aku suka tempat itu



Aku betul-betul menikmati masa-masa berseorangan di lapangan terbang ni..


Aku boleh menghabiskan masa seharian di sini tanpa jemu..

Aku sentiasa mengintai peluang untuk ke sini selalu..

Selain itu,

Aku perlu keluar juga dari rutin biasa aku di sini..

Dan peluang bekerja dengan Kementerian ni tak pernah aku lepaskan..

Kerjanya tidaklah menyeronokkan…

Setiap hari selama 4 hari mengadap  skrip jawapan budak yang banyak dari pagi sampai lewat malam..

Adakalanya sampai awal pagi kerana nak siapkan tugasan.

Berpinar mata dan senak otak tu jangan kira lah..

Ada orang sampai kena migraine

Stress.. mungkin

Apatah lagi bila kali pertama merasai pengalaman memeriksa skrip pelajar ni..

PAda yang tak tahan tu, pengalaman kali pertama mungkin adalah yang terakhir..

Siap pesan dengan pegawai yang incharge tu supaya jangan panggil mereka lagi selepas ini..

Mungkin mereka tak terjangka yang kerja memeriksa skrip ni tak semudah kerja hakiki mereka..

Yang mungkin hanya perlu baca, pastu tarik garisan panjang dan beri markah..

Tapi yang ni lagi rumit pemarkahannya..

Dan lagi rumit bila nak masukkan markah

Sebab semuanya dibuat secara manual..

Satu persatu dimasukkan dalam borang..

Sambil perlu memastikan..

Tulisan mesti jelas tanpa sebarang kesilapan..

Mula-mula aku ambil tugasan ni pun stress juga..

Tapi bila memikiran seronok berjumpa kawan-kwan baru dari pelbagai institusi,

Dan yang penting sekali adalah keluar dari rutin seharian aku..

Buatkan aku tak pernah serik

dan entah kenapa aku boleh bertukar menjadi seorang yang begitu penyabar..

Duduk atas kerusi berjam-jam dari awal pagi sampai lewat malam..

Mengadap skrip budak yang pelbagai jenis jawapan dan bentuk tulisan.



Hari pertama sampai kat airport ni aku lepak dulu

meronda-ronda segenap sudut kawasan dari tingkat bawah sampai atas..

Menikmati kopi sedap yang tak ada di tempat aku

seorang diri dengan penuh ketenangan..

Sambil melihat pelbagai gelagat manusia di situ..

Lepas itu lepak di area anjung tinjau berjam-jam di situ..

Melihat kapal terbang yang lalu lalang depan mata  ..

Dan akhirnya terbeli jua minyak wangi kat kaunter minyak wangi disitu..

Walaupun pada awal menjejakkan kaki kat situ aku dah berjanji pada diri sendiri..
takkan beli minyak wangi..

Tapi aku kalah dan lembut macam marshmello bila bab minyak wangi ni..



Tempat aku kerja kali ni tak jauh dari airport ni..

Hotel dah sediakan bas percuma dari hotel ke airport sepanjang hari..

Nak ke KL pun senang ..

BAb yang seronok kat hotel ni..

Ialah makanannya yang banyak dari hujung ke hujung..

Pendekatanya sambil kerja kat sini kitaorang ternak badan..

Balik rumah memang tak berani nak timbang,,

Sebab tau badan makin menunjukkan perkembangan dan keberatan yang sangat positif.

First day sampai memang seronok..

Sebab kelabu mata tengok makanan yang banyak..

Sedap pulak tu..

Dari western, ala kampong hingga sushi pun ada..

Hari berikutnya kelabu mata juga..

Sebab dah tak tau nak makan apa..

Lauk sama je yang dihidangkan hari-hari ..

Lauk tengahari diorang recycle waktu malam..

Ada bab yang best jugak kat hotel tu..

Setiap malam kecuali malam sabtu ada band yang buat persembahan kat situ..

Band dari Filipina kot..

Lama rasanya band tu kerja kat situ..

Sebab tahun lepas aku buat kerja kat situ pun band tu dah ada..

Diorang mula menyanyi pukul 8 malam selama sejam kat restaurant..

Lepas tu diaorg mula menyanyi di lounge bertentangan dewan tempat aku kerja..

Uniform diorang pakai tu pendekatanya tak pernah labuh ke paras lutut..

Memang fesyen menjimatkan kaenlah.

Kalau dia tunduk confirm nampak seluar dalam dan lurah dadanya.

