Kita tak tahu apa yang bakal berlaku kat kita esok.. Kalau dapat bayangan esok nak rugi, bolehlah kita cuba elak dari berlaku.Apa yang dimaksudkan berlaku pada aku dan pada sesiapa sahaja.
Pada pagi Ahad yang lalu, seperti biasa rutin aku setiap pagi menghantar anak-anak ke sekolah. Waktu tu baru lepas hujan dan pastinya jalan agak licin. Waktu itu lebih kurang pukul 7.15 pagi bila aku mula sampai di lampu isyarat depan Politeknik.. Semasa lampu bertukar dari kuning nak ke merah aku telah membrek untuk berhenti. Kesilapan aku ialah tidak melihat cermin belakang. Dan akhirnya punggung sicukai aku dicium orang.
Bila dah kena langgar dan aku tengok jalan kat depan clear tak ada kereta lalu, aku terus ke depan dan berhenti di tepi jalan. Orang yang melanggar aku berhenti di depan. Perempuan rupanya... Bila dia keluar dari kereta..
" Kenapa awak berhenti? Saya ingat awak nak pergi terus.. " cakap kakak tu..
Salah akukah yang berhenti kerana lampu trafik bertukar kuning? Bukan ke kuning tu maksudnya bersedia untuk berhenti dan bukannya tambah pecut selagi boleh. Sementara menunggu suami masing-masing datang .. aku tegur kakak tu.. try to be nice to her mana tau boleh dapat kawan baru..
" Akak nurse ke..?" aku bertanya dengan baik..
Kakak tu : Ya!! Saya ketua jururawat..".. Jawapan dia buat aku sedikit sentap... Waahh! Buleh tahan jugak kakak ni.. dan aku terus diam je lah..
Tidak lama selepas dia mengomel sedikit dan aku cuba menenangkan dia yang panik.. Dia call husband dia dan aku call myhubby. Bila suami masing-masing sampai mereka berkiralah berdua sementara aku lebih senang mendiamkan diri dan bercakap jika perlu sahaja. Yang pasti suami pempuan itu adalah sound kat aku sedikit.. katanya.. "sebenarnya kalau kuning tu boleh pergi lagi.." aku memang maklum tu tapi kalau nasib baik.. kalau tak.. tak pasal-pasal kena sambar...Tapi aku hanya diam membisu. Masalah mula bermula bila dia tak nak report polis dan tak nak claim insurans sebab dia sayangkan NCBnya. Tambah lagi katanya dia nak cepat, jadik kalau insurans lambatlah dibaiki. Akhirnya persetujuan dibuat untuk hantar kereta ke bengkel.
Pagi itu lebih kurang pukul 10.00 aku hantar kereta aku kat worksyop tempat kakak yang melanggar kereta untuk estimate kerugian sicukai... Sebelum tu myhubby dah pesan... jangan buat sebarang keputusan.. biar dia je yang buat. Sampai di sana aku lihat kakak tu dan suami dia dah siap tunggu. Bila si Tong Seng mekanik tu tengok punggung sicukai dia kata kosnya 300 hingget sahaja. Itu kos cabut punggung yang tercalar, betulkan besi, baiki sedikit bahagian bawah yang tergelendit tu dan cat balik..
Tiba-tiba....
Suami kakak tu : Macam nilah.. separuh-separuh... awak bayar RM150.
Macamana plak ni.. dia yang langgar kereta aku.. dia nak suruh aku cover separuh plak... aku terkesima di situ seketika.
aku : Minta maaflah encik.. saya tak boleh buat keputusan.. husband saya yang buat decision.. en berurusan dengan dialah.
Selepas itu aku call myhubby aku untuk call husband dia.. Entah apa yang dicakap oleh myhubby pada suami kakak itu tiba-tiba si suami tu berkata pada aku dengan nada yang sedikit kasar buat aku sentap lagi dan sedikit terasa... Masa tu aku mula rasa tertekan..
Suami kakak tu : Tak apalah... saya bayar semua... bila awak free? kalau sekarang ni awak free.. awak baiki sekarang.. tak apa saya bayar... ( muka tak senyum langsung tau... )
Apahal pulak dia nak marah ni padahal bini dia yang langgar keta aku.. Dia duk belakang.. kau langgar.. kau salahlah.. jadik bayarlah.. kenapa perlu nak marah orang yang dilanggar plak... Kalau aku tidur sekalipun kat traffic light tu.. kau langgar.. kau bayarlah.. Thats the rule.. I wonder why mamat tu tetiba jadik sedikit kasar bila bercakap pada aku.. Rupanya.. ceritanya.. myhubby tak nak bayar separuh dan walau lima puluh hinggit pun dia tak nak...
Keadaan bertambah sedikit panas bila tiba-tiba kakak yang melanggar sicukai aku tu mengamuk sambil menangis.. Aku diam sahaja memandang gelagat kakak itu sambil berdiri dan sebelah tanganku memeluk tiang worksyop tu.. Si Tong Seng tu plak terpinga-pinga drama yang sedang berlalu depan mata dia.
