Hari Sabtu lepas aku singgah jenguk mak sebelum berpoya-poya ke Kuantan.
We all ajak mak sekali tapi mak takmo.
Dia kata malas sebab rasa tak larat nak berjalan..
Bila jumpa mak ni banyak yang disembangkan...
Adakala terlintas difikiran aku..
Kalau...
Aku bujang lagi hari ni..
Pasti aku berulang dari Kijal ke Dungun setiap hari....
Tapi dah ada laki kan..
Berangan je lah..
We all sembang pasal pembantu rumah Indon..
Tetiba mam besar cakap..
"Ani ni kalau balik Indon dan tak boleh datang semula mak nak pegi belajar pondok.."
Ala.. baru nak ajak mak duduk sekali ngan aku kalau Ani tak ada nanti .. mak dah cakap nak pegi ngaji kat pondok..
aku berat nak bagi mak aku mengaji kat pondok..
Tapi mak cakap kawan-kawan dia even besan dia ada belajar kat pondok.. diorang seronok je..
Jadi mak pun teringin nak duduk kat sana..
Aku tak nak bagi mak duduk kat pondok sebab dia bukan sihat sangat...
Dia ada darah tinggi dan banyak angin... selalu rusuk dia tetiba sakit .. tak pun kaki cramp..
Mujur ani ada untuk tengokkan dia..
We all pakat adik beradik gajikan maid untuk mak pun sebab dia tak nak duduk ngan anak-anak..
Macam-macam alasan diberinya..
Kucing tak ada orang nak bagi makanlah.. ayam dia tak ada orang nak tengok..
Kalau dia pegi duduk belajar kat pondok sapa yang akan jaga dia kalau tetiba anginnya datang..
Yang pasti mak aku tak boleh duduk sorang-sorang...
Tambah lagi kan kalau dia pegi sana nanti bimbang orang mengata aku adik beradik... anak ramai .. belajar tinggi-tinggi tapi mak sorang tak boleh bela.. Uii!! Parah den.. aku tak boleh terima lah kalau orang cakap macam tu..
Mak kata ada banyak pondok kat terengganu ni..
ala omak den.. kat dungun pun ada...
Takmo lah kalu nak pegi jauh-jauh sampai kat Besut..
Nanti susahla nak-anak nak melawat mak acapkali..
Apapun mak kena tunggu sampai Ani balik dulu..
Sampai sudah mak tak nak ikut pegi kuantan..
Kitorang pegi Kuantan sebab mytebby nak beli perfume..
Perfume dia dah abes.. lagipun kat Dungun ni mana ada jual perfume..
Sambil tu aku pun menempel jugak beli perfume
itu tak termasuk kena pau lagi dengan anak-anak....
Dan akhirnya setelah lama berfikir , mintak pandangan kawan-kawan dan dapat permission dari mytebby, aku pun beli dan pakai contact lens..
Mula pakai contact lens aku rasa seperti telanjang je muka aku..
But so far so good..
Tapi yang pasti batang hidung aku dah boleh rehat sekarang dari menanggung beban berat cerminmata..
Ingat nak pakai yang kaler tapi bimbang orang kata buang tabiat.. so pakai yang biasa je la..
Selamat hari ibu untuk mam besar ... semoga sentiasa panjang umur dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik...
Saya sayang mak saya...
Kalau orang sambut hari ibu pada bulan Mei, hari ibu pada aku adalah pada 26 Disember.. sebab hari itulah hari pertama aku menjadi seorang ibu...