Dua hari lepas Naim cakap ngan aku dia nak puasa semalam. Aku tanya dia nak puasa apa sebab semalam hari Ahad. Dia cakap nak puasa sunat sebab setiap bulan kan kena puasa sunat. Itu katanya lah. Dan dia nak dapat pahala yang banyak. Oleh kerana dia nak puasa jugak walaupun aku cakap tak payah lah puasa sebab dia kecik lagi maka aku suruh dia puasa sunat hari Isnin.. Jadi awal pagi tadi aku kejut bangun sahur and without fail dia bangun makan sahur.. Oleh kerana anak aku yang kecik puasa, maka aku pun puasalah sekali nak berikan sokongan moral pada dia. Jadi hari ini Naim puasa and i'm so happy. Walaupun dia puasa, abahnya tetap bagi duit belanja sekolah. Manalah tau kot-kot dia tak larat nak puasa. Aku dah pesan pada naim jangan dekati kantin sekolah. Tak taulah hari ni dia puasa penuh ke tak... Alamak! Aku terlupa nak tanya Naim dia dah niat puasa ke tidak.. Entah dia baca niat puasa ke tak agaknya.