pakcik datang

Baru – baru ni Pak cik Rahim dan isterinya datang melawat Dungun dan juga atas jemputan ke majlis makan malam kelab sebab ada slot untuk Kemboja.. Pakcik ni bukanlah saudara mara aku tapi aku kenal dia masa program khidmat masyarakat di Kemboja baru-baru ni. Dialah yang guide kitaorang dan membantu melancarkan perjalanan kami kat sana sebab dia sangat mahir dengan situasi kemboja. Aku memang sangat kagum dan respek dengan dia suami isteri sebab banyak berbakti pada orang islam kemboja di sana baik dari segi material dan kerohanian. Dia bukanlah orang kaya tapi dia sangat kaya dengan pengetahuan. Kalau sembang dengan dia sampai esok pun tak abes. Dia pun telah ke Mindanao dan Thailand untuk tujuan yang sama tapi fokusnya pada penduduk islam Kemboja.

Ikut rancangan awal dia akan bermalam di rumah penginapan selama semalam sebelum bermalam di rumah aku. Aku dah cakap dengan dia awal lagi kalau ke dungun jangan bermalam kat tempat laen sebab hotel di Jalan Melati ada. Percuma lagi. Mana ada hotel percuma selain kat situ. Hehehe. Tapi pada hari pertama dia sampai aku tak dapat nak entertain dia suami isteri sebab kebetulan mertua aku sekeluarga sampai dan malam tu pulak Yati tak sihat. Rupanya ada hikmah dia tak jadik bermalam di rumah aku malam pertama. Sememangnya itulah aturan Allah.. Masa dia menginap kat homestay dia terjumpa kawan dia yang terputus hubungan. Dia memang cari kawan dia yang kerja di Kementerian Luar untuk bantu melancarkan urusan masa buat khidmat sosial di luar negeri nanti. Akhirnya jumpa kat Dungun.

Esoknya aku jemput diaorang kat homestaydi tepi pantai dan bawak diorang round sekitar tempat kerja aku dan bawak jumpa tuan Rektor yang kebetulan ada kat ofis. Tujuan aku hanya satu bila bawak pakcik dan isterinya jumpa boss aku. Seandainya ada program khidmat sosial lagi ke luar negeri selepas ini terutamanya di Kemboja dia akan support dan pak cik Rahim boleh bantu masa kat sana. Dia happy sebab tak sangka dapat jumpa Rektor. Malam tu diorang bermalam kat rumah aku.

Pagi esoknya aku bawak pak cik dan makcik makan pagi kat pasar sebab dia cakap kalau dia ke mana-mana dia suka pergi ke pasar sebab boleh tengok gelagat orang. Lepas breakfast aku bawak Yati ke hospital sebab dia tak sihat. Aku plan nak tinggalkan diorang rehat kat rumah tapi diorang nak ikut sekali ke hospital.. Katanya nak tengok hospital Dungun. Tapi kesian pulak kat diorang kena tunggu lama kat bahagian kecemasan. Yati tak settle lagi rawatan menyebabkan aku terpaksa tinggalkan Yati untuk hantar diorang ke stesyen bas ekpress.

Hopefully pak cik dan makcik rasa selesa tinggal ket rumah aku ni. Risau jugak kalau terkurang layanan. Tapi anak-anak aku agak rapat dengan pak cik dan makcik terutamanya Yati.. Maklumlah Pak cik suka melayan anak aku dan dia sangat sabar melayan Yati yang tak kenal erti penat bercakap . Betul cakap pakcik . Kalau kita nak tambah ilmu pengetahuan tidak semestinya membaca sahaja. Kita perlu banyak berjalan dan mengembara dan kiranya tak mampu.. berkawanlah dengan orang seramai yang mungkin. Bila kenal pak cik barulah aku tau yang rupa-rupanya ada keretapi direct dari Butterworth ke Bangkok yang ambik masa 22 jam perjalanan yang tambangnya cuma rm120 je dan ada perkhidmatan keretapi henti-henti dari Padang Besar . Mak aii!! Sesungguhnya betapa dangkalnya pengetahuan aku pasal transport di Malaysia ni. Tapi sekarang kalau orang nak aku bawak diorang ke Kemboja naik kapal terbang dan naik keretapi memang tak da masalah punya… hehe!! Tapi pak cik dah janji nak datang sekali lagi berkumpul ramai-ramai dengan anak-anaknya di dungun. Seronoknya sebab boleh kenal anak-anaknya dan yang pasti aku nak tumpang sekaki jugak.. hehehe.. Tak malu !!!