Aku tak kisah sangat ..

Aku pandang je tanpa perasaan..

Dah memang aku suka tengok orang menyanyi dan dengar lagu..

SAtu malam band ni buat persembahan berhampiran aku makan..

Tapi dekat dengan satu meja yang ada sorang mamat yang pakai kopiah..

Lalu kami gelak sesama sendiri melihat gelagat mamat tu yang langsung tak angkat muka masa makan..

Kesian pulak kitaorang nengokkan mamat tu..

Minah tak cukup kain macam sengaja pergi nyanyi kat situ..

Bila malam masa supper dan waktu mata dah mula tak berapa nak cerah sebab letih dan mengantuk..

Selalunya aku lepak sekejap menikmati makanan di sebelah lounge tu..

Selain mencerahkan mata tengok gelagat penyanyi perempuan yang tak cukup kain tadi terkinja-kinja melalui cermin kaca dinding lounge tu..

Tapi bukan aku sorang je buat kerja tu..

Geng-geng aku pun sama juga..

Masing-masing dah penat dan stress..

Adakalanya kitaorang tergelak sambil geleng kepala

tengok ada orang yang rumah kata pergi kubur kata mari terkinja-kinja sama sambil minum arak..

Tapi itulah sebahagian gelagat manusia yang aku lihat saban malam selama di situ..

Yang sememangnya tiada di tempat aku..

Memang manusia ni macam-macam perangainya..

Yang berkisar atas pentas dunia..

Setiap tahun..

4 kali dalam tempoh 12 bulan..

Pasti aku akan jejakkan kaki ke airport ini..

Dan lepak diruang anjung tinjau tanpa jemu..

Sebab ..
Aku suka tempat itu..










tipu bulat-bulat

Macam cantik je dia ni..
Macam comel je dia ni..
Halusnya kulit dia ..
Panjang mengurai rambutnya..
Flawlessnya kulit dia..
Manis dengan solekan yang nipis..
Hati aku berkata-kata..
dan memuji-muji..
Sambil terkebil-kebil melihat seorang gadis manis..
Yang duduk berhampiran dengan aku di sebuah bangku panjang...
sewaktu aku melepak di ruang anjung tinjau airport..
yang sememangnya tempat yang paling aku suka melepak..
Sebelum check in hotel setiap kali ada urusan kerja di Sepang..
Entah kenapa mata aku sangat nakal..
Tak nak berhenti dari memerhatikan gadis manis itu..
YAng sangat sopan mengisi borang..
Sesekali memandang ke arahku dan tersenyum manis...
Anak dara sapa ya??
Apa namanya??
Mesti namanya pun semanis dan secantik orangnya..
Lalu mata aku yang besar  ini semakin bulat mengintai gadis itu yang sedang mengisi borang..
Macam jahat la pulak..
Mengintai orang..
Tapi bukan apa..
Hatiku dikocok-kocok..
Nak tau namanya..
Dan akhirnya dapat juga aku nampak nama yang tertera... 
Pada borang dan IC...
" Mohd Kabendi bin ..... ( bukan nama sebenar)
Aiyoooo.....
Aku seakan tak percaya...
Biar benar ...
Aku intai sekali untuk confirm apa yang aku lihat..
Eh ..
betullah.....
Mataku tertipu..
Aku ditipu lagi.. aku ditipu lagi..
Masalahnya...
Nak tergolek-golek gelak kat situ memang tak bolehla..
Lalu aku senyum sendirian sambil gelak dalam hati..
Memandang kapalterbang yang lalu lalang depan mata 
sambil memikirkan mudahnya aku tertipu..
Betullah apa orang cakap..
Jangan percaya lelaki ni..
suka main tipu-tipu...
:-)


The day....

I told my son..
'I'm already happy with the way you studied and I knew you've done your very best. Whatever result you bring back is OK with me. Any extra A's would be a bonus to me. Remember, trying your very best is always better than not trying at all..'

Alhamdullillah..
I'm surprised..
His result was better than I've expected..
He passed all his subjects...
With no A's
But enough for him to continue his study..
I'm happy..
Same with tebby..

Our pray will never stop for him..
With a believe that everyone has its own potential..
And we'll always encourage and support him..
With a hope...
He'll never give up from giving his best effort in his study
and
One day..
He'll success.. 

Oppss.. kenapa tetiba hari ni cakap omputeh ..??

