lama tak buat...

Ini adalah kerja gila yang pernah aku buat dalam hidup aku.. tapi tetap menyeronokkan..


Sebagai kuli yang setia menjalankan tugas aku terima arahan dari boss hantar kertas soklan ke induk di Shah Alam. Aku bab ke Shah Alam ni aku suka je... sebab utamanya time for breakaway.. dari rutin kerja harian sebagai kuli dan juga surirumah. Kali ni aku ke Shah Alam naik bas.. tak seperti selalu ada drebar kalau pergi beramai ataupun naik flight kalau sensorang atau berdua. Tapi atas sebab tak dapat dielakkan aku dan menyenangkan aku jugak maka aku pilih naik bas je.. Uii !! lama betul dah tak naik bas ekspress ni.. sekali sekala naik seronok jugak..


Oleh kerana pergi hantar barang je.. maka aku tak bermalam kat sana.. tiket pergi malam rabu dan tiket balik malam Khamis.. aku bertolak kul 11.00 malam... Yati nangis masa hantar aku kat stesyen bas.. mcamlah aku nak pegi lama.. heheh.. sampai seksyen 17 kul 5.30 pagi.. Sampai kat sana aku melangut dulu tengok kerenah orang yang dah ramai kat sana sementara nak tunggu cerah sikit.. Lebih kurang 6.15 pagi aku naik teksi ke main campus sebab aku dah bosan melangut lama - lama kat situ. Sementara nak tunggu ofis bukak pukul 8.00 aku merapikan diri walaupun sebenarnya aku tak mandi pun agar tak nampak muka serabai. Pukul 8.00 lebih ofis bukak aku hantar barang ke pejabat dan kerja aku selesai.. Masalah aku sekarang... masih awal sedangkan tiket aku malam nanti.. Nak kacau kawan tak sampai hati sebab waktu bekerja.. nak makan pagi jauh pulak tempat makannya.. kena daki bukit pulak tu.. tak kuasalah aku nak mendaki bukit semata-mata nak makan.. nanti by the time turun bukit aku dah kebulur balik... hehehe... at last lepak kat bus stop fakulti sementara tunggu kot-kot ada teksi lalu... sementara menunggu tu akhirnya aku buat keputusan untuk buat kajian kat pasaran kat JJ Bkt Raja. hoho.. seronoknya..


Nasib aku baik kerana tak perlu tunggu lama bila kebetulan ada teksi kosong yang baru lepas hantar penumpang lalu... Apa lagi ... ke JJ la.. Sampai kat JJ kul 9 lebih. Perkarangan JJ lengang.. hanya ada Mat Bangla je yang tengah menyapu... Nasib aku baik juga Mc Donald buka dan sarapan aku di sana sementara tunggu pintu JJ bukak... Setelah dengan penuh semangat dan sabar menunggu akhirnya pintu JJ dibuka.... tempat pertama yang aku tuju untuk survey adalah kaunter wayang... rekod dalam hidup aku... sebagai orang yang pertama beli tiket wayang dan bukan setakat itu sahaja.. beli dua tiket wayang sekaligus... 1 cerita raya tak jadik tayangan pukul 11.. lagi satu cerita joni English tayangan kul 1.15... Tayangan pukul 11 tu ada 3 orang je penonton termasuk aku yang duduk ditengah-tengah dengan penuh semangat sorang-sorang... Habes wayang aku pergi lunch kat Johnny dan sambung balik tengok wayang cerita omputeh.. abes wayang pukul 3 tu aku sambunglah lagi kegiatan buat kajian pasaran semua kedai kat JJ sampai kul 8.00 malam.



Pukul 8 malam naik teksi pergi seksyen 17.. pstu melangut tengok gelagat orang sampai kul 9.30 malam sebelum bertolak balik ke dungun... Pagi tu pukul 8.00 terus masuk kerja.. huih... penat betullah!! Mengong kepala aku jap..


Sememangnya ia adalah satu kerja gila yang memenatkan.... tapi aku happy... dan sememangnya juga aku betul-betul menikmati masa bersendirian dengan tenangnya.....