Pagi semalam aku pegi bayar hutang kat pak sedara di bandar Dungun...
Aku ni pembayar hutang yang setia...
Keluar dari jumpa pak sedara aku terserempak dengan dua tiga orang perempuan yang aku kenal...
Dalam keretanya penuh dengan hamper...
Oleh kerana aku memang kenal dia walaupun bukan kenalan rapat..
Tambah pulak aku ni kan peramah orangnya..
Lalu aku pun tegurlah mereka bertiga..
nak pegi mana?
Dari mana?
Apa yang banyak dalam kereta tu?
Lalu salah sorang dari mereka menjawab..
" Hadiah.. hari jumaat ni ada perjumpaan Wanita'
Aku ni lurus bendul kan..Aku ingatkan persatuan sukarelawan wanita peringkat Sura..
Jadik aku offer lah nak join...
Kononnya.... nak hidup bermasyarakatkan..
Lalu diorang pun bersemangat...
Mengajak aku join the group..
Tapi kata mereka borang tak ada ..
Isi laen kali lah...
Aku pun ok lah hinggalah tetiba aku rasa laen macam bila salah seorang dari mereka tanya aku pasal undi-undi time pilihanraya.. Dia cakap penting mengundi time pilihanraya..
Dalam hati aku bertanya " Ehh!! ini persatuan wanita apa ni???"
Dan akhirnya persoalan aku terjawab bila salah seorang dari mereka sebut nama salahsorang kawan aku yang join persatuan wanita itu jugak..... aku memang kenal sangat lah kawan aku tu.
Laa!! Persatuan WAnita U**O ke?
Hahaha!!Owh!! Mintak maap lah!! Kalau yang tu .. aku tak minat lah... persatuan wanita ijau ke merah ke aku tak minat nak join..
Lagipun aku tak minat politik.. aku tau pegi mengundi je....
Lagipun boleh terguling pengsan mam besar kat Kijal kalau dia dapat tau aku jadi ahli persatuan wanita U**O tu...
Hah!! Padan muka aku!! Terlebih ramah!! Akhirnya terperangkap dalam keramahan sendiri... heheh
Nasib baek orang tu tak bawak borang time tu.. kalau tak taulah aku nak bagi alasan apa nak mengelak.. hehehe..