What gulai?

akhirnya jadi juga lauk gulai ikan yang aku masak..
yang menepati aras kualiti yang ditetapkan oleh tebby..
itupun setelah beberapa kali ketat mukanya 
bila lauk yang aku masak tu tak kena seperti apa yang dia nak..
Walaupun anak-anak aku kata sedap..
sampai licin lauk diorang makan
dan aku makan pun rasa ok je..
Rasa macam betul dah lauk gulai yang aku masak tu..
Aku dah tanya mak aku..
mertua aku pun aku tanyakan benda yang sama juga..
TAk betul juga..
Apa lagi yang tak kena ya..
Puas aku memikirkannya..
hingga adakalanya pening kepala dan stress dibuatnya..
MAsalah yang aku hadapi tentang lauk gulai akhirnya selesai
bila aku minta resepi dari tauke kantin sekolah tempat tebby kerja.
Itupun setelah dia kata kakak tauke kantin tu masak gulai sedap.
Rupanya lebih kurang sama je..
Cuma bezanya kakak tu ada letak rempah gulai sikit dan rempah jintan.
kata dah kan..
Memang lauk gulai..
Masalahnya gulai ni ada macam-macam jenis..
Dan lain jenis itu juga laen sedikit rasanya..
Ada stail melaka..
stail terengganu ada..
Kelantan pun ada..
Moral of the story hari  ini..
Bila kita nak sesuatu..
Arahan mesti jelas...
contohnya..
"Boleh tak tolong masak gulai ikan stail kelantan.."
Jadi ..
Tak adalah tukang masak pening kepala memerah otak nak pikirkan jenis gulai yang macamana nak dimasak..
yang penting..
Usaha tangga jaya.. :-) 

Ada ayat popular tentang gulai dalam keluarga aku.. iaitu :

" JAngan buat perangai.. nanti kena gulai!!"  :-)
 

berapa agaknya ya..

Tak lama lagi keputusan peperiksan akan diumumkan...
Sepertimana anak teruna aku relaks je menunggu hari itu...
Tanpa rasa resah gelisah 
Ataupun susahati 
tentang berapa A dia akan dapat..
Begitu jugalah relaksnya aku dan tebby..
Berapa A?
Kalau ada A..
Maknanya ada keajaiban telah berlaku disitu...
Tapi yang sebenarnya..
Aku tak kisah berapa dia dapat..
Dan aku tak mengharap sesuatu yang cemerlang..
Sebab aku tau sejauh mana kemampuan anak aku..
Tapi aku percaya ..
Setiap anak ada potensi masing-masing..
Aku pun tak da la cerdik mana pun
Tapi boleh je jadi orang yang berguna..
Cuma aku lega..
Sebab dia dah tau apa yang dia nak..
Baru ni dia request nak masuk bidang masak bila naik tingkatan 4
Jadi tebby dah mohon kemasukan ke sekolah vokesyenal untuk dia ..
Bila tinjau tempat ada offer kursus masak tu...
yang paling dekat adalah kat Tanah Merah..
Aiyooo... jauhnya..
Susah hati aku dibuatnya
Tapi..
Aku dan tebby sokong je apa yang dia nak...
Sekurang-kurangnya dia tau apa yang dia nak dalam hidupnya
dan ada keinginan untuk terus belajar.
Tak perlulah aku susah payah nak pikir apa yang terbaik untuknya..
Dalam menyokong tu..
Sesekali ada juga terselit harapan supaya dia tak dapat ke sekolah tu..
Tapi kalau dia dapat..
Aku tetap akan hantar dia belajar ke sana juga. 
Selagi dia nak belajar...
Kerana aku percaya..
Allah merancang yang lebih baik untuknya... 


Satu-satu penyakitnya..

RAsanya baru lagi aku cakap tentang Amin yang kena kudis yang  buta tu..
Sekarang satu lagi sakit yang datang menyapanya..
Bisul pulak yang hinggap kat kaki dia..
Pada awalnya aku tak tau dia kena bisul masa dia tunjuk bengkak dibetisnya awal minggu lepas masa aku melawatnya di asrama ..
Memang macam bangang betul ibunya ni..
MAcamana buleh tak kenal rupa bisul..
Amin kata rasanya dia digigit binatang..
Dia tak sedar bila masa dia kena...
Tetiba dia rasa sakit je..
Mungkin aku ingat allergi pada gigitan binatang
Aku minta dia bersabar dahulu..
Mana tau bengkak akan surut nanti..

