Aku dan birthday Amin
Semalam 26 Disember genap umur Amin 14 tahun...
Dia anak aku yang sulung
Kitaorang tak pernah miss celebrate hari lahirnya setiap tahun..
Walaupun hanya setakat makan kat luar sekeluarga..
Kali ini dan seperti biasa abahnya yang belanja...
aku belikan dia kek..
Dan hadiahkan dia jam tangan...
Diiringi juga bersama pesanan oleh abahnya.. " Biar matang sikit tu.. umur da bertambah!!"
Dan dia tersengih-sengih sambil cuba memakai jam barunya...
Amin sudah tinggi..
Sudah hampir sama tinggi dengan abahnya..
Maknanya dia lebih tinggi dari aku... hehehe..
Suara pun dah bertukar..
Garau bunyinya..
Khabarnya dah ramai anak dara yang berkenan kat dia..
Ada yang nak jadi kakak angkatlah..
Ada yang nak jadi adik angkat lah..
wiiiii!!
Risau aku..
Anak murid aku pun ada suka tengok dia..
Katanya Amin ada tahi lalat yang manis...
Ada ke??
aku tak perasan pun..
Apalah aku ni..
cuma tau dia dah tinggi dan suara dah bertukar je...
Lalu satu malam aku tilik muka anak aku..
Mencari tahi lalat yang dikatakan ada oleh anak murid aku...
Hahh!!
Ada rupanya kat dagu... heheh
Tak kisahlah ..
Yang penting aku berharap kematangannya seiring dengan usianya..
Semoga anak aku sentiasa dimurahkan rezeki, dilapangkan dada untuk menerima ilmu dunia dan akhirat.. dan paling utama sekali menjadi anak yang soleh..
Melahirkan dia adalah pengalaman aku yang paling mencabar sekali......