stew my style

Aku masak kambing masak stew ikut style aku....

Aku ni jarang masak daging kat rumah sebab kat rumah sangat jarang makan lauk daging... tambah lagi si Ros tak makan daging kecuali daging ayam maka we all anak beranak pun jaranglah makan daging...


Daging kambing ni dah terperuk lama dalam freezer kat rumah.. Myhubby beli kat Giant masa bulan puasa ari tu... Ini disebabkan dia sangat teringin nak makan steak yang sedap yang dah siap di marinade kat situ.. tapi dia hampa sebab habis.. maka dia pun beli jugak daging yang belum dimarinade dan bahan-bahan sos steak. Entah macamana usahanya yang sangat bersungguh-sungguh nak buat steak yang sedap exactly like kat Giant tu gagal bila steak yang dia buat tak jadik.. Lalu dia pun gave up dan tinggalkan dalam freezer hinggalah aku bosan tengok daging sebab makan ruang.. aku nak sumbat benda lain dah payah.. Maka keizinan dipohon untuk masak lauk laen tambahan pula dah kematu pikir nak masak lauk apa petang tu. Entah macamana dia setuju lalu jadiklah lauk stew untuk dinner malam tu.. Bukan susah sangat pun... perlu bawang merah, bawang putih dan halia yang aku dah slice dan tumis sampai naik bau.. pastu campak lada hitam yang aku dah tumbuk, tambah oyster sos, kicap manis sikit, kicap cair. letak garam.. pastu campak cendawan butang dalam tin yang siap slice dalam tin.. batang seleri yang dah potong nipis.. daun thyme kering yang dalam botol tu sikit , masuk daging kambing dan last sekali letak tepung jagung untuk likatkan kuah bila daging dah masak.. Jadiklah lauk stew aku...


Yati bagi aku seribu bintang... Naim kata ' Naim bagi ibu berjuta bintang sampai tak ada ruang...' tapi yang penting myhubby a.k.a quality controller yang cerewet, jujur dan ikhlas kata sedap... heheheh.. puas hati aku sebab freezer aku dah lapang sedikit...

lama tak buat...

Ini adalah kerja gila yang pernah aku buat dalam hidup aku.. tapi tetap menyeronokkan..


Sebagai kuli yang setia menjalankan tugas aku terima arahan dari boss hantar kertas soklan ke induk di Shah Alam. Aku bab ke Shah Alam ni aku suka je... sebab utamanya time for breakaway.. dari rutin kerja harian sebagai kuli dan juga surirumah. Kali ni aku ke Shah Alam naik bas.. tak seperti selalu ada drebar kalau pergi beramai ataupun naik flight kalau sensorang atau berdua. Tapi atas sebab tak dapat dielakkan aku dan menyenangkan aku jugak maka aku pilih naik bas je.. Uii !! lama betul dah tak naik bas ekspress ni.. sekali sekala naik seronok jugak..


Oleh kerana pergi hantar barang je.. maka aku tak bermalam kat sana.. tiket pergi malam rabu dan tiket balik malam Khamis.. aku bertolak kul 11.00 malam... Yati nangis masa hantar aku kat stesyen bas.. mcamlah aku nak pegi lama.. heheh.. sampai seksyen 17 kul 5.30 pagi.. Sampai kat sana aku melangut dulu tengok kerenah orang yang dah ramai kat sana sementara nak tunggu cerah sikit.. Lebih kurang 6.15 pagi aku naik teksi ke main campus sebab aku dah bosan melangut lama - lama kat situ. Sementara nak tunggu ofis bukak pukul 8.00 aku merapikan diri walaupun sebenarnya aku tak mandi pun agar tak nampak muka serabai. Pukul 8.00 lebih ofis bukak aku hantar barang ke pejabat dan kerja aku selesai.. Masalah aku sekarang... masih awal sedangkan tiket aku malam nanti.. Nak kacau kawan tak sampai hati sebab waktu bekerja.. nak makan pagi jauh pulak tempat makannya.. kena daki bukit pulak tu.. tak kuasalah aku nak mendaki bukit semata-mata nak makan.. nanti by the time turun bukit aku dah kebulur balik... hehehe... at last lepak kat bus stop fakulti sementara tunggu kot-kot ada teksi lalu... sementara menunggu tu akhirnya aku buat keputusan untuk buat kajian kat pasaran kat JJ Bkt Raja. hoho.. seronoknya..