Pada hari dia balik dari rombongan bercuti..
Katanya kaki yang bengkak tu sangat sakit...
Ustaz kata ada air bisa dalam kaki..
Kena keluarkan..
Ustaz pun dah baca apa yang patut kat kaki anak aku tu..
Aku memang cuaklah...
Tapi masih tak terfikirkan yang itu adalah bisul..

Malam tu jugak lebih kurang pukul 11 aku hantar Amin ke hospital..

Masa daftar kat kaunter di wad kecemasan tu barulah aku tau sakitnya..
Bila staff hospital kat kaunter tu kata Amin kena bisul..
TApi biasalah hospital ni...
Namapun kena caj sehinggit..
Kenalah tunggu sejam lebih..
Aku nikan tak lah kisah sangat menunggu ni..
Sebab aku dah biasa menunggu...
TApi yang paling aku bengang bila dah tunggu lama ni...
Orang kat sepital tu cuma kata.. " Ooo... bisul ni...!!"
'Kena lah jaga kebersihan"
Lepas tu dia cuma bagi paracetamol yang katanya untuk tahan sakit..
dan diberikan sebungkus kaen kasa...
Alorrrhhh!!!
Tu jer?
Setelah sejam lebih menunggu ..
Itu ajee???
Dia langsung tak cuci luka tu..
Bila aku tanya .."
" tak perlu cuci ke??
Katanya 'boleh cuci sendiri kat rumah!"
Adoiyyaaaiiiii...
Mamat nii!!!
Kalau aku tau kau nak bagi paracetamol je..
Baik aku balik rumah je terus..
Buat penat aku tunggu je...
Kat rumah aku pil nama macam tu berlambak-lambak..
Siap nak bagi percuma kat orang lagi kalau ada orang nak..
Memanglah boleh cuci sendiri kat rumah..
Masalahnya aku ni bukanlah mek misi...
Aku tak retilah nak cuci macamana...
Curah clorox ke..
Tonyoh berus dawai ke...

At last ikut rasa je lah aku cuci...
Kesian anak aku..
MEraung-raung dia kesakitan..
Mungkin aku brutal kot masa cuci..
MEmang tak da belas kasihan langsung..
Kena lah buang semua darah kotor dan nanah tu..
Kalau tak macamana nak baik..
Aku cakap dengan dia kalau mengelat dari kena cuci nanti kaki kena potong..
Sebab lubang luka besar dan dalam...

Semalam aku balik rumah mak..
Sebab yang pertamanya aku rindu kat mak..
Kedua sebab aku nak jumpa adik aku yang pergi ke Saudi bekerja 18 hb November ni..
Yang ketiganya sebab nak tunjuk kaki anak aku kat dia..
Adik aku kan misi..
Memang kena bebellah aku bila dia tengok kaki anak aku..
Katanya... " Salah cara kau bersih kaki anak kau ni... patutnya kau kena guna bla.. bla... bla.. bangang punya orang hospital tu.. patutnya dia kena cuci kaki anak kau!!"
Dan itulah yang bagusnya adik aku..
Dia ajar aku cara cuci luka yang betul..
Dan aku percaya dia banyak duit masa kat Seremban dulu hasil duit cuci luka orang..
Sekarang aku dah tau cara cuci luka yang berlubang...
Aku harap luka kaki anak aku sembuh sebelum aku bertolak ke Sepang hujung minggu nanti..
Kalau tak memang payah lah kalau nak biar dia cuci sendiri..
Dahlah aku kat Sepang lama sampai seminggu..

Memang peringatan pada diri sendiri lah..
Lain kali kalau kaki anak bengkak dan dia mengadu sakit..
Jangan buat perangai macam bangang biarkan baik sendiri..
Pergilah bawak anak tu ke hospital...
Jangan tunggu kelak nanti kaki anak kena potong..
Masa tu menyesal  pun tak ada gunanya..


lupa yang menjadi-jadi

Bila umur dah makin meningkat 4 series ni..
Perangai mudah lupa ni menjadik-jadik pulak..
Ada sekali ..
Aku pergi dapur nak ambik gunting..
Tetiba sampai kat dapur termenung kejap..
Sebab terlupa nak ambik apa..

Kadang-kadang bila masak..
Lupa nak tengok api dapur gas..
Nasib baik anak perasan..
kalau nasib tak baik..
alamatnya tinggal rangka lah rumah aku..

Paling parah bila banyak rupa dan nama kwan aku lupa..
Diorang ingat aku tapi aku tak ingat diorang..
Diorang add kat fesbuk, 
Aku approve..
tapi sampai senak otak aku memikirkan..
kat mana aku kenal dia..

