u're from which generation?

Minggu ni busy je memanjang.. tak sempat aku nak bernafas dan berpoya-poya walau seketika...tambah lagi hatiku merasa sakit mengenangkan subjek baru yang aku ajar.. Suggest buku wallace baru... tetiba aku tengok silibus punya content dari Si Ranjit yang buku lama.. aku ada buku ranjit baru.. tapi content buku baru dah laen.. maka mulalah aku yang khusyok lagi tawadhok nak mengajar ni mengagau.. nak buat transparensi pun aku tak reti nak cuit yang mana satu.. at last aku tawakal je lah mengajar budak-budak ni.. Each time aku nak masuk kelas aku mesti panik dulu sekejap.
Minggu baru ni jugak sibuk dengan agenda TIBEC.. Terengganu International Economic Conference yang akan mula tak lama lagi kat Primula Beach Resort Batu Buruk starting from this 5th August till 7th August.. Maknanya 4 Ogos dah kena check in kat sana.. Aku bukan participant lagipun tak de paper nak bentang.. aku jadik AJK perasmian dan penutup.. satu jawatan yang aku tak nak pegang lagi selepas ni.. memeningkan kepala aku je.. But at the first place, aku memang tak paham kenapa diaorang sibuk nak buat waktu kuliah.. masa cuti tak leh buat ke..Bayangkan betapa banyak kelas aku terpaksa cancel.. nak ganti satu hal pastu semester ni cuti umum berlambak pulak jatuh waktu kuliah.. Tapi nak buat macamana kan.. aku ni kuli je.. dengar dan patuhi arahan..
Sebagai salah sorang AJK perasmian, aku handle montaj untuk majlis perasmian.. Nak buat sendiri tiada ilmu di dada.. nak minta staf unit Ilqam diorang macam nak tak nak tolong je.. hari tu aku nak minta satu lagu je pun aku tertonggok tunggu kat situ sampai berjam-jam.. tapi nak mintak tolong orang kan.. maka sabar jelah bermanis muka... At last aku mintak student buat.. Luckily ada student rela hati nak tolong aku buat montaj... Asalnya montaj tu nak 5 minit.. so aku perbanyakkan material utk montaj tu termasuklah gambar-gambar masa konferensi yang lepas. Tapi masalah timbul bila gambar-gambar tu failnya besar. Dia dah cuba kecikkan tapi masih berat menyebabkan part tu berat dan sangkut sikit-sikit.. So, hari Khamis baru ni aku bentangkan montaj aku di hadapan ahli majlis mesyuarat setakat yang sempat siap... Sememangnya lumrah manusia.. tidak appreciate apa yang orang dah susah payah buat.. sebaliknya menghentam kesilapan yang nampak.. Aku admitlah kiranya ada sedikit grammatical error here and there tapi tak serious pun, Even dah dibaiki sebelum ni tapi mungkin aku overlook sebab adalah kejadian save banyak kali dan mungkin ada kesilapan kat situ lagipun aku dah tak larat nak tengok banyak kali sebab aku pun sibuk dengan keja laen selaen mengadap benda alah tu je.. Aku taklah terasa sangat pun tapi yang paling aku bengang dan sakit hati bila diorang komplen pasal lagu montajlah.. Bagi aku, beberapa orang kawan aku dan student yang buat montaj tu rasa lagu tu dah sesuai sangat. Tapi diorang yang tak nak lagu ni nak lagu macamana lagi? dondang sayang? Keroncong? Yang buat aku nak pengsan kat situ jugak bila adalah sorang ahli majlis mesyuarat suggest lagu 'Blues Terengganu kita yang kumpulan iklim nyanyi tu... Ya Allah.. cuba imagine depan international participant masa tengok montaj.. tetiba ada terdengar " oii!! Ke laut weiii" . Ini bukan montaj promote negeri terengganu. Diorang nikan tak tau betapa seksanya aku mencari lagu yang sesuai untuk montaj tu. Aku cakap dengan diorang.. kalau boleh aku nak naikkan mood audiens sebab tu aku cari lagu fast beat. Dan lagu sountrack spiderman itulah yang sesuai..Kalau slow, nanti orang bosan.. Dan selepas itu ada pulak orang laen lagu suruh masukkan lagu ulek mayang pulok awal-awal masa intro.. What??? Ulek mayang?? Aku dah terlopong kat depan audiens. Aku dah pening... aku dah tensyen.. Aku tak tau masuk ke idak lagu ulek mayang dengan lagu spiderman ni.. Daripada cerita diorang nampaknya diorang ni nak simple je... kalau tau macam tu tak adalah susah susah anak murid aku guna flash.. baik pakai movie maker je senang.. Diorang ni cakap komplen macam benda ni senang je.. Sakit betul hati aku.. At last, montaj lima minit aku kena pendekkan jadik 2 minit je. Tak taulah macammana nanti , esok aku akan duduk sekali ngan anak murid aku settlekan montaj ni.. Nanti aku masukkan lagu pontianak ke, lagu lirik porno ke, tak pun lagu selimut putih ...baru pengsan suma orang.. Hehehe!! Biar padan muka diorang .. banyak songeh sangat!! puas hati aku.. pastu letak jawatan.. hehe!confirm diorang tak bagi aku pegang lagi jawatan ajk perasmian... Ada aku kisah.. Aku lagi suka!! Yang pasti bukan senang nak puaskan hati semua orang.. Akhirnya baru aku realize, golongan yang reject lagu fast beat ni adalah golongan dari kelahiran baby boomers dan generation X. Patutlah diaorang nak lagu slow, lagu asli ke, keroncong ke, dondang sayang ke yang sesuai dengan zaman diorang.. Yang tukang buat ni pulak dari generation X yang perasan diri tu dari generation Y.. memang tak ngamlah citarasa. Tapi yang pasti.. aku akan kekalkan soundtrack spiderman dan aku akan cuba masukkan ulek mayang jugak kalau sesuai.. Kalau tak aku ignore je.. Nasiblah.. Good luck to me.. berdebar menanti hari itu tiba..