Nasib aku baik kerana tak perlu tunggu lama bila kebetulan ada teksi kosong yang baru lepas hantar penumpang lalu... Apa lagi ... ke JJ la.. Sampai kat JJ kul 9 lebih. Perkarangan JJ lengang.. hanya ada Mat Bangla je yang tengah menyapu... Nasib aku baik juga Mc Donald buka dan sarapan aku di sana sementara tunggu pintu JJ bukak... Setelah dengan penuh semangat dan sabar menunggu akhirnya pintu JJ dibuka.... tempat pertama yang aku tuju untuk survey adalah kaunter wayang... rekod dalam hidup aku... sebagai orang yang pertama beli tiket wayang dan bukan setakat itu sahaja.. beli dua tiket wayang sekaligus... 1 cerita raya tak jadik tayangan pukul 11.. lagi satu cerita joni English tayangan kul 1.15... Tayangan pukul 11 tu ada 3 orang je penonton termasuk aku yang duduk ditengah-tengah dengan penuh semangat sorang-sorang... Habes wayang aku pergi lunch kat Johnny dan sambung balik tengok wayang cerita omputeh.. abes wayang pukul 3 tu aku sambunglah lagi kegiatan buat kajian pasaran semua kedai kat JJ sampai kul 8.00 malam.



Pukul 8 malam naik teksi pergi seksyen 17.. pstu melangut tengok gelagat orang sampai kul 9.30 malam sebelum bertolak balik ke dungun... Pagi tu pukul 8.00 terus masuk kerja.. huih... penat betullah!! Mengong kepala aku jap..


Sememangnya ia adalah satu kerja gila yang memenatkan.... tapi aku happy... dan sememangnya juga aku betul-betul menikmati masa bersendirian dengan tenangnya.....

pakcik datang

Baru – baru ni Pak cik Rahim dan isterinya datang melawat Dungun dan juga atas jemputan ke majlis makan malam kelab sebab ada slot untuk Kemboja.. Pakcik ni bukanlah saudara mara aku tapi aku kenal dia masa program khidmat masyarakat di Kemboja baru-baru ni. Dialah yang guide kitaorang dan membantu melancarkan perjalanan kami kat sana sebab dia sangat mahir dengan situasi kemboja. Aku memang sangat kagum dan respek dengan dia suami isteri sebab banyak berbakti pada orang islam kemboja di sana baik dari segi material dan kerohanian. Dia bukanlah orang kaya tapi dia sangat kaya dengan pengetahuan. Kalau sembang dengan dia sampai esok pun tak abes. Dia pun telah ke Mindanao dan Thailand untuk tujuan yang sama tapi fokusnya pada penduduk islam Kemboja.

Ikut rancangan awal dia akan bermalam di rumah penginapan selama semalam sebelum bermalam di rumah aku. Aku dah cakap dengan dia awal lagi kalau ke dungun jangan bermalam kat tempat laen sebab hotel di Jalan Melati ada. Percuma lagi. Mana ada hotel percuma selain kat situ. Hehehe. Tapi pada hari pertama dia sampai aku tak dapat nak entertain dia suami isteri sebab kebetulan mertua aku sekeluarga sampai dan malam tu pulak Yati tak sihat. Rupanya ada hikmah dia tak jadik bermalam di rumah aku malam pertama. Sememangnya itulah aturan Allah.. Masa dia menginap kat homestay dia terjumpa kawan dia yang terputus hubungan. Dia memang cari kawan dia yang kerja di Kementerian Luar untuk bantu melancarkan urusan masa buat khidmat sosial di luar negeri nanti. Akhirnya jumpa kat Dungun.

Esoknya aku jemput diaorang kat homestaydi tepi pantai dan bawak diorang round sekitar tempat kerja aku dan bawak jumpa tuan Rektor yang kebetulan ada kat ofis. Tujuan aku hanya satu bila bawak pakcik dan isterinya jumpa boss aku. Seandainya ada program khidmat sosial lagi ke luar negeri selepas ini terutamanya di Kemboja dia akan support dan pak cik Rahim boleh bantu masa kat sana. Dia happy sebab tak sangka dapat jumpa Rektor. Malam tu diorang bermalam kat rumah aku.