Kakak itu ;" Sudahlah... Kita bayarla semua.. 150 pun tak nak keluar duit. bukannya banayak.. kita lagi teruk rugi... dia yang salah buat kita langgar dia.. tak da rasa bersalah bersalah Ke? Kita ni dah lah hypertension... Sesama islam pun nak berkira" lepas tu adalah dia mention yang lebih kurang selebihnya dia tak halal''
Aku tetap mendiamkan diri walaupun aku bengang dan stress. Kakak ni fikir dia je.. aku bengang sebab laki macam orang bodoh je biar bini dia mengamuk tak tentu pasal.. Kalau laki aku gamaknya dah lama aku kena panggg je kat situ. lagipun manalah aku nak tau dia ada hypertension.. lagipun tak de kena mengena dengan aku sakit dia tu.. Lainlah kalau dia ltak lampu brek ketiga di tu blinking nampak tulisan .." AWAS. SAYA HYPERTENSION' atau letak pelekat kereta yang tertulis " AWAS!!ORANG HYPERTENSION DI DALAM'.
Lepas aku berdiam diri seketika menonton drama depan mata dan akak tu dah diam, aku pun bukak mulut bersuara ..
Aku tanya ttokeh.. : tokeh.. berapa lama amik masa baiki kereta saya?
Tokeh tu : 2 hari.. Sekali dengan cat..
Masalahnya aku tak free waktu itu sebab dah mula kuliah..
Selepas berfikir seketika, aku pun bersuara pada si suami..
aku : Macam ni lah en.. saya ni serba salah.. saya tak boleh buat keputusan sendiri sebab saya ada suami , dan saya sedang tersepit.. Apapun saya akan bincang dengan suami saya dulu macamana.."
Kemudian aku beredar dan sebelum masuk kereta aku bersalam dengan kakak tu dan minta maaf kalau ada salahsilap aku.. tapi sayangnya dia macam nak tak nak je hulur tangan dan mata dia langsung memandang ke lain.. Since that moment, aku terus hilang respect kat dia.. dia cakap sesama islam pun nak berkira.. atas dasar sesama islam juga kenapa dia buat aku macam tu. Dahlah dia langsung tak mintak maap sebab langgar kereta aku pastu marah tak tentu pasal sebab langgar kereta aku. Peliklah kakak tu!!
Entah macamana drama berpanjangan bila myhubby call si suami banyak kali tetapi tidak berjawab.. Lama-lama myhubby sudah hangin satu badan, malam tu we all terus pergi balai polis nak buat police report. Sebabnya si suami tu seolah-olah nak elakkan diri dan end up kitaorang jugak putihmata. Tak sempat buat polis report polis dah tolong selesaikan bila polis tu call sang suami dan akhirnya dia bersetuju untuk bayar penuh. Selepas balik dari balai polis sang suami dan myhubby berurusan melalui sms je.. Akhirnya myhubby kata dia hantar ke bengkel, pihak bengkel akan buat taksiran dan keluarkan quotation. Pastu sang suami kena pergi bengkel, ambik quotation dan terus bayar... Bila hantar bengkel kitorang dan buat taksiran.. haa !! amik kau!! dari RM300 jadik RM750 sebab bengkel tukar punggung yang tercalar terus dengan punggung yang baru. Kesian jugak aku kat dia sebab keta dia je kos baiki dah RM800 tapi geram jugak sebab dia berkira sangat. Padahal dia banyak duit, kerja Petronas.. rumah dua tingkat.. tapi RM300 pun nak suruh kitorang bayar separuh. Padahal kalau hari tu dia bayar RM300 pun kitorang terima je dengan senang hati walaupun nanti kerugian sebenarnya ialah RM750. Tak pasal-pasal makin rugi pulak jadinya.
Sang suami terus bayar je kat bengkel. Aku rasa sekarung jugaklah dia ngan bininya kat rumah sumpah seranah aku dan myhubby. Lepas dia bayar sepatah haram pun dia tak beritau kitorang.. kitorang dapat tau dia bayar pun sebab bengkel call cakap dia dah bayar.
Seminggu dah berlalu, semuanya dah selesai.. hari ni aku pegi hantar si cukai masuk klinik. Walaupun dah selesai, sedikit sebanyak we all rasa terkilan jugak.. ingatkan dapat create new friends and new relationship.. tapi akhirnya dapat musuh plak.. Tambah lagi rumah sang suami isteri tu tak adalah jauh sangat. Sama kampung je. Malas la dah nak fikir.. Apapun, lesson learnt eventhough in a hard way... manusia memang pelbagai.. dan bila berlaku musibah sesama manusia, jarang manusia ni nak selesai dengan cara baik... Aku dah tak boleh berlembut lagi sekiranya berlaku kejadian macam ni lagi pada aku walaupun bukan aku yang salah.