kreatip dan kritikal

Lama tak tengok belog aku ni...
Lately ni sibuk memanjang..
Baru ni pegi bengkel...
Penat gile attend bengkel tu..
Dari pagi sampai malam..
Rehat sekejap je..
Malam tidur tak sempat nak berangan..
Letak kepala terus padam
Membuatkan aku perlu oksigen selalu..
Satu yang bagus pegi bengkel ni dapt kawan baru..
Selaen jumpa kawan lama..
Seronok..
Bila jumpa ramai orang dari 3 generasi...
memang pelbagai kerenah dan meriah..
YAng tua hampir nak pencen tetap merasakan dia betul  dan selalu memastikan dia betul , suka diberikan perhatian dan kalu boleh ikut kepala otak dia je... hehe.. maklumlah orang-orang tua sensitif.. ahaks
Yang dari generasi Y memang terbukti bertenaga, kreatif, penuh idea dan berani dan bersungguh-sungguh.....  
Aku dan yang laen yang dalam kategori tua tidak, muda pun tidak ni lebih suka mengambil jangan tengah... diam, lebih relax ,buat kerja, dan cakap bila perlu sahaja..
Tapi itu hanyalah dari pemerhatian aku... 
kan I'm a good observant..
Macam-macam aktiviti kena buat..
Kena berfikiran kritis selesaikan case study..
Dan kena kreatif memberikan penyelesaian...
Kena cari maklumat, menjawab persoalan..
Dan kena kreatif mempersembahkan dapatan setiap kumpulan..
Maka kami yang muda dan tua ni seolah-olah balik ke zaman lampau...
jadi seperti zaman pelajar dulu..
Yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah..
Ada yang menjadi Arti dari Jawa dan Mak Jemah...
Tapi memang seronok...
Terlintas difikiran... memang wajarlah mereka dengan kerjaya mereka sekarang..
sebab masing-masing sangat kreatif..
Aku jumpa kak Mar.. Rakan sekerja aku masa kat Melaka..
Dia kata masa aku mula pindah ke dungun.. tetiba kat melaka rasa sunyi...
 aku jumpa Min, sahabat lama aku masa kat universiti ..
Dan aku jumpa kak Yohana..
Seorang yang sentiasa positif dan ceria..
Sangat lembut bercakap walaupun untuk sesuatu yang serius hingga tergambar dimukanya..
Sangat suka puji orang...
"Hasm***! ..I like you... you have a smile that shines..  very good!!
Hehehe !! 
 Speechless...