puasa sunat 1/2 hari

Pada satu hari dua tiga empat hari yang lepas....


Naim : Ibu .. esok Naim nak puasa... Naim nak puasa tiga hari .. sampai hari khamis.. kawan Naim pun puasa jugak..


Ibunya : ( dalam hati!! Sejuk hati aku!!) Okeh... nanti esok ibu kejut sahur ... puasa sekali dengan ibu ya...


Dan Naim mengangguk riang dan penuh semangat...


Esoknya... ibu terlambat bangun sebab pening berjaga dan tidur tak cukup menjaga Yati yang demam pada malam itu.. Waktu itu sudah pukul 6 pagi.. dah subuh dan mendapati Naim baru sudah makan..


Ibunya: Naim tak payah puasalah... dah subuh.. Patutnya sebelum subuh tadik sahur...


TEruknya si ibu ini mematahkan semangat anaknya pulak yang nak berpuasa.

Naim..: Tak apa.. Naim nak puasa jugak..


Si ibu, sangat bangga dan happy sebab anaknya yang baru lapan tahun ini semangat nak puasa sunat... Amin dan Yati bawak bekal ke sekolah kecuali Naim. Walaubagaimanapun, duit belanja diberikan juga kalau-kalau si anak nak beli barang lain.



Petang itu, bila si ibu balik bekerja... didapati anak lelakinya yang berpuasa itu tiada di rumah bermain basikal.. Maka berkatalah si ibu...


" Naim puasa tak hari ni... selalu kalau puasa masa ni dia dah terlepek kat rumah!"


Maka jawap si adik.... " Naim tak puasa pun ibu.. tadi dia gi beli ngan kawan dia kat kantin"


Terloponglah ibunya di situ jugak... Aku dah agak da!! Takkan dia tahannya godaan golongan orang tak berpuasa kat kantin tu dan selagi kantin tu dibukak... Agaknya kawan dia yang berpuasa tu pun sama jugak puasa setengah hari...