Pagi esoknya aku bawak pak cik dan makcik makan pagi kat pasar sebab dia cakap kalau dia ke mana-mana dia suka pergi ke pasar sebab boleh tengok gelagat orang. Lepas breakfast aku bawak Yati ke hospital sebab dia tak sihat. Aku plan nak tinggalkan diorang rehat kat rumah tapi diorang nak ikut sekali ke hospital.. Katanya nak tengok hospital Dungun. Tapi kesian pulak kat diorang kena tunggu lama kat bahagian kecemasan. Yati tak settle lagi rawatan menyebabkan aku terpaksa tinggalkan Yati untuk hantar diorang ke stesyen bas ekpress.

Hopefully pak cik dan makcik rasa selesa tinggal ket rumah aku ni. Risau jugak kalau terkurang layanan. Tapi anak-anak aku agak rapat dengan pak cik dan makcik terutamanya Yati.. Maklumlah Pak cik suka melayan anak aku dan dia sangat sabar melayan Yati yang tak kenal erti penat bercakap . Betul cakap pakcik . Kalau kita nak tambah ilmu pengetahuan tidak semestinya membaca sahaja. Kita perlu banyak berjalan dan mengembara dan kiranya tak mampu.. berkawanlah dengan orang seramai yang mungkin. Bila kenal pak cik barulah aku tau yang rupa-rupanya ada keretapi direct dari Butterworth ke Bangkok yang ambik masa 22 jam perjalanan yang tambangnya cuma rm120 je dan ada perkhidmatan keretapi henti-henti dari Padang Besar . Mak aii!! Sesungguhnya betapa dangkalnya pengetahuan aku pasal transport di Malaysia ni. Tapi sekarang kalau orang nak aku bawak diorang ke Kemboja naik kapal terbang dan naik keretapi memang tak da masalah punya… hehe!! Tapi pak cik dah janji nak datang sekali lagi berkumpul ramai-ramai dengan anak-anaknya di dungun. Seronoknya sebab boleh kenal anak-anaknya dan yang pasti aku nak tumpang sekaki jugak.. hehehe.. Tak malu !!!

sentiasa diingati

Dah lama aku tak update diari .. kalau diari aku ni macam kasut kulit yang berkulat kalau dibiar lama.. agaknya dah lama dia berkulat .. tebal pulak tu.. Nampak sangat macam pemalas jer.. too many things happened recently...




By the way si chukai dah keluar hospital hari khamis minggu sebelum hari raya.. aku suka dan sedih juga pada masa yang sama... Happy sebab kereta dah ada untuk beraya... tapi pada masa yang sama supirku sudah tiada... heheh... terpaksa drive sendiri.. Dan sejak itulah rutin aku berubah 360 darjah... Back to normal.. Kos rawatan sichukai lebih kurang 15 ribu.. It looks like new... Well !! cannot expect condition sichukai seperti dulu kala... timing belt sudah bunyi macam bunyi orang sakit mengerang .. tak taulah sebab apa.. orang cakap sebab lama tak pakai jadik kena letak minyak.. and then diorang tersalah cat... keta h-line dah jadik mcam m-line.. mula-mula aku tak perasan tapi amin yang realize diorang tersalah cat.. Tapi tak apalah asal bawak tak senget.,. so far sichukai ok je.. tak taulah di kemudian hari kelak macamana keadaannya.. Last week sebelum raya kami adik beradik berkumpul dan berbuka rumah mak.. aktiviti wajib setiap kali puasa. semua ada kecuali adik aku dan kak Juyah. Masing-masing bawak lauk masing-masing.. kiranya penuh meja... sampai dah tak tau nak makan apa.. mak aku happy sebab anak cucu cicit dia balik.. Mak dah ada 7 cicit... aku dah ada tujuh cucu.. tapi masih tak sedar diri tak nak ngaku dah naik pangkat jadik nenek..




