nak balik Sabah je..

Dan dia cuma tau aku kerja kat dungun..

Macam biasa.

Kawan haihaibaibai…