Tahun baru dah bermula..
orang sibuk duk sambut tahun baru..
Tapi aku tak tau apa yang berlaku semalam..
Mood tak ada nak sambut tahun baru..
Lagipun aku sangat letih
Bekerja sepanjang hari..
Jadi aku masuk tidur awal..
Layan bantal dengan tilam, .
Tambah lagi time musim tengkujuh..
Bertapa dalam selimut
dengan aksi buaya mengerekot..
Lagi best.
Azam tahun baru?
Pun aku tak tau..
malas ler nak buat azam baru...
Terutamanya bab nak kecutkan parts yang mengembang tu
aku tau..
Memang tak pernah akan tercapai..
Sekejap je buat...
dah dasar culas punya orang..
tak mengapalah...
Selagi laki kita tak komplen...
hehe
1 Januari ini..
Genap jugalah 15 tahun aku berkhidmat..
Menelan segala pahit manis dan berjumpa dengan pelbagai orang dengan pelbagai ragamnya...
Syukur pada Allah..
Dengan rezeki yang Dia berikan
Walau tak semewah orang lain..
Alhamdulillah.....
** Aku malas nak peduli orang yang sombong... peristiwa aku dengan orang yang sombong itu betul-betul menyakitkan hati aku sampai terbawa-bawa dalam mimpi... Jadi tahun ini aku malas nak peduli dan ambil kisah lagi.. sekali kena sampai mati pun aku akaningat..