Dah lama aku tak update diari .. kalau diari aku ni macam kasut kulit yang berkulat kalau dibiar lama.. agaknya dah lama dia berkulat .. tebal pulak tu.. Nampak sangat macam pemalas jer.. too many things happened recently...
By the way si chukai dah keluar hospital hari khamis minggu sebelum hari raya.. aku suka dan sedih juga pada masa yang sama... Happy sebab kereta dah ada untuk beraya... tapi pada masa yang sama supirku sudah tiada... heheh... terpaksa drive sendiri.. Dan sejak itulah rutin aku berubah 360 darjah... Back to normal.. Kos rawatan sichukai lebih kurang 15 ribu.. It looks like new... Well !! cannot expect condition sichukai seperti dulu kala... timing belt sudah bunyi macam bunyi orang sakit mengerang .. tak taulah sebab apa.. orang cakap sebab lama tak pakai jadik kena letak minyak.. and then diorang tersalah cat... keta h-line dah jadik mcam m-line.. mula-mula aku tak perasan tapi amin yang realize diorang tersalah cat.. Tapi tak apalah asal bawak tak senget.,. so far sichukai ok je.. tak taulah di kemudian hari kelak macamana keadaannya.. Last week sebelum raya kami adik beradik berkumpul dan berbuka rumah mak.. aktiviti wajib setiap kali puasa. semua ada kecuali adik aku dan kak Juyah. Masing-masing bawak lauk masing-masing.. kiranya penuh meja... sampai dah tak tau nak makan apa.. mak aku happy sebab anak cucu cicit dia balik.. Mak dah ada 7 cicit... aku dah ada tujuh cucu.. tapi masih tak sedar diri tak nak ngaku dah naik pangkat jadik nenek..
A day before raya we all balik rumah mertua di Manir.. raya tahun ni semua anak-anak mertua aku balik raya di rumah. My hubby siap beli tulang sebab nak suruh aku buat sup tulang untuk berbuka rumah mertua aku nanti.. entah apa hari tu suwei betul nasib aku sup tulang aku tak begitu nak jadik... Puncanya terlebih lama rebus tulang dalam pressure cooker sampai hangit tulang pendekata tulang tu berubah warna lah jadik mcam tulang bakar.. Lama jugaklah aku kat dapur nak selesaikan masalah... nak adjust sup aku tu sebab daging tu ada yang udah pahit.. takkan nak buang sebab banyak maa!! .. aku rasa rasa kalau orang laen mungkin dah buang kot.. Kalau aku buang jugak mesti myhubby bising punya.. At last aku kerjakan kikis part yang hitam tu dan ubah suai jadik sup yang aku namakan sup tulang ala welldone... Aku tak cerita insiden tu hinggalah dalam perjalanan ke rumah mertua aku.. Kena perli jugaklah dek myhubby sebab macam mengong je pakai pressure cooker.. dan aku redha jugaklah kalau sup aku tak laku.. Ingatkan orang tak sudi tapi tinggal kuah jugak akhirnya... hehe.. Ingatkan tak kena masak dirumah mertua.. tapi akhirnya kena masak rendang ayam.. aku tak kisahpun sebab kalau rumah mak pun memang aku jugaklah yang kena buat rendang daging.. Malam tu we balik Kijal.. Waktu tu yang ada hanya abang Mi sekeluarga yang dah bersiap nak balik Kelantan. Kak Juyah sekeluarga dah balik Seremban. Hari Raya kedua aku bawak mak jalan rumah adik dia, sepupu dan rumah abang Zahar. Malam tu we all balik dungun dan abeslah raya we all.. dan pada hari raya pertama tu tak siapa yang tahu aku pakai baju kerja sebab nak match dengan baju myhubby dan anak-anak yang last minute dia decide warna kelabu... so kelabu lah tahun ni...
Ingatkan raya tahun ni dah tak dapat kad raya.. sebab sekarang ni kan orang maen sms je sebagai pengganti diri.. tapi akhirnya aku dapat jugak sekeping kad raya dari anak murid aku... hehe!! tak sangka...
Tutup cerita raya... aku nak bukak cerita dinner...Baru-baru ni budak-budak semester 5 anjurkan majlis makan malam.. tema sungguh gah ' ceritera raja sehari' . Oleh kerana aku tak ajar diorang jadik aku tak monitor lah keja diorang.. tapi aku control duit.. Entahlah kenapa malam tu tak se'gah' temanya dan jugak tak sebagus semester yang sebelum ni.. Diorang tak pandai nak jimatkan kos dan tak berapa pandai buat keputusan sendiri tidak seperti yang lepas. Mungkin terlalu ramai yang handle kot sampai tak terkawal... Cakap aku tak dengar.. kata makan nasi minyak tapi yang ada nasi putih walau lauknya adalah lauk untuk nasik minyak.. kalau mcam tu baik buat lauk singgang cicah budu ngan ulam je ... lagi sedap.. diorang buat persembahan macam syok sendiri... buat ala pentomin... tapi masalahnya pelakonnya kaku macam kayu.. tak 'tally' pulak tu dengan suara.. suara masuk dulu baru gaya.. pastu tukang baca teks pulak macam budak sekolah rendah yang baca buku... Adoiyaiii!! Yang paling aku menyirap bila pilihan king dan queen dan prince and princess ikut suka kepala otak diorang je.. tak seperti kehendak aku ikut pencapai akademik dan ko kurikulum. Lagi aku hangin sebab yang dipilih tak ikut tema langsung... Naseb baek tak orang suratkhabar tak dapat datang last minute sebab orang suratkhabar dijemput untuk buat liputan untuk program kemboja dan dinner malam tu. Kalau diorang jadik datang ..tak taulah aku nak jawab apa sebab malam tu memang aku kena duduk semeja dengan diorang.. Yang paling aku bengang ialah sewa pelamin samapi seribu lebih harganya.. tapi guna pakai untuk 5 minit je... Klau setakat nak guna 5 minit je baek pakat buat sendiri ramai-ramai pakai langsir je... Patutnya dera pengantin duduk dari awal sampai akhir... ala macam majlis resepsi tu.. Kalau budak-budak ni tak sanggup tak pa.. aku pun boleh je jadik pengantin duk kat situ... ehehehehe!!! Nasib baek diorang bukan anak murid aku.. kalau kebetulan aku yang ajar diorang memang banyak markah diorang aku potong.. Tapi post mortem tu aku sound cukup-cukup jugak lah kat diorang.. tak pa... lesson learnt supaya diorang tak ulang lagi laen kali..