tukar keta

Sudah seminggu myhubby ke Indonesia dengan kawannya sebab nak uruskan pembantu rumah mak. Dia bawa besama si Cukai ke KL bermakna seminggu jugalah aku kena bawak si Neo antar anak sekolah dan pergi ke tempat kerja. Bila semalam aku dapat balik si Cukai.. kaki dan tangan aku mula keliru nak tekan dan pulas brek dan gear. Walaubagaimanapun hati aku kembali tenang berbanding masa bawak si Neo walaupun bab pecut si Neo memang terbaek,, Bila dapat si Cukai balik ni aku rasa betapa lapangnya dunia.. heheh



Akukan memang tak suka dan tesyen bawak keta manual ni... Kalau bawak Neo kenkadang aku terpaksa jeling kat gear nak check aku dah masuk gear berapa sebab aku selalu lupa.. Setiap hari kalau tak ada adegan sengguk-sengguk dan sentap-sentap masa bawak si Neo memang tak sah... heheh!! Kalau si Neo tu boleh bercakapkan... mesti dia cakap ' dok ghok chettong'... hehehe