Dua tiga hari Naim asyik sakit kepala..
Sangat sakit katanya..
Sampai aku naik risau..
Tambah lagi dia kata mata sebelah kirinya tak berapa nampak.
Mula-mula sakit bahagian depan kepala ..
Pastu sakit belakang kepala pulak..
Di tambah dengan demam..
Campur lagi dengan muntah-muntah..
Dia senyap terlepek...
uii.. bimbang sungguh aku..
Bimbang juga kalau ada tak kena dalam kepalanya..
Puas aku menyoalnya..
Ada terhantuk tak..?
Ada jatuh tak..?
Ada gaduh tak ..?
Ada orang ketuk kepala tak..?
Tapi semua jawapannya negatif..
Entah kenapa tetiba aku tergerak hati nak bawa dia ke kedai cerminmata..
Lalu aku bawak dia ke kedai cerminmata petang semalam..
Haahhh...
rupanya mata dia sudah pun rabun...
Silau tinggi..
Kuasa sudah pun seratus lebih...
Tak pasal-pasal terbang seratus tujuh puluh empat hingget..
Sebab buat cermin mata...
Dan seperti biasa..
Masa balik dari ambik cermin mata tew..
Berbakul leteran keluar dari mulut ibunya..
" Hah..!! Tak pasal-pasal kena pakai spek!!"
"Laen kali pasni mengadap komputer tu lagi lama-lama sampai masuk dalam komputer tu!!"
" Kalau boleh jangan tidur... mengadap je komputer tu sepanjang hari!"
Itu adalah sebahagian dari banyak lagi leteran ibunya..
Dan dia diam seribu bahasa tanpa sebarang jawapan..
Sebab dia tau dia akan lagi bermasalah kalau dia menjawab..
Tapi dia sukakan penampilan barunya..
Katanya nanti ramai awek tergilakannya..
Haissh...Adoiyaii...
anak jantan aku ni..
Selepas dari buat cermin mata ni..
Terus selesai masalah ..
Naim dah tak sakit lagi..
Lega..