Aku balik kampung jap..

Semalam terasa nak balik rumah mam besar...
Bila mak dah tak berapa sihat sentiasa ni..
aku rasa seperti nak balik selalu-selalu..
Kalau boleh nak duduk terus kat rumah mak..
Berulang pun tidak mengapa..
Bukannya jauh sangat pun..
Tapi fikir tanggung jawab laen ada...
memang taupun hajat tu takkan terlaksana..
Jadi cari kesempatan ruang yang ada untuk balik..
Semalam mytebby dengan anak-anak teruna sibuk nak pergi maen offroad dalam hutan naik budak jahat tu..
Abang sulong pun ikut sekali sebab dia yang paling excited nak masukkan  lenlovernya dalam hutan
sebab dah ada geng yang mula aktif..
aku tak ikut sebab tu aktiviti lasak untuk lelaki..
Jadi aku balik rumah mak..
The planning was..
aku balik rumah dengan yati naik bas..
Tak ada masalah sebab bas tu berhenti depan rumah mak..
Nanti mytebby datang kutip aku kat rumah mak lepas dia keluar dari hutan..
Kereta aku tinggalkan kat bas stand tu..
Ada orang tegur..
" Nak pegi mana?"
Lalu dijawab..
" Balik kmn."
Dia tanya lagi..
" Kenapa tak naik kereta je terus"
Mak aih!! Malas la nak cerita panjang lebar..
dan jawapan yang dia terima... " Saja je!!"
Kurang manis tak??
Rasanya dah manis kot.. sebab diiring senyuman..
Lagipun rasa malas pulak nak beramah mesra dengan orang asing tu..
Tambah lagi time sejuk... hujan yang tak berhenti-henti waktu tu..
Lewat malam semalam lepas layan bola kitorang pun bertolak balik
Berikut adalah dialog dalam budak jahat tu....
Abahnya : Best tak naim naik keta paklong?
Naim : Best!! 
Abahnya macam tak puas hati..
Aku tau... hehehehe
Abahnya : keta pak long  tak da aircon..
Naim :  Sejuk abah ... paklong buka kat depan tu..
Abahnya : Apa yang best keta paklong tu?
Naim : Keta paklong mewah abah!!
Abahnya : Apa yang mewah???
Naim : Tingkap keta paklong payah buka.. nak buka kena pakai kayu .. abah!! Pastu kerusi kereta pak long best.. original tuh.."
Uittt!! hahaha..
Aku cakap kat tebby..  : I know you're not satisfied .. hhehehe..
Dari riak air mukanya aku tau..
hehehe..
Mytebby geleng kepala...
aku tau jugak
Anak-anak aku appreciate momen diorang dengan pak saudara kesayangan diorang...
Walaupun lenlover abang sulung aku buruk.. diorang tetap suka..
Thrillnya lebih...  
Sampai bus stand pukul 12.30 malam..
Aku kutip si neo yang sedia menunggu kat situ dan terus balik rumah..