A day before raya we all balik rumah mertua di Manir.. raya tahun ni semua anak-anak mertua aku balik raya di rumah. My hubby siap beli tulang sebab nak suruh aku buat sup tulang untuk berbuka rumah mertua aku nanti.. entah apa hari tu suwei betul nasib aku sup tulang aku tak begitu nak jadik... Puncanya terlebih lama rebus tulang dalam pressure cooker sampai hangit tulang pendekata tulang tu berubah warna lah jadik mcam tulang bakar.. Lama jugaklah aku kat dapur nak selesaikan masalah... nak adjust sup aku tu sebab daging tu ada yang udah pahit.. takkan nak buang sebab banyak maa!! .. aku rasa rasa kalau orang laen mungkin dah buang kot.. Kalau aku buang jugak mesti myhubby bising punya.. At last aku kerjakan kikis part yang hitam tu dan ubah suai jadik sup yang aku namakan sup tulang ala welldone... Aku tak cerita insiden tu hinggalah dalam perjalanan ke rumah mertua aku.. Kena perli jugaklah dek myhubby sebab macam mengong je pakai pressure cooker.. dan aku redha jugaklah kalau sup aku tak laku.. Ingatkan orang tak sudi tapi tinggal kuah jugak akhirnya... hehe.. Ingatkan tak kena masak dirumah mertua.. tapi akhirnya kena masak rendang ayam.. aku tak kisahpun sebab kalau rumah mak pun memang aku jugaklah yang kena buat rendang daging.. Malam tu we balik Kijal.. Waktu tu yang ada hanya abang Mi sekeluarga yang dah bersiap nak balik Kelantan. Kak Juyah sekeluarga dah balik Seremban. Hari Raya kedua aku bawak mak jalan rumah adik dia, sepupu dan rumah abang Zahar. Malam tu we all balik dungun dan abeslah raya we all.. dan pada hari raya pertama tu tak siapa yang tahu aku pakai baju kerja sebab nak match dengan baju myhubby dan anak-anak yang last minute dia decide warna kelabu... so kelabu lah tahun ni...




Ingatkan raya tahun ni dah tak dapat kad raya.. sebab sekarang ni kan orang maen sms je sebagai pengganti diri.. tapi akhirnya aku dapat jugak sekeping kad raya dari anak murid aku... hehe!! tak sangka...






Tutup cerita raya... aku nak bukak cerita dinner...Baru-baru ni budak-budak semester 5 anjurkan majlis makan malam.. tema sungguh gah ' ceritera raja sehari' . Oleh kerana aku tak ajar diorang jadik aku tak monitor lah keja diorang.. tapi aku control duit.. Entahlah kenapa malam tu tak se'gah' temanya dan jugak tak sebagus semester yang sebelum ni.. Diorang tak pandai nak jimatkan kos dan tak berapa pandai buat keputusan sendiri tidak seperti yang lepas. Mungkin terlalu ramai yang handle kot sampai tak terkawal... Cakap aku tak dengar.. kata makan nasi minyak tapi yang ada nasi putih walau lauknya adalah lauk untuk nasik minyak.. kalau mcam tu baik buat lauk singgang cicah budu ngan ulam je ... lagi sedap.. diorang buat persembahan macam syok sendiri... buat ala pentomin... tapi masalahnya pelakonnya kaku macam kayu.. tak 'tally' pulak tu dengan suara.. suara masuk dulu baru gaya.. pastu tukang baca teks pulak macam budak sekolah rendah yang baca buku... Adoiyaiii!! Yang paling aku menyirap bila pilihan king dan queen dan prince and princess ikut suka kepala otak diorang je.. tak seperti kehendak aku ikut pencapai akademik dan ko kurikulum. Lagi aku hangin sebab yang dipilih tak ikut tema langsung... Naseb baek tak orang suratkhabar tak dapat datang last minute sebab orang suratkhabar dijemput untuk buat liputan untuk program kemboja dan dinner malam tu. Kalau diorang jadik datang ..tak taulah aku nak jawab apa sebab malam tu memang aku kena duduk semeja dengan diorang.. Yang paling aku bengang ialah sewa pelamin samapi seribu lebih harganya.. tapi guna pakai untuk 5 minit je... Klau setakat nak guna 5 minit je baek pakat buat sendiri ramai-ramai pakai langsir je... Patutnya dera pengantin duduk dari awal sampai akhir... ala macam majlis resepsi tu.. Kalau budak-budak ni tak sanggup tak pa.. aku pun boleh je jadik pengantin duk kat situ... ehehehehe!!! Nasib baek diorang bukan anak murid aku.. kalau kebetulan aku yang ajar diorang memang banyak markah diorang aku potong.. Tapi post mortem tu aku sound cukup-cukup jugak lah kat diorang.. tak pa... lesson learnt supaya diorang tak ulang lagi laen kali..