Lagi dasyat bila nama anak murid sendiri pun aku tak dapat nak ingat..
Bila tak ingat tu maen belasah je aku panggil budak-budak tu...
Macam-macam nama aku panggil..
Nama-nama klasik gitu..
dan diorang redho je lah..

Bila lupa nama rakan sekerja ,..
Dan perlu pertolongan dia..
Aku belasah je panggil sayang...
nak selamatkan diri..
Dan bahasa berbudi bahasa..

Dan paling sadis..
Bila aku terlupa nak letak gear kat "P"
dan tarik brek tangan..
Masa parking depan rumah...
Akibatnya sicukai menggelosor keluar berjalan sendiri dan berhenti betul-betul tengah jalan depan rumah..
Aku hanya sedar bila kawan tebby datang bagi salam
dan cakap sicukai parking elok tengah jalan depan rumah..
 Nasib baik si cukaitak sondol pintu pagar..
Adoiyaiii..
Dasyat punya lupa..
 


Memang hari malang..

Rentetan nasib yang suwei semalam..

Lepas aku hapdet blog petang semalam ..
Aku pergi ke toilet sebab nak amek wudhuk untuk solat asar...
Bila aku dah tutup pintu..
tetiba aku perasan yang sebenarnya aku telah tersalah bawak kunci kereta..
Dan bukannya kunci opis....
Aiseyymannn...
Macamana boleh tersalah ambik kunci ni..
Nasib baik pejabat masih buka..
Lalu dengan selipar jepun tu aku pegi ke pejabat ambik kunci pendua..
Nasib baik juga aku pakai sempurna dengan tudung..
Kalau aku pakai tuala.. dan kebetulan pejabat dah tutup ke..
Memang ada orang balik rumah naik kereta dengan memakai tuala dan berselipar jepun laa jawabnya..

Memang suweii...

DAh alang-alang tulis diari ni.. biarlah panjang siket..

Nak cerita pasal daging..
Di hari raya korban..
Tebby masuk satu bahagian kat kampungnya.. 
aku pulak ambik satu bahagian kat tempat kerja aku..
Raya pertama kat rumah mak mertua aku..
Pagi tu masa daging sampai..
Mak mertua dah pesan kat aku..
Daging ni digoreng sikit..
Dan tulang buat sup..
Aku ni bila mertua sebut satu-satu resepi yang dia minta masak..
Mesti aku akan tanya lebih detail..
TAkut tersalah menu..
Bukan aku tak pandai masak ..
Tapi pemahaman aku dan dia berbeza..
Haa.. memang laen pun..
Dalam kepala otak aku ni kalau daging goreng ni maksudnya daging yang digaul dengan garam kunyit pastu goreng..
Tapi mertua aku versi laen lah.. ada letak halia dan lada..
Yang mana pada aku maksudnya lebih kurang stew lah..

Sup tulang aku masak seperiuk besar..
Nasib baek sorang ipar aku tolong apa yang patut..
Kalau tak memang terlepek jugaklah aku nak masak sorang-sorang..

Sebelum balik mak mertua aku suruh aku bawak balik daging..
Tapi aku tak nak..
Dan aku suruh mertua sedekahkan pada orang laen..
Kat rumah aku daging korban tahun lepas pun ada lagi..
Bukan aku tak makan daging..
Kalau ada depan mata aku belasah je makan sesendatnya..
Tapi kalau kat rumah aku jarang masak daging ni..
Adalah sekali dua aku masak dalam setahun..
Anak-anak pun kurang gemar makan daging..

Masa kat rumah mak macam tu jugak..
Mak suruh aku bawak balik daging..
Tapi aku tak nak jugak..
Bahagian aku kat tempat kerja pun aku tak ambik..
Aku wakilkan ustaz wan a.k.a jiran opis aku yang uruskan..

Tiba-tiba di satu petang hari raya ketiga..
Ada budak bagi salam depan rumah dan hulur seplastik daging..
Daging??
haha... amekkkkk kauuu...!!
Berlagak.. dengan mertua dan mak sendiri geleng kepala tak nak amek daging..
Sekali dengan budak kau terpaksa amek..
At last daging tu aku masak buat singgang.
Orang panggil lauk orang malas..
Masak terus.. senang,,
Bimbang nak simpan dalam peti sejuk beku..
Takut terlupa nak masak sampai tahun depan pulak..