tukar keta

Sudah seminggu myhubby ke Indonesia dengan kawannya sebab nak uruskan pembantu rumah mak. Dia bawa besama si Cukai ke KL bermakna seminggu jugalah aku kena bawak si Neo antar anak sekolah dan pergi ke tempat kerja. Bila semalam aku dapat balik si Cukai.. kaki dan tangan aku mula keliru nak tekan dan pulas brek dan gear. Walaubagaimanapun hati aku kembali tenang berbanding masa bawak si Neo walaupun bab pecut si Neo memang terbaek,, Bila dapat si Cukai balik ni aku rasa betapa lapangnya dunia.. heheh



Akukan memang tak suka dan tesyen bawak keta manual ni... Kalau bawak Neo kenkadang aku terpaksa jeling kat gear nak check aku dah masuk gear berapa sebab aku selalu lupa.. Setiap hari kalau tak ada adegan sengguk-sengguk dan sentap-sentap masa bawak si Neo memang tak sah... heheh!! Kalau si Neo tu boleh bercakapkan... mesti dia cakap ' dok ghok chettong'... hehehe

Its our anniversary

Yes.. we have been married for 13 years 1 day.......




with 3 growing up children..




and sharing everything together.....


Happy Anniversary!!

absentees letter.. hehe

Ini adalah surat makluman tak datang kelas yang sebenar yang baru diterima....

Read carefully and you'll spot the mistake.. hehe



**********
**********

Dear ****,


I, ******** bin ******* from group EEEEE had been absent on Wednesday and Thursday of first and second of March 2011. Here, I want to explain why I can't attend your class.


The reason of my absentees is because I have to attend my cousin wedding preparation at W...., in Kuala Lumpur. I can't escape from this situation because they are lake of helper members.So my mother ask me to help my cousin. Unintentionally, I have to be there for the prepareation.


Im sorry about this matter. Any work or task during my absentees I will ask from my friend. I appreciate for your understanding. Thank you for your cooperation.



Sincerely,


*********



hehe!! Apapun aku respek la kat budak ni sebab masih sanggup buat surat tak datang kelas dalam bahasa inggeris walaupun sebenarnya boleh je tulis dalam bahasa Melayu...

Marking time

Jeng! Jeng ! Jeng!!


Dah lama tak tulis ruangan 'It's marking time………."



Soalan kali ini :


1. List and explain two (2) types of role conflict..


Jawapan budak :


Role overload – when total the all role such as intersender, intrasender,interrole conflict and person role conflict, the organization,individual or person can't handle theirself and produce or perform at low performance.


2. Describe two (2) sources of job satisfaction.

Jawapan budak:

Sex(Male and Female) – If we see at the satisfaction, we can know that the sex give a big effect example like he got a task to do something different from the male do so he will not be satisfied with his work..



Tukang mark:


**** Pitam…. Hampir tergolek… Adoiyaiii!! Bilalah diorang nak belajar sungguh-sungguh ni…

cukup sehari

Alhamdulillah semalam naim puasa sunat Isnin penuh satu hari. Rasa tak percaya dia sangat bersemangat puasa sunat. Aku masa kecik dulu puasa sunat pun tak tau. Jadi semalam aku ngan myhubby sama-sama pakat belanja dia berbuka puasa kat luar sebagai hadiah sebab dia berjaya puasa dan sebagai motivasi supaya dia lebih rajin dan bersemangat puasa sunat lagi. Pas abes kelas pukul 6.20 aku terus balik rumah, lepak kejap sementara myhubby booking makanan kat kedai. Menu berbuka dipilih oleh aku dan Naim yang berpuasa. Menunya sup tulang, telur dadar, kailan ikan masin, sotong masak pedas dan nasi putih.


Tiba-tiba Amin sibuk nak ikut.. tapi malangnya tak dibenarkan ikut sebab occassion ini hanya ntuk orang berpuasa. Jadi dia tak termasuklah dalam senarai boleh ikut. Dia nak ikut jugak sambil mengomel-ngomel cakap dia bukannya tak nak puasa. Aku kata kat dia yang aku dah kejut dia sahur paginya tapi aku dengar dia cakap tak nak puasa, lagipun aku tak paksa dia puasa.. puasa ni puasa sunat je.. bukannya wajib pun.. Dia berdegil jugak nak ikut hingga akhirnya aku cakap kat dia kalau nak ikut jugak dia kena belanja ibunya dan adiknya berbuka puasa dan akhirnya dia diam... Tiba-tiba!! Amin nangis.??? Ohhh mann!! I can't believe it!! boleh nangis!!! Adoiiyai!! Dah sunat potong kat bawah, misai dah nak keluar pun boleh nangis sebab tak dapat ikut... Bila la nak matang anak aku ni.. Tapi dia tetap tak boleh ikut jugak....


Naim cakap hari khamis ni dia nak puasa lagi.. kali ni Amin pun nak puasa sekali. By the way, Cikgu Naim bagi kat dia singgit sebab Naim puasa.. Lepas berbuka, balik rumah solat maghrib pastu landing atas katil. Ingat nak rehat kejap sebab letih mengajar dari pukul 2.30 pm sampai 6.20 pm non stop.. tapi tak taulah bila masa aku boleh pengsan tidur mati sampai tak sedar apa yang berlaku pada dunia keliling dengan baju kerja sampai esok pagi... hehe!!

Dalam hiba...

Dua hari lepas Naim cakap ngan aku dia nak puasa semalam. Aku tanya dia nak puasa apa sebab semalam hari Ahad. Dia cakap nak puasa sunat sebab setiap bulan kan kena puasa sunat. Itu katanya lah. Dan dia nak dapat pahala yang banyak. Oleh kerana dia nak puasa jugak walaupun aku cakap tak payah lah puasa sebab dia kecik lagi maka aku suruh dia puasa sunat hari Isnin.. Jadi awal pagi tadi aku kejut bangun sahur and without fail dia bangun makan sahur.. Oleh kerana anak aku yang kecik puasa, maka aku pun puasalah sekali nak berikan sokongan moral pada dia. Jadi hari ini Naim puasa and i'm so happy. Walaupun dia puasa, abahnya tetap bagi duit belanja sekolah. Manalah tau kot-kot dia tak larat nak puasa. Aku dah pesan pada naim jangan dekati kantin sekolah. Tak taulah hari ni dia puasa penuh ke tak... Alamak! Aku terlupa nak tanya Naim dia dah niat puasa ke tidak.. Entah dia baca niat puasa ke tak agaknya.

You'll

never know what will happen to you next. It just happens unexpectedly either the situation brings joyfulness or sadness .You have to accept it with open heart even though it hurts you so much cause its part of your journey of life. Eventually you have to face it alone. Pray to Allah and you'll find the way..

Hari ini

1 Mac 2011.....



- gembira dan duka